Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, November 7, 2010

Selar Masak Tempoyak


Assalamualaikum.. 


Hari minggu macam ni semangat je rasa 
nak masak best-best untuk hubby. 
Hubby pula, sampai je rumah terus kena keluar balik pergi site. 
Sian hubbyku.. huhu..


Yana pun terus masuk dapur sambil berfikir nak masak apa.. 
Sempat juga termenung kejap depan freezer.. hehe..
 Terfikir pula macam teringin nak makan ikan patin masak tempoyak. 
Tapi takde pula ikan patin. Nak ke pasar, dah lewat sangat. huhuhu.. 
Buka peti ais nampak ayam, udang dan ikan.. 
Ermm... ikan selar? ok juga kalau buat ikan selar masak tempoyak.


Dulu yana tak pandai makan tempoyak. Yana kan orang utara. 
Lepas kahwin, hubby yana suka makan tempoyak. 
Yana pun belajar buat sampai yana pun dah suka.. hehehe..
Sedap juga sebenarnya tempoyak ni kan..


Jom tengok resepi selar masak tempoyak.. 
Pada yang dah tau, share la sama resepi 
yang boleh bagi resepi ni bertambah sedap..hehehe.. 
Bahan-bahan dia sikit je.. Cara yana masak pun senang je.. 
Sebab yana blend je semua. Pastu masak..hehehe..


Ok, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan:





Macam yang kita nampak dalam gambar di atas.. 
Bawang merah, Bawang putih, Halia dan Cili Api 
(yana letak 15 biji cili api sebab yana dengan hubby memang makan pedas. 
Kalau korang tak suka pedas, masukkan sikit cukup)

Serai dan asam keping pun ada juga tau.. 
Cuma takde dalam gambar..







Ikan selar. Yana masak 4 ekor je sebab yana dengan 
hubby je nak makan..hehehe..







Yang paling penting, of course la tempoyak.. 
Yang ni mertua yana yang bagi..
Masa balik kampung dulu, sebalang kami bawa balik..hehehe




Ok, jom kita masak sekarang..





Mula-mula, blend je semua bahan-bahan 1st yang yana bagitau tadi iaitu
bawang merah, bawang putih, halia dan cli api.






Tumis semua bahan yang telah di blend tadi. 
Sambil-sambil tu masukkan sedikit serbuk kunyit.







Masukkan tempoyak tadi dan kacau-kacau..hehehe
Sambil tu masukkan juga sedikit air.
Masak sampai mendidih.







Bila kuah dah agak mendidih, masukkan ikan selar tadi..
Ketuk serai dan masukkan bersama asam keping.
Pastu bolehlah hidangkan.. :)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v




Dah siap... nyam..nyam.. jemput makan.. :)



" SELAMAT MENCUBA"






Jom Jenguk


Assalamualaikum.. 

Bila malam je mesti ada entry yana kan..hehehe.. Malam je masa yang ada untuk update blog :)

Hari ni, yana nak share dengan korang beberapa blog dan website yang yana follow sejak dulu lagi. Sekarang kan semua di hujung jari je.. Bagi pandangan yana, blog dan web ini adalah antara yang terbaik. Mungkin, ada yang dah kenal. 

Kalau ada lagi yang korang tau, yang lagi bagus. Bolehlah kita sama-sama share ye..

Meh kita jenguk-jenguk semua blog dan web ni..


AGAMA

Ni antara blog-blog yang yana selalu follow. 
Semuanya bagus-bagus untuk menjadi santapan rohani kita. 
Segala soal jawab agama dan pelbagai ilmu agama 
dapat kita peroleh. Meh kita jenguk ke blog-blog ni..


 Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Dr. Ridhuan Tee Abdullah





Ustaz Zaid Akhtar

Ustaz Zamri





 Ustaz Pahrol Mohd Juoi





 Ustaz Zaharuddin






FOOD  

Ni antara blog masakan yang paling yana suka. Semuanya sedap..nyam..nyam.. Ada antaranya yana dah cuba pun..
Memang menjadi.. Cubalah.. 
 


Chef Hanieliza ni dah banyak keluarkan buku masakan




Sedap-sedap masakan di blog ni

Klik sini 




  Sini pun sedap-sedap..





JAWATAN KOSONG

Pada kawan-kawan yang masih mencari pekerjaan. 
Bolehlah cuba jenguk-jenguk ke blog dan website ni. 







 











 









BLOGGER

Nak jadi blogger yang berjaya..
Jom kita jengguk ke blog otai-otai kita.. 
Kagum sangat dengan Ben Ashaari 
dan Redmummy..






Ben Ashaari

 Klik sini







Red Mummy





FASHION


Ni antara blog-blog mengenai  fesyen yang yana follow. 
Memang best dan cantik-cantik semuanya.
Ada antaranya yana pernah beli dengan mereka.
Jom jenguk blog-blog ni



 Fesyen Pakaian Muslimah
Yana dah pernah beli 4 helai baju dari butik ni..
Memang puas hati.. :)






   Mesti ramai yang kenal dengan butik Glampot.
Butik ni menjual 100% authentic preloved 
and new designer bags.
Memang cantik-cantik bag yang ada..
Butiknya di USJ dan Damansara





 Semua beg coach cantik-cantik di sini..

 



 Ada macam-macam handbags, purse, watch..
Meh jengguk blog ni..





 Shoes.. 
Kasut-kasut dalam ni banyak kali 
masuk majalah Intrend.





 
Pelbagai info mengenai Premium Beautiful  dari Hai-O






 Pelbagai info mengenai designer handbags.




 HEALTH



Apa sahaja mengenai kesihatan ada di sini





 
Apa sahaja mengenai kesihatan lelaki ada di sini
(Men's Health Malaysia)





MACAM-MACAM ADA..


 Apa sahaja persoalan mengenai kesihatan,
kecantikan hingga pada cara repair kereta
semua ada di eHow..






Ok, ini sahaja yang ada. 
Semua sama-sama kita manfaatkannya.  
Kalau korang ada blog dan web berkaitan yang best-best, 
bolehlah sama-sama kita share nanti ye..



 

Saturday, November 6, 2010

Cinta yang Halal


Assalamualaikum..

Mesti semua orang pernah dengar lagu ni kan  For The Rest of My Life dari Maher Zain. 1st time yana dengar, memang rasa touching sangat. Terus ajak hubby dengar sama.. Syahdu je lirik dia.. hehehe..



 Source: Google


Lagu tu lebih sesuai kepada orang yang dah kahwin ye.. Sebab ia lebih ke arah Cinta yang Halal. Apa itu cinta yang halal? Cinta yang halal selalunya lahir selepas ijab dan qabul. Dua jiwa dipertemukan oleh Allah s.w.t dalam satu ikatan mulia iaitu pernikahan. 


 Firman Allah s.w.t:

" Kahwinkanlah anak teruna, anak dara di kalangan kamu dan juga orang-orang yang soleh di kalangan hamba-hamba kamu sama ada lelaki atau perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." 
 (Surah al-Nur:32)


Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang maksudnya:

"Apabila seorang hamba berkahwin sebenarnya dia telah menyempurnakan separuh dari urusan agamanya. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah bagi separuh urusan lagi."
 (H.R al-Baihaqi) 


Jika sudah cukup  syarat, kahwinlah.. Jangan tunggu lama-lama lagi tau. Perkahwinan adalah satu dari fitrah manusia. Malah, ikatan perkahwinan sangat dipandang mulia dalam Islam. Seorang isteri selepas di akad nikah secara sah akan terikat dengan suaminya. Dia akan berada di bawah jagaan dan perlindungan suaminya. Begitu juga pada pihak suami, perlulah memegang tanggungjawab dan amanah itu dengan sebaiknya.



Akad nikah Dato' Ct dan Datuk K


Cinta yang halal selepas berkahwin adalah lebih baik dari cinta sebelum kahwin. Kasih sayang yang dipupuk antara suami isteri bukan sahaja membahagiakan tetapi juga ada pahalanya di situ. Misalnya, berpegangan tangan di antara suami isteri pun, telah gugur segala dosa dari celah jari. Kalau berpegangan tangan sebelum kahwin, haram kan? 




Malahan, bila dah kahwin, saat kita susah atau senang. Ada orang bersama kita. Kalau kita jatuh, ada bahu untuk bersandar. Tengok uncle dengan aunty kat gambar atas.. Loving couple je walau dah veteran..  Gambar tu yana google je.. Kalau belum berkahwin, tak boleh sandar-sandar..Haram tau..


Melalui perkahwinan juga, kita akan dapat menambahkan umat Muhammad dengan cara yang halal. Malahan dapat mengurangkan jenayah buang anak yang semakin teruk sekarang. 



Yana rasa marah sangat bila tengok orang yang sanggup buang bayi yang  tak berdosa tu . 

Di luar sana, ramai pasangan suami isteri yang masih ternanti-nanti hadirnya si kecil pengikat kasih sayang di antara mereka. Yang dah dapat, sanggup pula pergi buang. Sebab tu agama kita melarang cinta sebelum aqad. 


Pada dara dan teruna di luar sana.. Peliharalah adab di antara kamu berdua. Peliharalah iman, akhlak dan  akidah supaya kamu dapat bertemu dengan pasangan yang baik-baik.

 Firman Allah s.w.t:

"Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."
(24:26)


Pada pasangan yang telah menemui cinta yang halal. Pupuklah cinta itu dengan kasih dan sayang. Peliharalah cinta itu sehingga ke pintu syurga.  Pada suami.. sayangi dan bimbinglah isterimu.. Pada isteri.. cinta dan taatlah pada suamimu.  



 Source: Google


Wallahualam..


Ok, banyak lagi yana bebel.. Jom kita tengok lagu FOR THE REST OF MY LIFE By Maher Zain.. The best song ever..



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you
Loving you...

For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I'll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife/husband and my friend and my strength *
And I pray we're together in Jannah
Now I find myself so strong 
Everything changed when you came along

I know that deep in my heart now that you're here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singging loud that I'll love you eternally

Credit to: Maher Zain
(For The Rest of My Life)


Ps: Dedicate this lovely song to my beloved hubby, Syahir.. :)
It's very super nice song by Maher Zain.. The lyric so meaningfull. 
Really touched.. 
I got breathless the moment when he sang
"You're my wife/husband and my friend and my strength 
and i pray we together in Jannah.." MasyaAllah.. 

I'll thank Allah for having you in my life syg.. Love you :)