Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, July 26, 2011

Laksa Hadyai Alor Setar


Assalamualaikum..

Jumaat ni yana dan suami dah nak berpindah ke KL. Cedihnya nak tinggalkan Kedah.. huhu.. Sebelum tu, yana nak kenalkan sejenis laksa yg sangat sedapppp di Kedah ni.. Kalau di Penang famous dengan laksa janggus di Balik Pulau, Perlis pula famous dengan laksa belut, Kedah ni pula selain laksa Teluk Kechai, ia famous juga dengan laksa hadyai. Nanti di KL tak boleh dah nak makan laksa ni.. hehehe..


Apa yang unik dengan laksa ni ialah kuahnya adalah kuah lemak kuning ikan kembung dan dimakan dengan pelbagai jenis ulam-ulaman. Yana dengan encik suami memang suka makan ulam. Bertambah suka la dengan laksa ni bila sayur2nya semua ulam-ulam je.




Noriah Laksa Hadyai dekat dengan
kompleks PKNK Alor Setar..
RM3 je sebungkus..





Ni la laksanya.. Laksa halus2 je dan kuah
lemaknya dengan isi ikan kembung hancur 
memang TERBAEK!! 





Inilah yg paling besttt.. Setalam
ulam-ulam yg dimakan dengan laksa ni.
Pucuk janggus, ulam raja, daun selom, 
taugeh, hirisan mangga, timun..
Macam2 lagi la..


Unikkan laksa ni..
Yang penting sedappp sangat..
Kalau datang Alor Setar janggan lupa singgah
pekena laksa hadyai ni ye.. :)



Sunday, July 24, 2011

Pindah lagi part.2


Assalamualaikum..

Akibat last minit dapat tau encik suami transfer ke KL, yana dan encik suami dengan kalutnya mencari rumah di sana. Setelah seminggu mencari, Alhamdulillah dengan bantuan Allah kami dapat juga rumah yg sangat selesa..


Pengalaman mencari rumah sewa di tengah2 ibu kota memang sangat mencabar.. huhu.. Tambahan pula, kami bukan lah familiar sangat dengan kawasan di KL nun.. Rumah yg bakal kami duduki ni sebenarnya last choice sebab agak jauh dari ofis encik suami.. Masa kitaorang masih mencari rumah, dalam 2,3 rumah kitaorang dah pegi. Ada yg 5 minit je lagi nak kata setuju rumah tu dah dibooking orang lain. Ada yg kitaorang dah suka sangat2 tapi call agent tak dapat2.. Ada yg owner tak izinkan ada pet dalam kondo nya.. Akhirnya, kitaorang ke rumah yg menjadi last choice tu juga.. Dari situasi ni, yana belajar sesuatu.. Kalau dah memang tu rezeki utk kita.. Memang ia akan jadi milik kita juga. Kalau bukan rezeki kita, macam mana pun ia tak akan jadi milik kita.


Weekend depan dah nak pindah ke sana. Walaupun yana risau KL agak jauh dari mak dan adik2 di Kedah, tapi dengan izin dan redha mak insyaAllah semuanya ok. Yana dan encik suami pun dah bawa mak dan adik2 ke rumah sana baru-baru ni. Weekend depan, PIL pula akan datang ke sana. Kitaorang dah macam orang nomad je asyik pindah randah.. huhu.. Tapi dah ini rezeki untuk kami, alhamdulillah..




Dari taman budiman ke alam budiman pula.. huhu.
Letihnya pindah randah ni.. adehh..

Sunday, July 17, 2011

Dari Kedah ke Kuala Lumpur


DI SUATU PAGI...

" Syg.. ada news nak bagitau ni"
"Apa tu b? Good news ke bad news?"
"Good news, tapi mungkin juga bad news.."
"Apa tu b? suspen je rasa.."
" B kena transfer ke KL"
"Ooo.. ingatkan apa la.. (sambil pening2 lalat..)
"APA?? TRANSFER KE KL?? Betul ke b?" sambil ku termanggu2




"Kenapa tiba2 kena ke KL? Baru sangat kita di Kedah ni"
"Sebab kenaikan pangkat.. kena hantar ke HQ"
"Alhamdulillah.. congrats bb.. Bila kita nak ke sana?"
"1st Ogos dah nak kena lapor diri.. Sebelum tu dah nak kena pegi sana"
"HAAA... 2 minggu je lg.." Terkejut utk kali keduanya..
"Sempat ke b nak cari rumah lagi, nak packing lg"
"Weekend ni kita g KL, kita survey rumah... 
Packing2 kita upah Movers Malaysia senang keje..hehe"


Alhamdulillah.. Rezeki yg tak terduga Allah hadiahkan.
Cuma masih risau akan keluarga di Kedah..
Semoga Allah permudahkan segalanya.. ameen..