Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, October 31, 2011


Assalamualaikum..

Lamanya yana tak update blog nih.. hehe.. Tak tau nak tulis apa.. Ni pun takde idea juga. Seminggu ni macam2nye jadi.. huhu.. Yana baru rasa apa itu morning sickness, masa dua kali pregnant dulu takde langsung rasa tu. Tapi bagus juga bila ada morning sickness ni sebab ia menunjukkan hormon pregnant kita tinggi dan insyaAllah kandungan akan kuat. Tapi morning sickness yang yana rasa masih dalam kategori sederhana lagi..






Cumanya masa loya2 ni yana demam la pula dan masa ni juga gastrik tu datang balik.. huhu. Macam2 dugaan untuk bergelar seorang ibu kan. Sebab tu la banyak pahala yang seorang bakal ibu tu dapat sepanjang mengandungkan zuriat dari suaminya.. 


Macam mana ye nak hilangkan loya2 ni? Yana takde lagi pengalaman macam ni walau ini kali ketiga pregnant..huhu.. Kena makan benda masam2 ke?


Next week pula yana kena check up dan minggu2 macam ni la yang paling yana risaukan. Harapnya kandungan kali ni normal dan tak berulang benda yang sama lagi. Tolong doakan yana ye. Semoga selamat kandungan kali ni.. ameenn..



Sunday, October 23, 2011

Lunch hari ini..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala kerisauan yana dah hilang.. hehe.. Sekarang perlu terus menjaga my little baby dengan lebih baik dan terus berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segalanya kali ini..


So, setelah seminggu lebih yana bed rest hari ni tiba2 rasa nak sangat masak untuk incik suami.. Kesian suami yana seminggu ni dia yang kena masak untuk yana dan makan di luar.. Sekarang dah ok sikit, bolehla yana pegang semula senduk dan kuali..hehe.. Tapi, ni pun buat kerja dengan sangatla slow. 4.30 pm baru siap masak.. huhuhu..


Ni la hasilnya setelah lama tak masak..



Nasi Tomato.. Guna buah tomato
fresh.. Tak guna tomato puree.
Tapi kali ni nasi tomato yana simple sangat..huhu
Biasala tak boleh berdiri lama2 masak..





Menu wajib dengan nasi tomato..
Ayam masak merah..

Ayam ni incik suami yg proseskan.
Yana masak je..





Daging masak hitam..



Dan..





Jelatah timun..


Ok, jemput makan..

Tuesday, October 18, 2011


Assalamualaikum


Yana kebuntuan idea nak menulis sekarang ni.. hehe.. Dalam mood 'cuba utk bertenang tapi gelisah' macam mana tu?? huhu.. Jumaat ni scan untuk tengok keadaan my little baby.. Rasa macam nak cepatkan je masa ke Jumaat. On the same time rasa nak stopkan masa pun ada sebab takut.. huhu. 


Yana tak nafikan memang dah ada sikit trauma selepas dua kali miscarriage.. Pengalaman yang kalau boleh janganlah berulang lagi.. Tapi, naluri seorang perempuan trauma macam mana pun tetap inginkan zuriat sendiri. Sebab tu la sekarang ni yana happy sebab preggy balik tapi tetap cemas. Selagi tak masuk 2nd trimester selagi tu la akan rasa macam ni. Mujur ada incik suami yg tak putus2 bg support pada yana supaya tak risau2. 


Yana cuba pesan pada diri jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh akan parah. Tapi yana tak akan putus asa untuk memohon hanya padaNya. Serik macam mana pun, sakit macam mana pun yana tak akan pernah putus asa. Sebab yana yakin, suatu hari nanti akan lahir juga permata hati yang dah lama kami nantikan.


Sekarang ni yana banyak amalkan zikir untuk tenangkan hati dan berserah hanya pada Allah semoga dipermudahkan kandungan kali ini. Semoga rezeki memihak kepada kami kali ini. Semoga yana dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu nanti.
Ameenn.. Doakan kami ye..