Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, February 11, 2012

Retroverted Uterus


Assalamualaikum..

Baru2 ni yana dapat call dari kawan lama masa sama2 buat degree di USM dulu. Lama jugala kitaorang tak contact sebab masing2 dah busy dengan pelbagai urusan. Tujuan kawan yana tu call nak jemput ke majlis pertunangannya nanti. Tq sebab masih ingat pada yana. hehe. Sambil kitaorang berborak tu, kawan yana ni tanya pasal perkembangan yana lah dan dia baru tau yana sedang pregnant dan pernah keguguran 2x.. So, macam2 soalan lah yang diajukan.. Buat apa kita nak kedekut ilmu kan, yana citela A-Z pengalaman yana keguguran hampir 2x..


Semuanya disebabkan Retroverted Uterus (RU), yana panggil rahim terbalik..


Yana tau rahim yana terbalik selepas 2x gugur bila gynae buat vaginal scan. Apa itu Retroverted Uterus?


~ RU adalah rahim yang condong ke belakang yang menghala ke arah tulang belakang. Kalau rahim normal ia menghala ke arah perut.. 





Apakah yang menyebabkan seseorang itu mempunyai Retroverted Uterus?
Apa yang yana tahu selain dari faktor genetik terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan terjadinya kes seperti ini iaitu:

~ Mengandung:Semasa mengandung, rahim semakin membesar dan ia menyebabkan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah. Akibatnya, kebanyakan wanita mengalami RU selepas melahirkan bayi.
  Menopouse: Kebanyakan wanita mengalami penurunan paras estrogen semasa menopuse. Oleh itu, ligamen yang memegang rahim menjadi lemah dan boleh menyebabkan ia tergelincir kepada kedudukan yang retroverted
~ Masalah sistem peranakan: Penyakit seperti radang pelvik dan endometriosis (rujuk di blog Dr,Hamid Arshat) boleh menyebabkan RU


Hampir 20% wanita di dunia ini yang dilahirkan dengan rahim ke belakang!! dan ia bukan satu perkara yang luar biasa.


Yana tak tau apa punca yana mengalami RU sebab yana belum membuat pemeriksaan secara detail. Selepas pindah ke KL, sebelum pregnant memang yana dan suami bercadang nak lakukan pemeriksaan detail dengan Dr.Hamid Arshat selepas raya hari tu. Tapi belum sempat check yana dah disahkan pregnant.


Ramai wanita yang mempunyai RU bimbang ia akan menjejaskan kesuburan. Sebenarnya RU tidak menjejaskan kesuburan.. Kalau ada ia mungkin disebabkan masalah lain. Yana sendiri dah 3 kali pregnant.


Cuma, mereka yang mempunyai RU sangat berisiko untuk keguguran. Ini disebabkan kedudukan rahim menyebabkan janin tidak dapat melekat dengan kuat. Yana sendiri masa pregnant kali ke3 ni bila gynae tau yana RU terus diberi injection dan ubat untuk kuatkan rahim. Surat dikeluarkan untuk membenarkan yana bedrest sampai kandungan 3 bulan.


Pada mereka yang mempunyai RU jangan putus asa sebab anda boleh mengandung jika tiada masalah berkaitan kesuburan. Cuma yang yana boleh nasihatkan, bila dah disahkan pregnant terus jumpa doktor untuk ambil langkah berjaga2 bagi mengelakkan keguguran. Yang paling penting jangan buat kerja berat dan banyakkan rehat demi baby juga kan.. Banyakkan berdoa pada Allah semoga dimurahkan rezeki zuriat.. InsyaAllah..


No comments: