Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, May 14, 2012

Sel Stem Darah Tali Pusat Part.1


Assalamualaikum..

Semalam di Mother & Baby expo 2012 di Mid Valley, yana dan suami berpeluang tau dengan lebih lanjut mengenai sel stem tali pusat baby.. Sebelum2 ni tau gitu2 je bila Dr.Syeikh Muszaphar juga menyimpan sel stem darah tali pusat anak beliau di bank sel stem Cellsafe. Sebenarnya sangat bagus untuk simpan sel stem tersebut demi kebaikan kesihatan anak kita. Lebih kurang macam bio insurans la.. 




Ok, jom kita tengok detail apa itu sel stem tali pusat?

Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong. Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat.


 Cord blood di ambil


Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan? 

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.


Dianggarkan 70 penyakit boleh dirawat menggunakan sel stem darah tali pusat. Ni yana senaraikan separuh darinya yang penting.
  • Barah darah
  • Penyakit darah (talasemia)
  • Penyakit metabolik
  • Keimunan
  • Jantung
  • Diabetes
  • Parkinson





Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?
  • Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.
  • Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi
  • Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah
  • Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.
  • Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.


Paling penting, bagaimana pula dari segi hukum untuk menyimpan sel stem darah tali pusat ini?

Mengenai soal hukum penggunaan sel stem dalam bidang perubatan di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat2 tertentu iaitu sel stem dewasa dan sel stem daripada kanak2 yang ingin digunakan harus mendapat keizinan daripada ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan. Lebih lanjut boleh rujuk web Yadim. Bacaan tambahan boleh rujuk di e-fatwa ini..



Ok, jom tengok cara pengurusan dan penyimpan sel stem darah tali pusat ni..


Di Malaysia ada beberapa bank sel stem darah tali pusat ditubuhkan. Yang yana dengar di expo baru2 ni. Antara yang famous di Malaysia ialah Cellsafe International sdn.bhd di mana dutanya ialah Dr.Syeikh Muszaphar yang juga menyimpan sel stem darah tali pusat anak beliau di situ. Untuk keterangan lanjut, sila buka web Cellsafe


Ini antara gambaran sel stem darah tali pusat bayi di ambil dan di simpan..



Proses untuk mengambil sel stem setelah bayi dilahirkan 
akan dilakukan oleh doktor dan setelah itu pihak Cellsafe akan 
datang ke hospital untukmengutipnya dan disimpan di 
bank sel stem dengan selamat.. 


Mesti ada yang tertanya2.. Berapa kos untuk menyimpan sel stem darah tali pusat ini? Yana dulu pun tertanya2 juga dan menjangkakan mesti menjangkau puluhan ribu kot.. Ini anggaran kos yang yana tau dari Cellsafe:




Yana dan suami decide untuk ambil silver pakej je.. So, yang Platinum
andd Diamond yana tak terangkan la ye.. Silver pakej, kos perkhidmatan
penyimpanan sel stem  adalah RM2,500 untuk permulaan dan untuk
yuran tahunan ibu bapa perlu membayar RM250 sahaja. Sel stem ini boleh
di simpan sehingga anak berumur 20 tahun.. Lepas tu anak bayar sendiri pula..



Penting ke untuk simpan sel stem darah tali pusat bayi anda?

Yana pun tak tau sangat pasal ni sebelum ni. Tapi yana buat sedikit pembacaan, research and asking around yana rasa perlu untuk kita simpan sel stem ini at least untuk seorang anak. Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak2 kita. Kita juga tak tahu akan masa hadapan kesihatan mereka. Dengan menyimpan sel stem darah tali pusat bayi kita, ia akan dapat digunakan suatu hari nanti jika bayi tersebut memerlukan dan juga boleh membantu ahli keluarganya. 


Siapa yang boleh guna sel stem darah tali pusat ni:

  1. Your baby (100%)
  2. Parents (Moderate chance)
  3. Siblings (High chance)
  4. Close Relatives (Low chance)

Ok, jom tengok video ni yang memaparkan mengenai kisah seorang ibu yang telah dapat menyelamatkan anak sulungnya yang menghidap leukemia dengan menggunakan sel stem darah tali pusat bayi keduanya. 




Seperti yang diperkatakan, sel stem darah tali pusat bayi dapat melindungi bukan sahaja bayi tersebut malahan ibu bapanya dan  saudara maranya. Dengan adanya sel stem darah tali pusat sendiri untuk keluarga sendiri, keputusan yang lebih berkesan telah diambil berbanding dengan penggunaan sel stem dari penderma yang bukan pertalian keluarga.. Baca sini mengenai kisah Dr.Syeikh Muszaphar menyimpan sel stem anak beliau..


Jumaat ni lepas check up dengan gynae, yana dan suami akan ke Cellsafe. Part.2 nanti yana ceritakan segala prosedur yang perlu dilakukan untuk menyimpan sel stem ni nanti..



ps: To our baby.. Mama, papa sayang kamu sangat2. Sebab tu papa dan mama decide untuk simpan sel stem darah tali pusat ni nanti untuk kegunaan di masa hadapan jika diperlukan. Niatkan juga untuk menggunakan sel stem ini bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga, tapi juga untuk membantu orang lain jika memerlukan.. 

1 comment:

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal sel stem… sharing is caring :) - Sel Stem Darah Periferal