Assalamualaikum...
Source: Google Image
Sape pernah tengok buah di atas ni?
Orang Melayu kita panggil buah ni, Buah Zuriat..
Orang Melayu kita panggil buah ni, Buah Zuriat..
Tak tau apa nama saintifiknya.. Kalau ada sape-sape tau boleh la share ye..
Yana pun baru kenal buah ni. Buah ni boleh didapati di Mekah dan Madinah je..
Apa yang yana tahu, khasiat buah ni dapat membantu untuk permudahkan
usaha bagi mendapat zuriat.. Tapi janganla bergantung pada buah ni 100%
pula.. Sebagai manusia, kita berikhtiar tapi jangan lupa terus berdoa pada Allah..
Buah ni sangat keras, nak kata macam batu pun boleh kot.. hehehe..
Ada macam-macam cara penyediaannya.. Tapi yang yana tahu dari
seseorang yang arif, mengatakan ialah dengan kelarkan buah ni dan
rebus.. Air rebusan buah tu boleh di minum. Rebus dan minum hari-hari
sampai dah takde rasa. Pastu boleh lah stop.. Yang ni apa yang
diberitahu pada yana.. Wallahualam..
Amalkan membaca Surah Ali-Imran, ayat : 38, iaitu:
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu Zuriat keturunan yang baik..
Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa"
Amalkan juga membaca Surah al-Anbiya, ayat : 89, iaitu:
"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri
(dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau juga sebaik-baik yang mewarisi "
Apa pun, pada yang masih belum mendapat zuriat..Jangan putus asa
kerana setiap dari jalan hidup kita tak sama.. Ada yang dapat zuriat
cepat, ada yang lambat.. Apa-apa pun,teruslah berusaha,
berikhtiar dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak,
teruskan berdoa dan tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk
setiap hambaNya. Oleh itu, sentiasa bersangka baik dengan Allah..
Yana pun tak sabar nak pegang zuriat sendiri macam ni.. huhuhu..
Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. ameen..


2 comments:
buah zuriat? xpernah dengar pun!hehe
pepun, smg Allah memudahkan segalanya..(^^)
good info.. sara pun dah lama gak menantikan kehadiran 'org baru' ni.. maybe belum rezeki.. Allah lebih mengetahui..
Post a Comment