Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, October 27, 2010

Tangani Morning Sickness


Assalamualaikum..

Kali ni yana rasa nak cerita pasal ibu-ibu mengandung pula..hehe.. Kebanyakannya ibu-ibu ini mesti mengalami satu proses yg dinamakan sebagai 'Morning Sickness' kan?

Selalunya jadi masa trimester pertama iaitu 3 bulan ke bawah.. Alhamdulillah masa yana dulu, takde pula morning sickness bagai. errmmm...


Yana pernah ada seorg kawan yg sgt teruk morning sickness dia sampai masuk hospital. Tapi sesetengah orang kata, morning sickness ni bagus, sebab ia menunjukkan hormon mengandung kita tu kuat, so ancaman keguguran tipis.. Betul ke?


Orait, meh kita tengok macam mana nak atasi morning sickness ni. Sebab kalau biar pun tak best juga. Satu keje pun tak jadi nanti.. 8 Tips ni yana dapat dari satu buku yg yana baca..

  1. Makan dalam jumlah yg sedikit, tapi kerap. Jangan tak makan pula, sebab ibu-ibu ni perlu mendapat makanan bergizi bagi diri sendiri dan juga baby dalam kandungan. Contohilah pemakanan cara Rasulullah s.a.w iaitu amalkan makan kurma, kismis dan susu. 


     
    2. Makan makanan yg berkabohidrat dan protein tinggi seeprti roti, biskut, kentang sebab jenis makanan ini dapat mengurangkan rasa mual.






3. Jangan bagun pagi dalam keadaan tergesa-gesa. Duduk kejap dalam sesaat dua, kemudian baru berdiri perlahan-lahan. Cara macam ni, tubuh badan kita akan dapat sesuaikan diri dengan baik sehingga lebih mudah mengawal rasa mual. 






4. Elakkanlah makanan yg berlemak, berminyak atau pedas sebab makanan jenis tu yg menjadi punca rasa mual. Tahan je dari makan sambal belacan ke, masak lemak cili api ke..hehehe..








5. Minum banyak air dan elakkan minuman berkafein dan berkarbohidrat. Selain tu, minum air yg secukupnya dapat menjaga keseimbangan metabolisme
badan kita. 












6. Ambillah vitamin. Tanya pada doktor, vitamin yg bagus untuk ibu hamil dan bayi. 
Yg disarankan adalah 
acid folic dan vitamin E.










7. Kesan dari hamil akan membuatkan kita rasa cepat letih. Oleh itu, ibu-ibu perlukan rehat yg cukup. Rehat yg cukup dapat membuat badan kita lebih 
segar dan bertenaga.


 8. Percayalah, morning sickness seperti mual di trimester pertama kehamilan akan segera berlalu tanpa di sedari. Ia akan menjadi pengalaman yg berharga untuk anda. 

Bagi yana, segala penat lelah menanggung pelbagai dugaan semasa hamil akan terbayar apabila dapat melihat wajah bayi yang dilahirkan nanti. Hargailah segala pengalaman dan saat-saat semasa hamil kerana itu adalah satu hadiah kepada anda. Jangan merungut.. Ingatlah, ramai lagi di luar sana yg masih tertungu-tunggu untuk menikmati pengalaman yg sangat berharga ini. 



Tak ada yg lebih bermakna dari melihat anak yg dikandung selama ini dapat dilahirkan dengan selamat ke dunia. 

Ingatlah..pahala bagi ibu yg mengandungkan zuriat yg halal dari suaminya akan mendapat pahala yg sama besar seperti menunaikan haji dan umrah..

Wallahualam..


"Enjoy your pregnancy"




ps: aduhhh..rse sebak pula dgn entry kali ni..huhu..

Tuesday, October 26, 2010

BUSY BUSY BUSY...

A very busy week. I'm so tired to do all things at once..uwaaaaa..mau nangiss...




Kerja yang banyak dalam keadaan yang belum betul-betul sihat. Banyak kertas exam yang nak kena marking. Field work pun tak buat lagi. Tak cukup masa. Hari tu dekat dua minggu cuti, ni la akibatnya.. I'm so depressed.. 


Apa-apa pun, kenala pandai bahagi masa dan atur kerja dengan baik supaya tak tertekan nanti kan.. chaiyok2!!


Minggu ni nak habiskan cepat-cepat marking paper . Minggu depan nak settle kan beberapa bahan bacaan untuk literature review dan  prepare untuk field work.

Semoga kesihatan bertambah baik dan bolehlah selesaikan kerja dengan penuh semangat. Dulu yana habiskan master dalam tempoh setahun setengah je. Rasanya kalau PhD ni maybe ambil masa tiga tahun kot sebab proses dia yang agak slow.. Banyak betul dugaan masa ni.. huhuhu..








Monday, October 25, 2010

Ayam Kampung Best Punya.. :)

Hari ni yana tak masak..hehehe.. Tak berapa sihat lor.. So, hubbyku yg tersayang bawa dinner kat luar. Kitaorang tak tau nak makan mana. Jalan punya jalan, last sekali singgah di sebuah restoran di Bidor. Restoran ni antara yang agak famous di Bidor sebab menu utama yang disediakan di situ adalah dari ayam kampung. 

Ada nasi lemak ayam kampung, sup ayam kampung, nasi ayam kampung dan macam-macam lagi. Satay Haji Samuri pun ada kat situ. Nama restoran ni, Restoran Ayam Herbal. Setiap kali datang, mesti ramai orang. Kalau nak cari restoran ni senang je. Betul-betul selepas masuk tol Bidor, dari traffic light tu dah nampak pun restoran ni.

Meh nak tunjuk apa yang we olls order. Kitaorang tak order banyak sebab dua orang je nak makan. hehehe..


                                                            Nasi Ayam Kampung


Ni nasi ayam kampung yg yana order. Sedap.. Ayam dia lembut je.. Tapi sup tawar sikit..huhu.. Yang ni RM8 je..

                                                     Nasi Timbal Ayam Goreng Kampung


Ni nasi timbal ayam goreng kampung yg hubby yana pesan. Pun best jg. Presentation dia pun cantik je. Hrga dia RM9 je..Hubby suka sambal belacan dia, sampai order dua kali..hehe..


So, kalau datang ke Perak.. Bolehlah singgah Bidor dan ke Restoran Ayam Herbal ni. Yang lain special di Bidor ni adalah Mee Kari Ramli. Tapi dia buka pagi je. Memang ramai sangat kat depan warung dia pagi-pagi. Yana pun dah try. Nanti yana buat entry pasal Mee Kari Ramli pula.. Adios..


Selamat Menjamu Selera..