Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, May 4, 2012

Sesi Makan Bila Balik Kampung..


Assalamualaikum..

Yana dah masuk fasa 30wk.. Hari ni genap 33wk. Ohh..tak lama lagi mama, papa akan jumpa our little hero ni..  Walaupun takut bila pikir sakitnya bersalin, tapi tetap tak sabar nak tatap wajah baby yang dah lama mama, papa tunggu ni.. Semoga segalanya dipermudahkanNya. Semua persiapan nak sambut baby dah hampir siap. Doktor pun dah booking, bidan pun dah booking.. 


Cuma antenatal kelas je yana baru daftarkan diri di KPJ Selangor tadi. 26hb ni kelasnya. Nurse tu pun kata lambat yana daftar memandangkan due date 15 Jun. Harap2 dapatla attend kelas ni sebelum bersalin (baby, jangan keluar awal2 ye syg.. bagi mama, papa pegi kelas dulu..huhu). Yana memang dari awal preggy plan nak pegi antenatal class.. Bila baca blog ni, tambah excited.. huhu.. Sape yang nak pegi antenatal class di KPJ Selangor boleh call num. ni: 03-55431111 ext.4701. Setiap bulan ada kelas sampai ke December..


Ok la, masuk topik lain pula.. Baru2 ni pun yana dan incik suami balik ke Terengganu. Bulan depan tak boleh dah nak travel jauh2, kena standby je kat KL ni.. Balik kampung je mesti keje makannn je kan.. hehe.. Sepanjang pregnant sampai 8 bulan ni yana dah naik 7kg tau.. hukhuk.. Tapi doktor kata itu naik sikit je.. Tapi rasa macam dah makan banyak je..




Ni masa kitaorang sampai Kelantan..
Sate Lanang di Jabi memang favourite incik suami..
Bila lalu je wajib singgah. Petang2 memang penuh kat sini
sampai susah nak cari tempat duduk. Satenya di hidang terus
bila dah duduk tu. Makan je banyak mana, nanti dia akan
kira berdasarkan jumlah lidi.. Ada sate ayam, daging dan hati..
Sate ayamnya memang sedap sangat. Daging & hati yana tak makan..





 Dari Kelantan, kitaorang terus menghala ke Kuala Terengganu..
Nak pegi makan sotong celop tepung di Pantai Teluk Ketapang.
Sini pun petang2 penuh je. Di Terengganu, memang petang2
banyak jumpa kedai makan jual ikan, udang, sotong, ketam celop
tepung ni.. Masa mula2 kahwin dulu yana pelik juga, tapi sekarang
dah suka pula sebab sedap. hehe.. Yana pernah buat review
tempat ni dulu kat sini..



Lepas makan terus menghala ke Kuala Berang.. Sampai je rumah mertua, yana dah bau buah jambu golok satu rumah.. Excitednyeee sebab mmg yana teringin sangat nak makan buah tu tapi tak pernah jumpa di bumi KL nih..huhu.. Pegi dapur tengok mak mertua yana sedang masak jambu golok campur sotong. Bestnyeeeee.. TQQQQ ma.. Rupanya sehari sebelum kitaorang balik, bapa mertua yana pergi carikan buah tu sampai ke Marang nun. TQ so much abah :) Dapat ibu mengandung dengan little baby ni makan buah ni sebelum bersalin next month.. hehe.. Anak mama keluar nanti tak meleleh air liur dah kan.. hehe



Di Terengganu, buah jambu golok ni memang
di masak lemak dengan sotong.. Nama standard
buah ni adalah buah gajus @ buah janggus..



Esoknya Ahad, mertua yana kerja.. Yana dan adik ipar plan nak masak laksa penang. Kitaorang pun pegi pasar dengan incik suami membeli barang dan bermulalah sesi memasak laksa penang.. Dekat setahun yana tak masak laksa sejak raya tahun lepas. Tu la kata bila pregnant ni, malas ya amat. hehe..




Siap sudah laksa penang asli. 
Resepinya yana pernah tulis di sini..
Tapi yana tak makan sangat sebab daun kesum 
tu kan sedikit tajam + ada nenas dalam ni..



Ok la, tak tau nak tulis apa dah.. Doakan yana ye.. Sebulan je lagi nak jumpa little baby dah.. Tak sabarnyeee walaupun takut.. hehe..



2 comments:

shareeda said...

wahh yana naik 7 kg je ke..mmg sikit la tuh..hihi..

sheeda dulu dr start pregnant smpai b4 bersalin tuh, naik 16 kg taw!! =) mmg kembang abisss! hihi!

~ L.Y.A.N.A~ said...

sheeda.. a'a.. sebulan 1kg je naik..pelik tol sebab makan berselera ya amat.hehe.. sheeda naik 16kg tp skrg dah slim balik je.. best2..