Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, May 31, 2012

Our 3rd Anniversary @ Haagen Dazs


Assalamualaikum..



Alhamdulillah, 31hb mei 2012 ni genap sudah tiga tahun usia perkahwinan yana dan incik suami tersayang.. Tahun ni sangat bermakna sebab tahun ni akan hadir buah hati penggarang jantung kitaorang tak lama je lagi.. Sangat teruja dan tak sabar walaupun takoott.. huhu


Sangat tak sangka kejap je dah tiga tahun.. Rasa masih di tahun 2009 masa awal2 kawin dulu.. To my beloved hubby, TQ sooooo much atas segala2nya. You are the best!! Sentiasa ada di sisi dalam keadaan susah atau senang, sentiasa sabar dengan kerenah yana especially masa pregnant ni. huhu. Doakan yana selamat lahirkan baby kita ye.. Semoga rumah tangga kita kekal selamanya hingga ke syurga. ameenn.. LOVE U CYGGG!!





Takde yang special sangat tahun ni memandangkan yana tak berapa larat dah nak berjalan banyak2. Incik suami pun cadangkan celebrate anniversary awal sikit iaitu last week sebab kot2 dah bersalin minggu ni.. Tapi baby tak keluar juga lagi..hehe..


Bila incik suami tanya je nak celebrate kat mana? satu saat selepas tu terus yana jawab nak ice cream!! Hujung2 pregnant ni yana sangat suka makan ice cream. Jangan kena kencing manis udah ler.. huhu. Petang tu kitaorang ke Haagen Dazs Sunway Pyramid.. Nak makan ice cream Haagen Dazs ni kadang2 je boleh ler.. Kalau selalu boleh bankrap woo.. huhu




Chocolate Fondue Haagen Dazs.
Set yang sangat romantik. hehe 
 Coklatnya sangat yummy..
1st time makan ice cream celop2 dalam coklat..
 Tapi ice creamnya tak boleh pilih dalam set ni..
RECOMMENDED!!





Paradise on a dish with my choice of seven Haagen-Dazs ice cream flavors, served with fresh fruits drizzled with chocolate sauce.


Sebelum ni kitaorang ada try Seventh Heaven ni di Haagen Dazs juga..
Set ni boleh pilih flavour ice cream apa yang kita nak..
7 flavours boleh pilih dalam scoop yang besar.
Puehhh hati makan!!




Ni bila asap2 dia dah hilang la..huhu..
Gambar ni yana google je sbb kitaorang
tak sempat snap dah teruja nak makan..huhu


Flavour yang kitaorang pilih..


BELGIAN CHOCOLATE

CARAMEL BISCUIT & CREAM ~fav yana ni

CHOCOLATE CHIP COOKIES DOUGH

CHOCOLATE

MANGO

CARAMEL CONE

CAPPUCINO CARAMEL TRUFFLE


ok la, tak tau nak tulis apa dah.. :) 



Tuesday, May 29, 2012

Antenatal Class @ KPJ Selangor

Assalamualaikum..


Weekend baru2 ni, 26hb Mei yana dan incik suami berjaya attend Antenatal Class.. Mulanya, pikir juga sempat ke nak join kelas ni. Kot2 dah terbesalin tak boleh join ler.. Tapi ada juga rezeki untuk join Antenatal Class di KPJ Selangor sebelum bersalin. Dapat la sikit sebanyak ilmu persediaan untuk berjuang di labour room nanti.. huhu..


Apa yang yana boleh simpulkan, memang best dan enjoy sangat kelas ni. Tambahan pula satu kelas dengan incik suami.. Best2.. Tak pernah rasa lagi satu kelas sama2 dulu..hehe..


Ok, apa yang diajarkan di kelas ni merangkumi:

  1. Care and Monitoring of Antenatal Mother (dikendalikan oleh salah seorang staff nurse KPJ)

Apa yang yana belajar dalam kelas ni ialah mengenai schedule for antenatal & postnatal check up utk mother, pemeriksaan fizikal yang dijalankan, perubahan fizikal dan emosi semasa hamil, penjagaan selepas bersalin dan macam2 lagi la.. Ada juga mengenai home care yang disediakan oleh pihak KPJ Selangor untuk mother & baby.


        2.  Care of The Newborn (dikendalikan oleh salah seorang staff nurse KPJ)

    Kelas ni pula lebih kepada cara penjagaan untuk baby. Apa yang diajarkan ialah mengenai cara menjaga kulit baby. Sangat ditekankan agar jangan meletakkan bedak untuk baby sebab belum sesuai untuk baby tu. Boleh menyebabkan keradangan kulit dan gangguan terhadap sistem pernafasannya. Just letak lotion pun cukup dah.  

    Selain tu diajar juga mengenai other concerns yang perlu dititikberatkan seperti penjagaan kepada baby pramatang, cara mandikan dan penjagaan kulit baby, diapers dan kesannya pada kulit baby, penjagaan tali pusat baby, jaundice (demam kuning), penyusuan, solid foods, colic, cara mengurut baby, immunisation dan cara tidur yang selamat untuk baby.

    *cara tidur yang selamat untuk baby adalah mengiring dan letak bantal di belakangnya. Jangan bagi baby tidur meniarap sebab ia boleh menyebabkan SIDS (Sudden infant death syndrome)



        3. Dietetic Services (dikendalikan oleh Dietitian KPJ Selangor)

    Dalam topic ni macam2 ada mengenai pemakanan sihat semasa hamil dan semasa pantang sampai tak tersenarai.. huhu


        4.  Pain Relief in Labour (dikendalikan oleh doktor di KPJ tapi yana lupa dah namanya)

    Dalam topic ni banyak diterangkan mengenai pelbagai ubat tahan sakit especially berkaitan dengan Epidural. Cara penggunaan epidural, kesan dan akibat 

     * Sebaik2nya kalau nak amik epidural, jangan amik selepas bukaan 5cm ke atas. Pada yang boleh tahan sakit, teruskan bertahan. Pada yang tak tahan sakit, bolehla amik sebab nanti akibat dari tahan sakit kita akan kehilangan tenaga. Akhirnya masa patut push dah penat..


    Topik yang paling ditunggu2..


         5.  Labour Process (dikendalikan oleh Dr.Siti Esah Bahari, O&G KPJ Selangor)

    Topik yang yana tunggu sangat2 dan topik yang paling suspen.. hehe.. Masa kelas ni, senyap je semua, bila masa sessi soal jawab tak tertanya soalan sebab terkesima.. huhu.. Takottttt... Apa yang diajar dalam kelas ni  adalah mengenai proses dalam Labour room, peralatan yang digunakan dalam labour room seperti vacuum, forseps, etc..

    Bila masuk bab stages of Labour.. Dub..dab..dub..dab.. je.. huhu..


    1st stage:
    • Monitoring of labour
            - Masa ni blood pressure, pulse rate akan di check, contractions dipantau
    • Vaginal examinations
            - Part ni la sesi seluk menyeluk berlaku. Doktor kata part ni patient paling tak suka.
    • Monitoring during labour
            - Masa ni kalau tak tahan sakit boleh la request pain relief macam entonox, epidural

    2nd stage:

    Part yang menakutkan di mana ditunjukkan proses bersalin sedang berlaku.. Masa ni tiba2 je rasa emosional.. huhu.. Sebak dan terharu masa tengok baby keluar nangis2.
    • Mula2 crowning
    • Lepas tu delivery of the head
    • Delivery of the shoulder
    • Delivery of the trunk
    • Completed delivery of the trunk 

    3rd stage:
    • Delivery of placenta
    • Episiotomy

    * C-section dan instrumental delivery seperti vacuum delivery dan forseps delivery pun ada diterangkan..



    Ada juga sesi amali iaitu diajarkan cara menyusukan baby, mandikan dan massage baby. Yana sangat suka semua sesi ni especially breastfeed baby.  Semoga dipermudahkan niat untuk bf baby yana nanti sampai umur 2 tahun. ameenn.. 



    Ni sesi cara untuk mandikan baby dan selepas mandikan baby..
    Yana dan incik suami dah praktis, rasanya boleh nak mandikan
    our little baby sendiri nanti.. hehe.. Masa selepas mandi ni diajar
    juga cara cuci tali pusat baby dan ditegaskan jangan pakaikan
    bedak pada baby. Just lotion je. Kalau nak letakkan bedak juga
    just dap2 macam tu je.. Tapi masa menuang bedak ke tapak tangan tu
    sila jauhkan dari baby..





    Ni pula sesi massage baby.
    Selepas mandikan baby, bolehlah massage..
    Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi kasih
    sayang ibu dan ayah dengan baby dan boleh
    memudahkan baby untuk tidur.. 


    Petang ada sesi exercise pula untuk ibu2 mengandung dikendalikan oleh pakar fisioterapi di KPJ. Takde gambar ye sebab malu nak upload. hehe.. Untuk orang yang dah lama tak buat exercise macam yana ni memang agak semput jugala dengan keadaan perut ni lagi.. Incik suami asyik gelak je masa ni siap amik video lagi.. huhu


    Akhir sekali kami di bawa melawat labour room di KPJ. Walaupun yana akan bersalin di Hosp.Pantai, tapi tetap teruja melawat labour room KPJ. Biliknya sangat cantik dan tenang. Cara penggunaan katilnya diajar, tempat untuk meletakkan baby selepas dilahirkan pun ditunjukkan. Cara penggunaan mesin CTG juga ada diajarkan dan juga cara penggunaan laughing gas untuk menahan sakit (lupa la..etanox kot)


    Ok, yana sila bersedia!!!


    Pada yang berminat menyertai Antenatal Class di KPJ Selangor,
    sila call number ni:  03-55431111 ext.4701.
    Yurannya RM80 je untuk satu couple..

    Sangat digalakkan untuk ibu2 yang nak dapat anak 1st
    dan sangat digalakkan menghadiri dengan suami tersayang..

    Saturday, May 19, 2012

    Sel Stem Darah Tali Pusat part.2


    Assalamualaikum..

    Ok, ke Sel Stem Darah Tali Pusat Bayi part.2.. 


    Kalau tak hari Jumaat yana dan incik suami akan ke ofis Cellsafe di Mid Valley untuk sign up kan pakej yang kitaorang pilih. Tapi atas beberapa urusan kitaorang tak dapat pegi pada hari tersebut.. Oleh itu, kitaorang settlekan pada hari ini iaitu Sabtu. Nak pilih minggu depan nanti kena amik cuti pula. Tapi weekend ofis Cellsafe tutup, so kitaorang jumpa agentnya di Sunway Medical Centre memandangkan diaorang ada buka booth di situ..


    Setelah faham mengenai Sel Stem Darah Tali Pusat (boleh rujuk di part.1), setelah memilih bank sel stem yang ada dan pakejnya.. Langkah seterusnya adalah membuat pembayaran dan sign kontrak dengan pihak bank sel stem tersebut. 








    Husband & wife perlu hadir bersama semasa sesi ini..
    Perlu memaklumkan lokasi untuk deliver dan nama 
    doktor yang akan sambut baby nanti.. 




    Dalam beg ni dah dibekalkan barang2 yang perlu
    dibawa bersama semasa ke hospital nanti, iaitu:




    Cord Blood Collection Kit.. Kit ni kena bawa bersama
    ke hospital. Dalam kit ni la akan disimpan darah tali pusat
    dan akan diambil oleh pihak Cellsafe ke bank sel stem.
    Jangan lupa bawa ye.. Andai kata terlupa, masa otw tu boleh
    call pihak Cellsafe dan diaorang akan hantar kit yang baru ke hospital..


    Ok, apa ada dalam ni,





    Blood beg..





    Blood beg untuk darah ibu.. Darah ibu pun akan di ambil oleh doktor 
    dengan tujuan untuk pemeriksaan mengesan jika ada penyakit @ virus 
    yang tidak dapat dikesan daripada ujian darah tali pusat tersebut.





    Ini adalah blood beg untuk menyimpan darah tali pusat tersebut
    yang akan diambil oleh doktor setelah bayi selamat dilahirkan..




    Prosedur yang akan dilakukan sepanjang proses dari bayi
    dilahirkan hingga darah sel stem tersebut selamat di simpan
    di bank sel stem..


    Maklumat lanjut di Cellsafe International sdn.bhd


    Jom simpan sel stem darah tali pusat bayi anda kerana ia mempunyai banyak kebaikan yang akan membantu bayi dan keluarga anda kelak. Bukan nak minta sakit tetapi lebih kepada konsep sediakan payung sebelum hujan. Kalau bukan untuk anak kita dan keluarga, boleh digunakan untuk membantu orang lain yang memerlukan.