Assalamualaikum..
Hari minggu macam ni semangat je rasa
nak masak best-best untuk hubby.
Hubby pula, sampai je rumah terus kena keluar balik pergi site.
Sian hubbyku.. huhu..
Yana pun terus masuk dapur sambil berfikir nak masak apa..
Sempat juga termenung kejap depan freezer.. hehe..
Terfikir pula macam teringin nak makan ikan patin masak tempoyak.
Tapi takde pula ikan patin. Nak ke pasar, dah lewat sangat. huhuhu..
Buka peti ais nampak ayam, udang dan ikan..
Ermm... ikan selar? ok juga kalau buat ikan selar masak tempoyak.
Dulu yana tak pandai makan tempoyak. Yana kan orang utara.
Lepas kahwin, hubby yana suka makan tempoyak.
Yana pun belajar buat sampai yana pun dah suka.. hehehe..
Sedap juga sebenarnya tempoyak ni kan..
Jom tengok resepi selar masak tempoyak..
Pada yang dah tau, share la sama resepi
yang boleh bagi resepi ni bertambah sedap..hehehe..
Bahan-bahan dia sikit je.. Cara yana masak pun senang je..
Sebab yana blend je semua. Pastu masak..hehehe..
Ok, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan:
Macam yang kita nampak dalam gambar di atas..
Bawang merah, Bawang putih, Halia dan Cili Api
(yana letak 15 biji cili api sebab yana dengan hubby memang makan pedas.
Kalau korang tak suka pedas, masukkan sikit cukup)
Serai dan asam keping pun ada juga tau..
Cuma takde dalam gambar..
Ikan selar. Yana masak 4 ekor je sebab yana dengan
hubby je nak makan..hehehe..
Yang paling penting, of course la tempoyak..
Yang ni mertua yana yang bagi..
Masa balik kampung dulu, sebalang kami bawa balik..hehehe
Ok, jom kita masak sekarang..
Mula-mula, blend je semua bahan-bahan 1st yang yana bagitau tadi iaitu
bawang merah, bawang putih, halia dan cli api.
Tumis semua bahan yang telah di blend tadi.
Sambil-sambil tu masukkan sedikit serbuk kunyit.
Masukkan tempoyak tadi dan kacau-kacau..hehehe
Sambil tu masukkan juga sedikit air.
Masak sampai mendidih.
Bila kuah dah agak mendidih, masukkan ikan selar tadi..
Ketuk serai dan masukkan bersama asam keping.
Pastu bolehlah hidangkan.. :)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
Dah siap... nyam..nyam.. jemput makan.. :)
" SELAMAT MENCUBA"
9 comments:
lafar dh.....
sedap ni...nk trai wat la
wah yana...lapar la pulak...
efa > cubalah.. nyam nyam :)
wah! sedap...heheheh! nanti suruh autie buatlah!
owh i loike tempoyak...walau makan begitu sahaja...hehe..btw, dah follow ur blog...salam perkenalan
waa..bagusnya resipi bergambar..ehehhehe...suka gak mkn masak tempoyak tp lom penah wat sendiri
man yusoef > salam perkenalan juga :)
my MIL ajar msk lauk ni pakai timun tua :)
yum2
Post a Comment