Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, May 31, 2011

Our 2nd wedding anniversary


Assalamualaikum..




2 Years and i look forward to many many more!! insyaAllah..



Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua pada 31 Mei 2011. Sedar tak sedar, sudah masuk tahun kedua menjadi isteri pada suami tercinta.. Segala suka dan duka kami harungi bersama dengan penuh rasa kasih dan sayang.


Pada suami tercinta, kamulah anugerah teristimewa kurniaan Allah dalam hidup yana.. Alhamdulillah. Terima kasih kerana membimbing yana, menyayangi yana, menjaga yana dengan penuh kasih sayang, sabar dengan segala kerenah yana, cuba penuhi segala kemahuan dan macam2 lagi. Tak tertulis setiap apa yang telah syg laksanakan.. Terima kasih syg.. InsyaAllah, yana akan sentiasa berusaha menjadi isteri solehah dan terbaik untuk syg..


Yana masih ingat enam tahun yang lalu masa mula2 mengenali suami tercinta.. Kita hanyalah seorang sahabat.. Tak sangka rupanya, inilah jodoh yang tertulis untuk kita.. Syukur sangat2.. Walaupun sekarang kita masih berdua, tapi kita berjaya mengharungi segalanya dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Yana tak pernah rasa sunyi bila sentiasa di samping syg.. Syg sentiasa berusaha agar diri ini sentiasa gembira. Terima kasih sgt2 syg.. Semoga redha dan kesabaran kita akan mendapat ganjaran dariNya.. insyaAllah..




31/Mei/2009



~Semoga rumah tangga kita akan kekal hingga ke syurga..
~Semoga rumah tangga kita sentiasa dalam rahmat Ilahi..
~Semoga cinta dan kasih sayang kita berkekalan selamanya..
~Semoga rumah tangga kita sentiasa dimurahkan rezeki dariNya..
~Semoga kita bakal dikurniakan zuriat yg soleh solehah..
      AMEEN.. INSYAALLAH..






~hingga ke akhirnya, cinta yana untuk syg sorg saja.. insyaAllah..
(macam pernah dengar je dialog ni.. tapi di mana ya? hehehe)



To my loving hubby..
THANK YOU for loving me & taking care of me..
I LOVE YOU SOOOO MUCH!!



Sunday, May 29, 2011

Mode: HAPPY!! Dah tak sedih2 lagi..


Assalamualaikum..


Dah 2.30am yana tak tido lagi ke? Sekarang sedang menemani encik suami tengok bola.. Barcelona vs MU sanggup encik suami menahan mengantuk.. hehe.. Tapi yana dah tido dari 9pm td.. Sebab tu tak ngantuk sangat.. hehe..


Khamis malam yana dengan my sayang balik kampung.. Kitaorang nak celebrate birthday mak yana.. Cuma lewat sehari sebab kitaorang balik 26hb, birthday mak 25hb.. Maaf mak, lewat sehari sebab keje.. huhu.. Kitaorang celebrate kecil2an je.. Ni pun mak tak tau sebab sengaja nak surprise kan mak.. hehe.. 




Kitaorang beli kek di Damiral Grill.. Sedap!!
Sesekali tukar selera, kalau tak asyik beli di bakery tu je..


HAPPY BIRTHDAY MAK!!
MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS..
WE LOVE YOU SOOOO MUCH!!!




Jumaat esoknya, lepas encik suami solat Jumaat, kitaorang ke island dengan tujuan nak cari pengganti rabbit yg dah di curi.. Sob sob... sedih tak habis lagi.. huhu.. Encik suami cuba memujuk untuk mengubati hati yg lara ni dengan nak hadiahkan rabbit yg baru.. TQ sayang..




Inilah rabbit yg yana pilih..
Cute tak? cute sgttt kan.. hehe..
Namanya Miki..




Miki sangat manja dan baik. 
Takde lari jauh2 dan sangat kuat makan.. hehehe..



Dah lama2, nampak kesian pula denkat Miki sebab sorang2.. eh sekor2 tak berkawan.. Kita manusia pun nak berkawan dan berpasangan kan.. So, encik suami nak beli sekor lagi.. Wahh.. seronokla yana.. hehehe..




Inilah yg dipilih oleh yana.. Cute tak? hehe..
Namanya Miko.. Sempena nama rabbit
kesayanngan yana yg dah di curi.. 
Tapi Miko ni agak pendiam.. huhu..




Inilah rabbit baru yana..
Miko dan Miki.. Kali ni nak
bela dua ekor je.. Tak nak
dah banyak2.. Nanti hilang pula..



Dah puas hati dapat rabbit baru, masa untuk mengisi perut sendiri pula.. Kitaorang pun pergi ke tempat favourite encik suami di Gurney Plaza.. Mana lagi kalau bukan di Seoul Garden..



Yummy yummy..




Pastu kitaorang singgah 1st Avenue sebab kawan yana gtau Coach ada SALE!! Tak leh dengar betul perkataan itu.. huhu.. Tapi, bila dah ada sana.. Takde yg berkenan pula.. Last2 terbeli benda lain.. 




My PSP!! Nape? tak boleh ke kalau suka main game? 
Sekarang zaman moden la.. hehehe..



Okla, itu aktiviti untuk weekend ni.. Mata dah berat, sudah mau tido walaupun teman encik suami tengok bola.. huhu.. BUENO NOR CHES.. 


Thursday, May 26, 2011

You will be missed :(


Assalamuallaikum..


Pagi ni, masa yana buka langsir.. Yana terkejut bila tengok di luar laman rumah tak ada sangkar rabbit.. Yana panggil encik suami, sbb fikir mungkin dia alihkan.. Encik suami kata tak dan kitaorang keluar tengok, memang betul sangkar dan tiga ekor rabbit yana dah tak de.. Bekas najis pula, kami jumpa di luar pagar rumah.. Rabbit2 yana dah kena curi!!


Nangis terus yana.. Walaupun tu hanyalah binatang, tapi yana dah sayang dan yana dah jaga dengan sangat baik sekali.. Miko yana dah jaga dari baby sampai dah besar sikit.. Diaorang pun manja sangat dengan yana. Kalau nampak yana je, cergas je diaorang.. Yana baru buka pintu rumah pun diaorang dah standby tunggu. Encik suami sampai buat playpan untuk rabbit nak main2.. Sdihnyeeeeeeeeee....


Pada yg curi tu, maaflah.. dunia akhirat yana tak halalkan.. Kalau korang jual, duit tu memang duit haram.. Pelikkan manusia, binatang pun nak dicuri.. Zaman sekarang org dah tak takut makan duit haram!! 


Namun yana redha, dan berharap pumpkin, labu dan miko tak dianiaya dan di jaga dengan baik.. 




Dalam kenangan ~ Pumpkin, labu dan miko.. :(

Paling yana sayang miko sebab dia kecik lg.. Rabbit kecik2 ni
kalau tak di jaga dia susah nak survive.. Semoga mereka
di jaga dengan baik... uwaaaaa.. nak nangis :'(