Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, November 20, 2010

Bila MIL nak Datang...


Assalamualaikum dan selamat pagi :)


Hari ni MIL nak datang dengan adik-adik ipar semua.. Yeyyy... Lama dah diaorang tak datang sebab duduk nun jauh di Terengganu.. So, pagi ni yana dengan husband nak ke pasar menyopping apa yang patut.. Nak masak apa ye yang best??


Sementara tunggu hubbyku mandi.. Sempat juga yana Google tengok resepi-resepi, malah sempat lagi update blog.. hehehe.. Yana rasa macam nak masak:



 Source: Google 
 Asam Pedas Ikan Merah   




 Source: Google
 Ayam Madu  



 
 Source: Hanieliza.blogspot.com
 Udang Masak Masam Manis 
(Tak pernah try lagi ni.. hehehe)




Source: Google 
Sayur Campur  



 
Source: Dari Dapur Orang Kampung 
Ulam-ulam + Tempoyak


    OK tak? Wahhh..ini dah macam nak buat kenduri.. hehehe..
    Apa salahnya sesekali masak special untuk family..


    Ok.. Nak gerak ke pasar dah.. 
    Adios :)


    Fenomena Fesyen Muslimah Hari Ini


    Assalamualaikum..

    Kalau kita lihat di sekeliling kita sekarang.. Dah semakin ramai muslimah yang memakai tudung. Alhamdulillah.. Ini suatu perkembangan yang baik. Walau bagaimanapun.. kebanyakan dari tudung yang dikenakan tidak benar-benar mengikut kehendak syariat. Semuanya disebabkan trend dan fashion tudung yang ada pada zaman sekarang tidak benar-benar menutup aurat secara sempurna.




    Source: Google


    Kebanyakan yang dapat dilihat pada zaman sekarang.. Fashion tudung yang pendek, jarang, yang menampakkan rambut dan macam-macam lagi lah. Tudung yang diselempangkan, tudung yang dililit dan tudung yang dimasukkan ke dalam baju akan menampakkan bahagian dada. Tapi fashion ni la yang famous sangat pada zaman sekarang. Ramai muda mudi kita yang memakai fashion sebegini dengan alasan ia lebih mudah, ringkas dan kemas. Malah boleh buat macam-macam style.. Tapi fashion sebegini jelas mendedahkan dada.


    Allah s.w.t berfirman:

    " Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.." (An-Nur:31)
     


    Yana pernah masuk satu butik tudung yang agak famous sekarang.. Yana pernah tanya owner dia, yana suka sangat jenis-jenis tudung yang ada di butik tu. Tapi tudung-tudungnya semua di atas paras dada. Yana minta supaya lepas ni, buatlah design yang sama tapi labuh menutup dada. Bolehlah yana beli.. Tapi owner tu diam terus..


    Ermmm... Susah sangat ke nak buat design tudung yang labuh menutup dada? Takut tak laku ke??  Boleh rujuk sini, mengenai hukum menjual tudung tak sempurna tutup aurat..


    Selain itu, kebanyakan yang memakai tudung pada zaman sekarang sering mengenakan pin di belakang tudung. Apakah fungsi pin tersebut? Untuk bagi kedudukan tudung lebih terletak atau lebih kemas? Yana tak tahu apa fungsinya sebab yana tak pakai macam tu. Cuma bagi yana, pemakaian tudung seperti itu lebih menampakkan bentuk leher kita. Bukankah segala bentuk dari tubuh kita perlu disembunyikan kerana ia adalah aurat..


    Satu lagi perkara yang benar-benar di kesali adalah cara pemakaian muslimah zaman sekarang. Kebanyakan yang memakai tudung tapi masih memakai shortsleeves, pakai baby-tee.. Malah ada yang memakai leggings.. Ada sesetengah tu, bertudung..bajunya longgar, tapi dikenakan dengan legging. Walaupun leggings tu menutup kulit/aurat, tapi ia menampakkan bentuk kaki. Cuba baca blog ni, agak menarik penulisannya mengenai leggings.


    Bila jalan-jalan di shopping mall.. Ramai betul perempuan zaman sekarang yang tak bertudung dan bertudung mengenakan leggings. Ada leggings yang biasa dan ada yang nipis. Bayangkan bagaimana keadaan lelaki apabila memandangnya, bukankah menambahkan dosa zina mata pada mereka dan juga dosa tidak menjaga aurat pada si pemakai? Jom baca sini mengenai pemakaian seksi: suatu hak kebebasan peribadi?


    Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

    Asma Binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakai tipis. Maka Rasulullah berpaling daripadanya dan berkata kepadanya:

    " Wahai Asma! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bahagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini. Kemudian Rsulullah menunjukkan wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Raab selain-Nya." .


    Selain itu, Rasulullah s.a.w juga melarang wanita-wanita muslimah dari memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Bukankah leggings itu ketat sehingga menampakkan bentuk kaki? Bukankah segala bentuk dari tubuh badan kita adalah aurat?


    Usamah Bin Zaid pernah berkata:

    Rasulullah s.a.w pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun, aku pakaikan kepada isteriku. Nabi bertanya kepadaku:

    " Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah?" 
     Aku Menjawab: " Aku pakaikan baju itu pada isteriku." 
    Rasulullah s.a.w lalu bersabda:
    " Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, kerana saya khuatir baju itu akan menampakkan bentuk tulangnya."
    (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadith Al-Mukhtarah 1/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan Sanad Hasan)


    Oleh itu, sebagai seorang muslimah.. Kenakanlah hijab dan pakaian yang telah ditetapkan oleh syariat. Janganlah hanya mengikut trend sehingga mengenepikan apa yang telah diwajibkan untuk kita. Pada ibu bapa.. didiklah anak gadis sedari kecil mengenai aurat. Pada para suami.. bimbing dan nasihatlah isterimu mengenai aurat.


    Allah s.w.t berfirman:

    " Wahai nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."  (Al-Ahzab 33:59)

      _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _@@@@ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _



    Source: Google
    Yana tak tau nak panggil ni tudung atau topi. 
    Tapi, ini bukanlah cara pemakaian hijab yang betul. 
    Masih kelihatan bahagian dada dan juga leher..




    Source: Google
    Fashion ni memang agak famous sekarang.
    Sayang sekali ia hanyalah menutup bahagian rambut sahaja.
    Sedangkan bahagian dada dan leher jelas kelihatan..




    Source: Google
    Sorry Siti.. saya memamg minat siti..
    Tapi saya tak sokong trend tudung kamu..




    Source: Google
    Kan manis dan ayu lagi sopan kalau Siti pakai macam ni..
    Peace :)



    Ok, panjang sangat pula entry malam ni. Jom tengok gambar bawah ni.. 
    Hijab vs Not Hijab..



    Source: Google


    Wallahualam..

    ps: Hanya manusia biasa yang penuh kekhilafan.. Jika ada salah dan silap harap diperbetulkan.. Sma-samalah kita ingat mengingati.. :)


    Thursday, November 18, 2010

    Satu Hari di Hari Raya


    Assalamualaikum..

    Eid ul adha mubarak semua.. Macam mana raya? 
    Petang raya yana dah balik dari kampung dengan hubby.. 
    Banyak keje.. tak boleh cuti lama-lama.. Cedihnyeee... 
    Tapi kan.. weekend ni boleh balik penang lagi sebab 
    yana ada check up kat sana.. 
    Yeyyy.. balik kampung lagi.. hehehe..


    Lama dah tak update blog.. Lama ke? Baru dua hari.. hehehe.. 
    Tak tau nak tulis apa.. 
    So, yana decide nak share sikit suasana di pagi raya.. 
    Walaupun takde yang menarik sangat pun..hehehe..






    Malam raya, Yana dengan hubby teringin nak rasa 
    Extreme Cheesy 6 dari Pizza Hut (Memang best!!!).. 
    masa nak keluar tu, kitaorang terserempak dengan 
    Mr. Cheese yang comel ni.. hehehe.. 

    Lepas makan cepat-cepat kitaorang beli barang dan 
    teruskan prejalanan ke Penang.. 1am baru sampai.. 
    Jam teruk sangat, tambah pula dengan hujan.. aduuussss..
    Kesian hubbyku mengantuk je time drive.. 




     Ni la yang yana masak untuk raya.. Simple je.. Laksa Penang 
    dan rendang ayam.. 
    Yang dihidangkan ni di rumah mak yana.. Kitaorang makan di rumah mak dulu sebelum semua pergi beraya di rumah nenek.. Karipap tu untuk breakfast.. hehehe.. 

    Dekat rumah nenek.. lagi macam-macam ada.. Macam-macam rendang ada.. hehehe..






    Ni la hubby yana.. hehehe.. 1st time tunjuk kat blog.. Lepas solat aidiladha.. Lepas makan.. Sementara tunggu orang-orang perempuan bersiap.. Hubby pun menghabiskan masa dengan membaca paper..hehehe.. 


    Orang perempuan bila bersiap memang jenuh nak tunggu kan.. hehehe.. 
    Padahal nak ke rumah nenek dekat je.. ;)











    Masa ni dah ada di rumah nenek ku yang tersayang.. 
    Ni la adik yana yang bongsu.. Paling manja dengan yana.. hehehe.. 
    Sejak abah dah takde, memang dia rapat sangat dengan yana.







    Yang baju ungu tu adik yana.. Dua lagi tu sepupu yana.. 
    Dua orang available lagi.. Nak kenal? hahahah.. Gurau je.. 
    Ni berposing setelah penat makan dan mengemas dapur.. 
    Orang pun dah ramai balik masa ni.. Cayang korang :)



    Ok.. Tu je entry untuk kali ni.. 
    Gambar mak, nenek semua tak di paparkan 
    sebab diaorg tak bagi upload di blog.. hehehe.. 
    Gambar yana pun takde sebab yana blogger yang low profile.. hehehe
    Lagi pun Mr.Hubby dah pesan jangan masukkan gambar sangat..
    Takde yang menarik kan entry kali ni.. Yana kekeringan idea.. 


    Apa pun ni la kelebihan bila tibanya hari raya.. 
    Semua saudara mara berkumpul.. 
    Yang lama tak jumpa pun, boleh kita jumpa masa ni.. 
    Yang jauh pun semua pakat balik kampung.. 
    Masa ni pun boleh kita gunakan untuk bermaaf-maafan sesama kita.. 
    Semoga ikatan ukhuwah itu terus berkekalan..



    ps: AL-FATIHAH untuk abah, Allahyarham Taha Hsni.. Ini kali kedua kami beraya tanpa abah :(