Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 6, 2012

Avillion Water Chalet Review


Assalamualaikum..


Baru2 ni kitaorang holiday ke Port Dickson.. Port Dickson selalu menjadi pilihan kitaorang sebab dekat je dengan KL ni.. Lebih kurang 3 jam je perjalanan..


Dulu kitaorang dah mencuba Legend Water Chalet yang sekarang dikenali sebagai Lexis Port Dickson.. Kali ni mencuba Avillion Water Chalet pula.. Dulu dah mencuba hotelnya iaitu Avillion Admiral Cove.. Hotelnya cantik!!


Bagi yana, Avillion Water Chalet memang tip top!! Kitaorang lagi suka Avillion Water Chalet berbanding Legend.. Environment di Avillion Water Chalet sangat cantik malahan macam2 ada.


Di Avillion Water Chalet ada 4 jenis penginapan disediakan iaitu Garden Chalets yang dikelilingi pokok2 menghijau yang cantik dan mendamaikan. Water Chalets yang yana duduk nih, Premium Water Chalets yang dikelilingi seaview dan Beach Studios iaitu chalet mewah la..











Ni Water Chalet yang kitaorang duduk. Gambar ni yana amik dari Mr.Google jek.





Ni suasana dalam bilik.. Untuk bilik kitaorang ada satu katil king size dan satu daybed.. Boleh la lepak atas daybed ni sambil tengok laut.. Yana suka baring situ sambil buka tingkap tengok pokok2 dan dengar deruan ombak.. Sangat mendamaikan.. Best kalau hari2 boleh camtu. Huhu..





Ni kitaorang lepak2 sambil sembang2 dibuai angin semulajadi dan bunyi deruan ombak.. Cewah ayat..huhu





Gambar ni yana amik masa air dah agak surut..





Rayyan dah golek2 atas katil masa mula2 sampai sini..










Malam2 Rayyan tidur sorang2 di daybed ni.. Mama papa tido katil sebelah je.. Tapi yana buat benteng jugala dengan bantal2 tu tak nak bagi Rayyan tergolek. huhu.. Tp paginya mama dah ada di katil Rayyan sebab tengah malam bangun susukan Rayyan. Kesian papa tido sorang2.. Hehe..


Ni open shower.. Memang atasnya tak berbumbung.. Best mandi sambil tengok langit dan pokok2.. Jangan risau orang luar tak nampak sebab dindingnya tinggi..






Yang ni boleh tengok air laut tu. Kalau di Lexis dia cover dengan kaca solid yang kecik je.. Yang ni just cover gini je, so boleh nampak clear dasar laut..





Avillion Water Chalet ni pun menyediakan banyak kemudahan seperti,






Petting Zoo..











Peacock ni ada beberapa ekor dan hidup bebas je dalam Avillion ni.. Masa teman incik suami mandi di pool pun ada dua ekor peacocks ni sedang beristirehat. Hehe.. Peacock ni tak kacau orang malah cantik sangat.. Ayam pun ada, pagi2 memang feeling di kampung la dengar ayam berkokok.. Hehe.






Ni pool yang agak dalam untuk orang dewasa..






Rayyan pegi pool kanak2 je.. 1st time ni Rayyan masuk pool excited sangat dia siap tepuk2 air.. Nanti dah besar, Rayyan swimming2 dengan papa ye. Mama ni takut air.. Hehe.. Angkat keluar je Rayyan nangis.. Tak boleh lama2 la sayang nanti demam..






Avillion beach yang sangat cantik!!





Makanan di sini serius paling best antara semua tempat yang yana pegi!! Hari pertama sampai je dah dihidangkan welcome drink iaitu jus peach.. Breakfast standardla macam tempat lain.. Tapi buffet lunch dan dinner superb!!







Tak sempat nak bergambar sebab yana dan incik suami makan ikut turn kena salah sorang pegang Rayyan. Dah ada anak gini ler.. Hehe.. Buffet lunch ada macam2 such as beef, lamb, prawn, crab, clam, kurma ayam, fish asam pedas dia terbaek!!







Tapi kitaorang lagi enjoy buffet dinner sebab ada durian!! Makan la banyak mana durian yang nak.. Hehe.. Hari 2nd je kitaorang makan buffet dinner di situ sebab hari 1st makan di luar cari ikan bakar.. Dinnernya ada prawn, clam steamboat makan dengan cheese, soy sauce. Ada kari ikan, sambal udang, sup ekor, kari ayam, lamb masak apa ntah, beef, ikan kod, asam laksa, char koey teow, satay, kek!! Semua sedap!! Yana dengan incik suami ni tak berminat sangat dengan buffet hotel2 ni sebab semua lebih kurang je menunya dan takdela sedap sangat. Tapi buffet di Avillion Water Chalet adalah sangat recommended!!





Tapi bila malas nak keluar, order room service je. Nasi goreng kampungnye bagi yana so so je untuk harga RM32. Aiyak.. Buffet sedap, tapi menu room service biasa2 jek..






Paling best di Avillion Water Chalet ni adalah spanya iaitu Avi Spa.. Antara spa yang best di Malaysia ni mengikut review yang yana baca.. Tapi yana tak try la sebab agak mahal..





Spa di tengah lautan..


Avillion Water Chalet ni sangat recommended untuk holiday.. Tempat yang cantik, selesa, banyak kemudahan dan makanan yang sedap..


Ok, HAPPY HOLIDAY!!



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, December 1, 2012

Baby Playmat Review..

Assalamualaikum..


Sejak2 Rayyan boleh golek sampai terkeluar tilam memang yana dan incik suami decide nak cari playmat. Playmat yang bukan saja selamat untuk Rayyan, yang boleh melindungi Rayyan bila dia pusing dan tergolek, playmat yang bersih dan tidak bertoksin serta yang boleh merangsang perkembangan otak bayi..


Mula la yana Google sana sini mencari playmat yang sesuai untuk Rayyan.. Sehinga yana jumpa dalam Fb Butik Tateh.. Mulalah yana baca review pasal Playmat Dwinguler ni..


Playmat ni tebal memang sangat safety kalau baby tergolek pun tak sakit, empuk dan gambar-gambarnya educational dengan pengunaan warna terang yang memang mampu menarik perhatian bayi.. Bahannya juga non toxin dan noiseproof.. Hujung2 playmat juga tumpul. Playmat ni ada tiga saiz iaitu small, medium dan large.. Yana amik saiz medium je, cukup untuk mama, papa dan Rayyan sama2 lepak atas playmat ni.. Playmat ni juga senang nak cuci. Ambil kain basah dan lap je. Kalau anak2 conteng2 crayon pun blh lap hanya dengan kain basah..





































Ada macam2 pilihan corak yang cantik2..











Ni masa di Butik Tateh Bandar Baru Bangi.. Rayyan try playmatnya..hehe.. Letak2 je terus dia belek gambar2 atas playmat tu dengan excitednya.


Lepas ni bolehla Rayyan main2 atas playmat ni.. Nanti Rayyan dah besar ada bilik sendiri boleh letak playmat ni as a carpet kat bilik ye.. Tq papa belikan untuk Rayyan :)



Ni design yg kitaorang pilih.. Genius Bear!



Bahagian hadapan,





Bahagian belakang,









Boleh di dapati di Butik Tateh Bangi.. Boleh juga beli online di tateh.com.my..

Harga pasaran RM429
Di Tateh RM399
(ni harga untuk saiz medium ye)
1900mm x 1300mm x 11mm







Dengan pembelian Dwinguler, dapat jadi member di Tateh :)




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 28, 2012

Organic Cotton for My Baby..


Assalamualaikum..


Yana suka buat koleksi kimono pyjamas untuk Rayyan sebab ia sangat senang untuk tukar pampers, sangat senang bila jumpa doktor, buka je button2 tu.. Yang paling penting sangat selesa untuk Rayyan sebab ianya 100% cotton.. Selalunya yana beli di Cotton On Baby.. Di KL ni ada di Sunway Pyramid butiknya..



















Jom mommies beli 100% organic cotton untuk baju baby.. Organic cotton ni super soft against baby's skin.. Dan taula apa2 saja yang organic memang bagus. Boleh beli di Anakku..



- Posted using BlogPress from my iPad