Antara surah-surah yang elok untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang mengandung:
*SURAH AL-FATIHAH
Elok diamalkan untuk terangkan hati dan kuatkan ingatan.
* SURAH YASSIN
Elok diamalkan untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan.
* SURAH YUSUF
Elok diamalkan untuk mendapat anak yang sempurna sifat, cantik rupa paras dan akhlak yang baik
* SURAH MARYAM
Elok diamalkan untuk memudahkan para ibu ketika bersalin nanti dan memperoleh anak yang taat.
* SURAH HUJARAT
Elok diamalkan bagi memperbanyakkan susu ibu.
* SURAH LUQMAN
Elok diamalkan untuk memperoleh anak yang cerdik dan berakhlak baik.
* SURAH AN-NAHL
Elok diamalkan agar memperolehi anak yang baik disiplinnya.
* SURAH AT-TAUBAH
Elok diamalkan agar dapat membersihkan jiwa agar tehindar dari maksiat.
* DOA AGAR MENDAPAT ANAK YG SOLEH DAN SOLEHAH:
Amalkan membaca Surah Ali-Imran ayat 38. Yana terjemahkan maksudnya dalam bahasa rumi.
" Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar permohonanku."
* DOA KETIKA MENUNGGU SAAT-SAAT HAMPIR BERSALIN:
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 87.
Yana terjemahkan maksudnya dalam bahasa rumi.
" Sesunggunya tiada Tuhan melain Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri."
Selepas itu, sambil-sambil membaca Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah an-Annas, Surah Al-Falak berulang-ulang kali sehingga bersalin. InsyaAllah dengan izinNya, semua akan dipermudahkan.
Semoga sama-sama dapat kita amalkan.. :)
Wallahualam..



No comments:
Post a Comment