Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, February 10, 2012

Si Kiki dah jadi ibu.. :)


Assalamualaikum..

Macam biasa jarang2 sekali mengupdate blog sekarang. hehe. Tiba2 hari ni rajin & ada benda nak tulis. Petang semalam masa yana baru balik dari kampus, yana agak terkejut tengok rabbit kitaorang si kiki tu cagenya penuh bulu2. Opppss.. ini tanda2 dia nak beranak. aduss.. Yana memang takde pengalaman jaga rabbit yg beranak & baby rabbit yg baru lahir. Nama je minat dengan rabbit, tapi tak reti sebab sebelum2 ni rabbit kitaorang takde yang beranak lg.


Rabbit betina ni bila dia nak beranak, dia akan cabut bulu2nya (tapi takdela sampai botak) supaya baby dia nanti duduk dalam bulu2 tu.. Sebagai tempat perlindungan la lebih kurang.. elak dari kesejukan. Sebab baby rabbit ni sehelai bulu pun takde lagi dan boleh mati kesejukan kalau ibu dia tak buat macam tu..


Yana memang panik giler sebab sorang je masa tu kat rumah. Yana cakap pada kiki beranak la bila incik suami dah balik nanti. haha.. Macam kiki tu paham je. Tapi memang betul, malamnya bila incik suami sedang bersihkan sangkar biar rabbit2 ni main di luar..Si kiki ni telah memberanakkan diri senyap2 dekat rumput karpet nun. Tengok2 je dah ada 3 ekor baby.. Yana tak pegi tengok sebab tak berani + orang tua2 pesan jangan tengok sangat masa pregnant ni. Memang sampai saat ni yana tak jengguk langsung. Incik suami yang urus semua. hehe..





Ini lah si Kiki yang bam2.. Satu2nya rabbit betina
teddybear yang kitaorang ada. Sebelum beli kiki ni,
merata2 farm di Selangor ni kitaorang pegi semata2
nak cari spesis ni tapi bukan warna putih sebab
yana dah ada rabbit warna putih. Tapi bila tengok kiki
suka pula sbb kembangnya mcm gula2 kapas pula. hehe..

Yana beli di Bangi dekat Arnabkus.. Ni blognye..
Macam2 rabbit ada yang boleh buat geram je tengok. hehe.

Pada kak ekin ku cyg si peminat rabbit juga.. Nak cari rabbit comey2
pegi dekat Arnabkus tau.. Mesti gerammm je tengok nanti

Gambar baby rabbit takde sebab yana
tak berani nak pegi tengok dekat2.. hehe..
Mujur kiki ni pandai jaga anak dia, pandai menyusu
kalau tak jenuhla incik suami yang kena buat secara manual..
Tak semua rabbit pandai jaga anak dia. Ada yang biar je, kena 
paksa menyusu.. Tapi kiki ni pandai.. Bagus2..



Yang peningnye bila baby rabbit ni lahir, yana dengan incik suami akan ke PD weekend ni. Aduh..macam mana.. Memang ingat nak boarding rabbit2 dewasa yang 3 ekor tu. Cumanya takut kedai tak nak terima baby rabbit. Takkan nak pisahkan baby tu dengan ibunya sebab dia still menyusu. Setelah di pujuk, mujur kedai tu setuju tapi kena bayar extra la..hukhuk.. Takpela asalkan dia nak jaga.. 10 hari pula tu sempat la sampai baby rabbit tu buka mata & tumbuh bulu. Bila dah  semua tu senang sikit nak jaga.. Sekarang sudah jadi 6 ekor rabbit kitaorang. huhu. Sekor nak bagi dekat adik di kampung dan di umah mertua di Terengganu.. Dengan keadaan yana sekarang tak larat la nak jaga banyak2.. huhu




No comments: