Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, January 30, 2013

Saya Nak Fareeda Sara!!


Assalamualaikum..


Misi mendapatkan Fareeda terbaru muncul kembali.. Lama dah yana stop beli tudung Fareeda ni. Tapi bila patern baru muncul, mulalah rasa nakkkk tu datang..


Tapi seriously susahnyeee nak dapatkan tudung Fareeda ni sekarang.. Dari butik di Permatang Pauh yana pergi, panjang orang beratur nak beli tudung sampai habis nombor. Siap ada yang berkampung lagi bawa lauk pauk. Dasyatnye penangan Fareeda ni.. Sampailah ke Bangi nun orang sanggup beratur tengah2 panas.. Berkali2 pergi jengguk butik, macam tu juga style-nye.. Dengan ada anak kecik, takde la yana nak beratur panjang tunggu turn macam tu.. So, balik dengan hati yang kecewa je la..huhu..


Fareeda Sara terbaru dari Fareeda.. Dah ada size L!! Nakkkk tapi macam mana nak beli? Nak melangkah masuk ke butik pun tak lepas sebab ramai sangat orang. Aiyak!!































Cantekkkkkk sangat!!!








Sara printed pun cantekkk!!







Disebabkan susah sangat nak beli tudung ni di butik.. Yana beli online dari Koleksi Cahaya Balqis.. Boleh add fbnye.. Fareeda original ye jangan risau.. Tapi tak boleh nak pilih colour sangat la macam kat butik.. Kat butik pun jangan harap dapat colour idaman sebab cepat sangat sold out.







Inilah Fareeda Sara yang yana order dari Koleksi Cahaya Balqis. Akhirnya dapat juga. Nak dapat sehelai Fareeda jenuh berusaha. Hehe.. Tapi, next week baru dapat.. Sapa2 yang tak dapat beli di butik boleh tengok Fareeda di fb beliau ye..







Ni pun yana nakkkkk sangat.. Dah minta tolong owner Koleksi Cahaya Balqis carikan.. Harap2 dapatla.. Kalau tunggu nak beratur di butik tu tak merasala tudung ni.. Huhu..




Ps: Fareeda, boleh tak u olls buat tudung banyak2 sikit? Nak beli sehelai pun kena beratur, jenuhlaaa..huhu..





- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, January 29, 2013

Demam oh Demam.. :(


Assalamualaikum..


Musim demam ke sekarang nih? Yana ni dah 2 minggu demam. Lama tueeeee.. :(


Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)


Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”



Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)


Masa mula2 yana balik kampung yana dah start rasa sejuk satu badan.. Pergi klinik di kampung check ada infection dalam urin. Kandungan kuman yang agak tinggi. Sebab tu rasa sejuk on & off.. Tapi sampai habis ubat yana makan demam still on & off ;(


Cuti weekend tu bertolak ke rumah mertua pula, malam tu satu badan yana sejuk sangat. Papa pun dah mula selsema masa tu. Alhamdulillah Rayyan masih sihat dan takde tanda2 jangkit demam selsema dengan papa mamanya.. Amik ubat lain pula di klinik di sana.. Doc kata kuman still ada.. Ok, demam kebah sikit tapi sejuk tu still on & off.. Risau dah hati ni bila demam tak baik betul2 lagi..








Balik ke KL, terus ajak papa ke klinik pakar terus walaupun ubat still ada lagi. Tak tahan dah dengan demam yang on & off.. Kesian kat Rayyan mama tak dapat layan dan main2 dengan Rayyan sangat. Mama nak cepat sembuh untuk jaga anak mama dengan baik.. Rayyan pun dah mula selsema dan batuk masa ni.. Tapi pagi ni Rayyan dah makin ok..alhamdulillah..







Doc kata kalau infection urin kena amik antibiotik at least 10 days untuk baik. Doc check juga takut yana kena denggi, tapi alhamdulillah takde.. Doc bagi antibioik yang kuat kali ni dan boleh untuk breastfeed.. Mommies yang bf setiap kali amik ubat jangan lupa mention kat doc ye.. Tak semua ubat ibu2 bf boleh makan..


Lepas makan ubat semalam.. Bangun pagi ni dah rasa ok banyak sikit walaupun sejuk tu still ada sikit2.. Boleh dah nak buat keje rumah.. Harapnye sampai habis antibiotik ni demam yana sembuh.. Ameen.. Bila dah jadi ibu ni, sentiasa berharap akan kesihatan yang baik agar dapat menjaga dan mengurus anak dengan baik.. Jumaat ni pula dah nak bertolak ke Singapore, cepatlah baik demammmm!!





- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, January 22, 2013

Rayyan dah 7 bulan :)


Assalamualaikum..


14 Januari 2013, Rayyan dah masuk 7 bulan.. Cepat je rasa masa berjalan.. Dah makin besar hero kesayangan mama papa ni.. Doa mama hari2 tanpa jemu agar anak mama ni membesar dengan sihat menjadi seorang anak yang soleh dan terpuji.. InsyaAllah.. Ameen..


Alhamdulillah sampai sekarang mama masih dapat menyusukan Rayyan dengan susu ibu, hak untuk setiap bayi yang dilahirkan.. Semoga murah susu mama untuk Rayyan hingga 2 tahun nanti. Ameen..


Ramai yang berkata, "takpela tak keje lagi boleh la susukan baby dengan susu ibu.. Yang dah bekerja susahla" please mommies jangan cakap susah untuk jalankan tanggungjwab kita sebab ramai mommies yang bekerja di luar sana yang berjaya susukan baby masing2 hingga 2 tahun. Yana kagum dengan semangat mereka. Rakan yana sendiri bangun seawal 5am untuk pam susu dan cari masa untuk pam susu di ofis. Semuanya kerana semangat untuk beri yang terbaik untuk anak masing2..


Dan janganlah memperendahkan ibu2 yang menyusu badan dengan alasan susu2 tin di rak yang mahal2 itu lebih baik kerana mempunyai DHA dan sebagainya.. Percayalah dengan bancuhan dariNya kerana Allah dan Rasul juga suruh kita susukan bayi dengan susu ibu.. Kandungan dalam susu ibu tidak boleh ditiru..


Okla, apa Rayyan boleh buat bila masuk 7 bulan ni?


* Rayyan dah makin aktif sangat. Hari2 mama kena main kejar2 dengan Rayyan.. Hehe
* Rayyan dah mula angkat badan merangkak slow2. Chaiyok cyg!!
* Rayyan dah boleh bangun berdiri.. Tapi kena pegang apa2 la sebagai sokongan
* Rayyan dah boleh duduk tanpa sokongan cuma belum kuat betul lagi











































Mama papa love you sooooo much syg!!



- Posted using BlogPress from my iPad