Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 31, 2010

Pindah Rumah..


Assalamualaikum..

Berapa jam je lagi kita dah nak melangkah ke tahun 2011.. Yana dengan suami masih sibuk kemas rumah untuk pindah (tapi masih sempat berblog).. hehehe.. Penat juga ye nak pindah rumah ni.. Alhamdulillah, dapat juga kami ke utara pada awal tahun 2011 ni.. Sekurang-kurangnya dekat dengan mak dan adik-adik setelah pemergian abah..


Ermm..sampai sekarang dah hampir 80% rumah telah dikemas.. Letihnya tak taulah nak cakap kan.. hehehe.. Siapa yang ada pengalaman pindah randah ni tahulah macam mana rasanya..





Ni baru separuh barang.. 
Semua sumbat je kat bilik belakang nun..
Banyak lagi nih...adehhh
Bersepah kan? hehehe







Satu kotak ni handbags yana je.. 
Hubby geleng kepala.. hehehehe..




Ok lah, tu semua selingan je.. Jom kita tengok tips untuk pindah rumah:



1.  MENGEMAS RUMAH




Tentulah mengemas rumah kan.. Sebelum mengemas segala barang yang ada, tentukan barang yang penting dan barang yang dah takde kepentingan lagi. Bagi barang yang penting, bungkus dan simpanlah dalam kotak. Bagi barang yang dah takde kegunaan tu, bolehah dibuang ataupun bagi pada sesiapa yang memerlukan. Jangan pula ada rasa 'sayang nak buang' walaupun barang tu dah takde kegunaan lagi. Nanti tak muat lori yang nak mengangkut.



2.  LABELKAN SETIAP BARANG 

Bila dah mengemas barang dan masukkan dalam kotak. Jangan lupa melabelkan setiap kotak tersebut agar mudah untuk mencari barang tersebut kelak. 



3. JANGAN KEMAS RUMAH LAST MINIT

Kemas rumah ni satu benda yang sangat rumit dan memenatkan. Oleh itu, jangan buat last minit. Nanti demam kot.. hehehe.. Bila dah ada perancangan nak berpindah tu, mulakan sikit-sikit dari awal. Misalnya, mengemas buku-buku, novel, pakaian yang jarang digunakan sehinggalah kepada mengemas barang-barang yang penting.



4. PENGANGKUTAN






Jangan lupa uruskan pengangkutan. Perlu fikir sama ada memilih perkhidmatan pindah rumah ataupun nak urus sendiri. Jika memilih perkhidmatan pindah rumah, pastikan dulu ia boleh dipercayai. Jika memilih untuk menguruskan sendiri, pastikan anda cukup tenaga bantuan untuk menguruskan perpindahan dari rumah lama ke rumah baru.



Oklah.. tak tau dah nak tulis apa.. Banyak lagi barang yang nak dikemas..huhu..
Ada sape-sape nak tolong.. hehehe


Thursday, December 30, 2010

5 Pekerjaan Yang Mendapat Pendapatan Tertinggi di Dunia




CNBC Menyenaraikan Lima Pekerjaan
Yang Mendapat Pendapatan
Tertinggi di Dunia...








1. PAKAR BEDAH (AS$ 219, 770.00)

2. PAKAR ANESTHESIOLOGI 
(AS$ 211, 750.00)

3. PAKAR BEDAH ORAL (AS$ 210, 710.00)

4. PAKAR ORTODONTIK (AS$ 206, 190.00)

5. PAKAR GYNECOLOGIST
(AS$ 204, 470.000)




Tuesday, December 28, 2010

Balik Tganu Pula...


Assalamualaikum..


Yana baru je balik dari Terengganu semalam. Hubby yana orang sane.. Terengganu sama macam Penang, makanan dekat sane sedap-sedap belaka..


Cakap pasal masakan orang Terengganu ni, yana ingat lagi masa mula-mula kahwin dulu, mertua yana ada masakkan sayur lemak jambu golok campur sotong, sedappp sangat. Tak pernah rasa lagi di Penang. Yang kelakarnye, bila adik ipar tanya tau ke apa tu jambu golok? Terus yana jawab jambu batu ke? hahaha.. Rupa-rupanya, jambu golok tu adalah buah gajus.. Orang utara panggil buah janggus.. Yana tak tahu pula buah janggus boleh masak lemak..Bila dah rasa, memang sedapp.. Dekat Terengganu pun, famous dengan ikan belut.. Sedap tauu.. hehehe..


Di Terengganu ni pun, bila petang  je yana tengok banyak gerai-gerai tepi pantai yang jual ikan, udang, sotong, ketam goreng tepung. Keropok lekor pun ada.. Setiap kali balik je mesti nak ke sana..hehehe.. Dahla makan tepi pantai yang berangin.. Bestnyeee... Yana selalu pergi makan di Pantai Teluk Ketapang dekat dengan airport di Kuala Terengganu..


Dekat kawasan ni banyak gerai-gerai yang jual menu yang sama.. Tapi, yana dengan hubby selalu ke gerai ni je sebab kitaorang rasa lagi sedap.. Nama gerai ni ICT Pok Long (seafood).. Lebih kurang 15 minit je dari Bandar Kuala Terengganu.. Kitaorang sampai sini dalam 5.30 pm selepas balik jalan-jalan.. Masa ni dah mula ramai orang..




Beratur orang memilih makanan.. Sini selalu ramai tau..






Ni sotong goreng tepung.. Ni dah piring
yang ke-2.. hehehe.. Sedap tau, sotong besar..
Sepiring RM5 






Ni ketam goreng tepung.. nyam..nyam..
Sepiring RM14






Sapelah punya meja ni.. Penuhnya dengan makanan..
Ada udang, sotong, pari goreng tepung..
hahaha.. Ni la akibatnya kalau dua-dua orang
dah mengidam.. hehehehe..







Sos ni lah yang buatkan makan dengan 
lebih berselera..hehehe.. Memang best lah..
Sos kat Terengganu ni semua manis-manis belaka..




Dah habis makan.. sangat kenyang.. Kitaorang pun jalan la sana sini.. hehehe.. Sempat juga men'shopping' kejap.. Orang perempuan ni kalau tak beli apa-apa, memang tak sah kan.. Singgah lah kejap di Ariani Kuala Terengganu..Nak beli sutera batik, dah banyak sangat borong dulu di Pasar Payang..









Akhirnya terborong 3 helai tudung..Warna merah tu
sangat cantik dan terbeli la.. Yana tak pernah lagi 
pakai tudung warna merah tau.. 


Tapi, yana agak kecewa dengan sales girl Ariani di KT ni..
Taknak lah cite panjang lebar.. 
Apa pun, Ariani Bangi & Ipoh adalah TERBAEK!!
Boleh sembang gelak-gelak lagi dengan sales girlnya..






Yana tak tahu ni dekat mana.. hehehe..
Tapi, hubby kata.. boat ni bawa pusing-pusing
sekitar dengan Masjid Kristal..
Kalau salah, betulkan ye..







Ok, masa untuk pulang....



Buat pe tu yang? huhu..


Tapi, ada satu tempat best untuk breakfast di kampung hubby yana sebelum kitaorang balik.. hehehe.. Orang Terengganu ni breakfast mereka agak heavy.. Pagi-pagi ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak, nasi berlauk.. Kalau di Penang, nasi minyak ni masa kenduri kahwin je senang jumpa.. hehehe.. 






Nasi minyak untuk breakfast pagi-pagi di Terengganu..
Habislah diet ku.. hehehe.. Takpela, 
bukan selalu kan.. Gulai ayam diaorang
sedap sangat.. Rasa macam makan di kenduri kahwin pula..






Warung kecik je.. Tapi makanannya sedap-sedap dan murah.. 
Makcik warung ni pun ingat muka kitaorang walaupun
jarang-jarang datang.. hehehe..







Tak habis lagi makan.. hahahaha.. Biasalah, 
bila dah balik kampung memang keje makan je.. 
Bukan selalu boleh balik kan.. hehehe..
Masa balik, otw tu kitaorang singgah di
Temerloh.. Hubby nak pekena Patin Masak Lemak Tempoyak
versi Pahang.. Memang bestlaa.. 
Ni patin buah, RM12 seketul tu.. huhuhu..
Takpelah, yang penting sedap..




Lepas makan, hubby ajak singgah Ikea di KL kejap.. Nak tengok barang-barang rumah sikit untuk nak pindah.. Yana pun memang nak cari rak buku.. Buku yana banyak sangat sampai tak cukup rak yang ada tu nak menampung..













 Cantik tak wardrobe ni? Yana dengan hubby suka design nye..
Shoes, handbags, dress semua boleh simpan sekaligus..



Dah habis pusing satu Ikea sampai sakit kaki, kitaorang pun mencari  tempat makan untuk dinner sebelum balik.. Nampak Nando's, kitaorang pun masuklah..






Nando's Peri-Peri Kick Starter yang banyak..
Ada mini Kebabs yang sedap, Chicken Wings,
Grilled Chicken Sausages, Espetada..
Tak habis yana dengan hubby makan..huhuhu.. 






Peri-peri Sauce ni la yang buat orang datang
Nando's banyak kali.. hehehe.. 



Oklah.. Dah habis holiday selama 3 hari.. Masa untuk bekerja dan 
packing barang-barang rumah yang banyak lagi tu.. adeehhh...
Dah banyak makan masa balik kampung..  
Sekarang kena DIET!! hahaha..