Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, October 24, 2013

My online shop PRETTY HIJABERS..


Assalamualaikum..

Lamanya yana tak bersiaran di sini. Hehe.. Mood menulis merudum teruk, banyak keje, melayan anak yg dah makin lasak, layan incik suami juga. Tak sempat nak bercerita di sini.


Di kesempatan ini, yana nak jemput semua pembaca blog ni (ada pembaca ke?huhu) singgah ke online shop yana yang dijalankan bersama seorang lagi sahabat baik yana. Biz yang baru setahun jagung ni menjual pelbagai koleksi hijab seperti Aidijuma, Ariani dan pelbagai shawl2 terkini yg sangat cantik dan selesa.

























Boleh bayar ansur ye especially untuk Ariani sbb harganya yg mahal. Jadi yana mudahkan anda untuk memiliki tudung idaman. Hehe.. Baru dua minggu yana jalankan biz ni, alhamdulillah mendapat sambutan yang baik. Terima kasih atas sokongan anda.


Jemput singgah ke fb PRETTY HIJABERS. Kalau berminat nak beli dan mention anda dari pembaca mon blog belle yana akan bg special price untuk anda. Hehe..



Tq mazni buat logo yg super cantik ni.. :)



- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, September 22, 2013

Pancakes + Manuka Honey untuk Rayyan.. (1yr above)


Assalamualaikum..

Lama dah tak menulis pasal makan2 untuk Rayyan.. Malas dah nak snap gambar bagai.. Cuma kali ni ada mood sikit sebab baru 1st time yana cuba masakkan Rayyan pancakes. Rayyan sangattt suka! Kalau mama tau Rayyan suka, dari dulu lagi mama buatkan. Hehe..





Bahan2:

Sebiji telur ayam gred A
1 cawan Fresh Milk (yana amik brand Dutch Lady yang kotak hijau tu)
1/2 cawan Organic unbleached wheat flour (ada di kedai2 organic. Kalau tak pun guna tepung atta)
1tbsp Manuka honey umf5+ (umf ni sesuai untuk kanak2 1yr above)
Satu sudu besar virgin olive oil



Kaedah:

1. Pukul telur sampai kembang
2. Masukkan 1tbsp olive oil dan pukul lagi
3. Masukkan fresh milk dan pukul lagi
4. Masukkan madu, tepung dan pukul lagi sampai kembang





Rehatkan kejap adunan tadi dalam 15 minit dan kemudian boleh masak dalam non stick pan..






Siap!! Rayyan mam wif madu.. Mama join sama. Hehe..










- Posted using BlogPress from my iPad



Wednesday, September 11, 2013

Brooch Swarvoski yg Super Gojes!!


Assalamualaikum..


Nak share juga satu benda best ni.. Sebelum ni yana bukanlah peminat brooch. Pakai je apa ada. Takdenye nak matching color brooch dengan tudung bagai. Kebanyakan brooch yana pun yang beli kat kiosk2 kat Tesco tu je..


Tapi baru2 ni, cousin husband yana ada jual brooch dari Kristal Swarvoski yang memang super gojes!! Yana terpengaruh juga la beli seketul. Lepas tu berangkai2 yana beli lagi.. Hehehe.. Tak tahan oooo sebab sangat cantik..


Semuanya dari Ilham Gallery.. Boleh tengok fb diaorang ada banyak lagi brooch yang cantik2.. Brooch Chanel pertama yg yana beli. Memamg super cantik tu yang lepas tu beli lagi..hehe.. Amik gambar kat IG yana je..


Chanel ni rm65. Mahal sikit sebab yana beli dari agen. Kalau direct dari Ilham Gallery dapat murah sikit..






Chanel kedua yang bagi yana lagi cantik & lagi besar.. Shining je untuk gold color.. Rm80 juga beli dai agen..





Lepas tu berangkai yana beli lagi. Tapi design key pula.. Yang ni yana beli direct dari Ilham Gallery sendiri.. Yang kecik tu Rm30, yang besar tu Rm55..





Yang latest yana dah jatuh hati dengan brooch love ni pula.. InsyaAllah akan dapat weekend ni. Cantik sangat kot!!






Lagi koleksi Brooch Swarvoski dari Ilham Gallery..





















Brooch2 ni memang macam goreng pisang panas. Baru je di upload lat fb kejap je dah sold out. So, kalau nak beli memang kena cepat2 la..


Dai pengalaman yana pakai brooch ni memang tahan sangat. Pernah Rayyan baling brooch Chanel tu tapi alhamdulillah kristal2 tu tak tercabut pun.. Kalau tercabut sekali pun, Ilham Gallery ada sediakan servis untuk repair..


Latest, Ilham Gallery baru keluarkan klip rambut juga berasaskan kristal swarvoski yang cantik!!






Yana bukan agent, tapi tetap promote brooch dari Ilham Gallery sebab super gojes & tahan lasak!! Kalau siapa nak jadi agen mereka boleh contact Ilham Gallery sendiri di fb atau call ownernya yang baik dan cantik macam che ta. Hihi.. Ilham Gallery pun bakal masuk di Tv nanti.. Congrats kak Izan dah melangkah jauh..






- Posted using BlogPress from my iPad