Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 12, 2013

Kejadian semalam..


Assalamualaikum..






Kejadian semalam dalam perjalanan pulang yana sekeluarga dari Ipoh ke KL. Pertama kali yana lalui pengalaman macam ni. Hujan lebat menyebabkan jalan raya menjadi licin. Walaupun suami yana drive slow kereta kami terbabas juga.. Hanya Allah yg tahu perasaan masa tu.


Setelah terlanggar satu lopak air, suami yana lost control pada stereng. Kereta menuju ke kanan dan hampir melanggar divider. Untuk mengelak dari melanggar divider, stereng di pusing ke kiri tapi (saat paling menyeramkan) kereta terus masuk ke lorong kiri dalam keadaan mendatar di tengah2 highway dan melanggar divider situ. Allah saja yg tahu perasaan cemas masa tu bila kereta dah masuk lorong yg lain. Alhamdulillah Allah lindung, pada masa tu jalan jadi kosong. Kalau ada kereta yg laju di lorong lain, tak dapat yana bayangkan apa yg akan terjadi.. Setelah suami yana betulkan kedudukan kereta, baru nampak berpusu2 kereta dan lori mula bergerak dgn laju. Allahuakhbar..


Terus yana check rayyan yg yana peluk kuat masa tu. Alhamdulillah rayyan ok. Takde hentakan apa yg berlaku. Alhamdulillah yg dalam perut pun ok. Yana takde sakit dan bleeding. Suami yana juga ok dan terus keluar untuk memeriksa kereta. Semua ok kecuali bumper depan yg jatuh sikit. Terima kasih pada seorang uncle berbangsa India yg sudi nak membantu. Walaupun dia di lorong yg lain, dia tetap keluar dari kereta, berpayung dan tunggu dengan lama untuk melintas highway yg sesak tu untuk membantu kami. TQ so much uncle..


Setelah semuanya ok, dengan slownye suami yana drive juga pulang ke KL. Sangat2 bahaya memandu di musim hujan ni. Please be carefull semua ye..



- Posted using BlogPress from my iPad


Sunday, December 8, 2013

Alhamdulillah...


Assalamualaikum..


Lama sangat la tak ke udara di sini. Huhu. Seriously mood sangat2 merudum untuk menulis.. Hihi.. Hanya untuk berkongsi kegembiraan dan catatan pertama untuk lembaran baru yg jauh lagi perjalannnya..


Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka2 dari Allah. Rayyan pun dah setahun enam bulan.. Dah boleh nak jadi abang long. Hehe..





Cuma untuk rahim retrovated macam yana ni. Perlu penjagaan yang sangat2 rapi selama tiga bulan. Please pray for me and baby.. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.


- Posted using BlogPress from my iPad


Thursday, October 24, 2013

My online shop PRETTY HIJABERS..


Assalamualaikum..

Lamanya yana tak bersiaran di sini. Hehe.. Mood menulis merudum teruk, banyak keje, melayan anak yg dah makin lasak, layan incik suami juga. Tak sempat nak bercerita di sini.


Di kesempatan ini, yana nak jemput semua pembaca blog ni (ada pembaca ke?huhu) singgah ke online shop yana yang dijalankan bersama seorang lagi sahabat baik yana. Biz yang baru setahun jagung ni menjual pelbagai koleksi hijab seperti Aidijuma, Ariani dan pelbagai shawl2 terkini yg sangat cantik dan selesa.

























Boleh bayar ansur ye especially untuk Ariani sbb harganya yg mahal. Jadi yana mudahkan anda untuk memiliki tudung idaman. Hehe.. Baru dua minggu yana jalankan biz ni, alhamdulillah mendapat sambutan yang baik. Terima kasih atas sokongan anda.


Jemput singgah ke fb PRETTY HIJABERS. Kalau berminat nak beli dan mention anda dari pembaca mon blog belle yana akan bg special price untuk anda. Hehe..



Tq mazni buat logo yg super cantik ni.. :)



- Posted using BlogPress from my iPad