Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, May 29, 2012

Antenatal Class @ KPJ Selangor

Assalamualaikum..


Weekend baru2 ni, 26hb Mei yana dan incik suami berjaya attend Antenatal Class.. Mulanya, pikir juga sempat ke nak join kelas ni. Kot2 dah terbesalin tak boleh join ler.. Tapi ada juga rezeki untuk join Antenatal Class di KPJ Selangor sebelum bersalin. Dapat la sikit sebanyak ilmu persediaan untuk berjuang di labour room nanti.. huhu..


Apa yang yana boleh simpulkan, memang best dan enjoy sangat kelas ni. Tambahan pula satu kelas dengan incik suami.. Best2.. Tak pernah rasa lagi satu kelas sama2 dulu..hehe..


Ok, apa yang diajarkan di kelas ni merangkumi:

  1. Care and Monitoring of Antenatal Mother (dikendalikan oleh salah seorang staff nurse KPJ)

Apa yang yana belajar dalam kelas ni ialah mengenai schedule for antenatal & postnatal check up utk mother, pemeriksaan fizikal yang dijalankan, perubahan fizikal dan emosi semasa hamil, penjagaan selepas bersalin dan macam2 lagi la.. Ada juga mengenai home care yang disediakan oleh pihak KPJ Selangor untuk mother & baby.


        2.  Care of The Newborn (dikendalikan oleh salah seorang staff nurse KPJ)

    Kelas ni pula lebih kepada cara penjagaan untuk baby. Apa yang diajarkan ialah mengenai cara menjaga kulit baby. Sangat ditekankan agar jangan meletakkan bedak untuk baby sebab belum sesuai untuk baby tu. Boleh menyebabkan keradangan kulit dan gangguan terhadap sistem pernafasannya. Just letak lotion pun cukup dah.  

    Selain tu diajar juga mengenai other concerns yang perlu dititikberatkan seperti penjagaan kepada baby pramatang, cara mandikan dan penjagaan kulit baby, diapers dan kesannya pada kulit baby, penjagaan tali pusat baby, jaundice (demam kuning), penyusuan, solid foods, colic, cara mengurut baby, immunisation dan cara tidur yang selamat untuk baby.

    *cara tidur yang selamat untuk baby adalah mengiring dan letak bantal di belakangnya. Jangan bagi baby tidur meniarap sebab ia boleh menyebabkan SIDS (Sudden infant death syndrome)



        3. Dietetic Services (dikendalikan oleh Dietitian KPJ Selangor)

    Dalam topic ni macam2 ada mengenai pemakanan sihat semasa hamil dan semasa pantang sampai tak tersenarai.. huhu


        4.  Pain Relief in Labour (dikendalikan oleh doktor di KPJ tapi yana lupa dah namanya)

    Dalam topic ni banyak diterangkan mengenai pelbagai ubat tahan sakit especially berkaitan dengan Epidural. Cara penggunaan epidural, kesan dan akibat 

     * Sebaik2nya kalau nak amik epidural, jangan amik selepas bukaan 5cm ke atas. Pada yang boleh tahan sakit, teruskan bertahan. Pada yang tak tahan sakit, bolehla amik sebab nanti akibat dari tahan sakit kita akan kehilangan tenaga. Akhirnya masa patut push dah penat..


    Topik yang paling ditunggu2..


         5.  Labour Process (dikendalikan oleh Dr.Siti Esah Bahari, O&G KPJ Selangor)

    Topik yang yana tunggu sangat2 dan topik yang paling suspen.. hehe.. Masa kelas ni, senyap je semua, bila masa sessi soal jawab tak tertanya soalan sebab terkesima.. huhu.. Takottttt... Apa yang diajar dalam kelas ni  adalah mengenai proses dalam Labour room, peralatan yang digunakan dalam labour room seperti vacuum, forseps, etc..

    Bila masuk bab stages of Labour.. Dub..dab..dub..dab.. je.. huhu..


    1st stage:
    • Monitoring of labour
            - Masa ni blood pressure, pulse rate akan di check, contractions dipantau
    • Vaginal examinations
            - Part ni la sesi seluk menyeluk berlaku. Doktor kata part ni patient paling tak suka.
    • Monitoring during labour
            - Masa ni kalau tak tahan sakit boleh la request pain relief macam entonox, epidural

    2nd stage:

    Part yang menakutkan di mana ditunjukkan proses bersalin sedang berlaku.. Masa ni tiba2 je rasa emosional.. huhu.. Sebak dan terharu masa tengok baby keluar nangis2.
    • Mula2 crowning
    • Lepas tu delivery of the head
    • Delivery of the shoulder
    • Delivery of the trunk
    • Completed delivery of the trunk 

    3rd stage:
    • Delivery of placenta
    • Episiotomy

    * C-section dan instrumental delivery seperti vacuum delivery dan forseps delivery pun ada diterangkan..



    Ada juga sesi amali iaitu diajarkan cara menyusukan baby, mandikan dan massage baby. Yana sangat suka semua sesi ni especially breastfeed baby.  Semoga dipermudahkan niat untuk bf baby yana nanti sampai umur 2 tahun. ameenn.. 



    Ni sesi cara untuk mandikan baby dan selepas mandikan baby..
    Yana dan incik suami dah praktis, rasanya boleh nak mandikan
    our little baby sendiri nanti.. hehe.. Masa selepas mandi ni diajar
    juga cara cuci tali pusat baby dan ditegaskan jangan pakaikan
    bedak pada baby. Just lotion je. Kalau nak letakkan bedak juga
    just dap2 macam tu je.. Tapi masa menuang bedak ke tapak tangan tu
    sila jauhkan dari baby..





    Ni pula sesi massage baby.
    Selepas mandikan baby, bolehlah massage..
    Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi kasih
    sayang ibu dan ayah dengan baby dan boleh
    memudahkan baby untuk tidur.. 


    Petang ada sesi exercise pula untuk ibu2 mengandung dikendalikan oleh pakar fisioterapi di KPJ. Takde gambar ye sebab malu nak upload. hehe.. Untuk orang yang dah lama tak buat exercise macam yana ni memang agak semput jugala dengan keadaan perut ni lagi.. Incik suami asyik gelak je masa ni siap amik video lagi.. huhu


    Akhir sekali kami di bawa melawat labour room di KPJ. Walaupun yana akan bersalin di Hosp.Pantai, tapi tetap teruja melawat labour room KPJ. Biliknya sangat cantik dan tenang. Cara penggunaan katilnya diajar, tempat untuk meletakkan baby selepas dilahirkan pun ditunjukkan. Cara penggunaan mesin CTG juga ada diajarkan dan juga cara penggunaan laughing gas untuk menahan sakit (lupa la..etanox kot)


    Ok, yana sila bersedia!!!


    Pada yang berminat menyertai Antenatal Class di KPJ Selangor,
    sila call number ni:  03-55431111 ext.4701.
    Yurannya RM80 je untuk satu couple..

    Sangat digalakkan untuk ibu2 yang nak dapat anak 1st
    dan sangat digalakkan menghadiri dengan suami tersayang..

    4 comments:

    linde said...

    hi dear, nk tanya.. class ni in english ke melayu? ada yg boring x?
    Tq..

    linde said...

    hi dear,
    nk tnye... class antenatal tu dlm english ke bhs melayu ek? 1 kelas tu ramai couple ek?

    ~ L.Y.A.N.A~ said...

    Hi linde.. Class antenatal ni campur bahasa.. Ada part yg bm n ada part yg bi... Mse i pegi ada dalam 20 couple. Ada yg dtg dgn husband, ada yg dtg dgn kwn je..

    Boring..erm.. Rsenye semua best cuma part2 epidural kot yg boring skit..hihi

    Vitamom Liana said...

    Tq bagi info :)

    Tumpang lalu ye tuan tanah..
    Saya ada menjual set ingin hamil, menyusu, berpantang & set kecantikan :)
    http://thevitamom.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom