Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, January 31, 2012

Speaker Pillow


Assalamualaikum..

Dari pelbagai pembacaan yana masa preggy ni, yana tertarik sangat2 dengan 'bantal bersuara' ni @ speaker pillow. Mungkin ramai dah kenal benda ni cuma yana je ketinggalan zaman.. hihi.. Bagi yana ni antara salah satu persediaan yana untuk bergelar ibu. Speaker pillow ni boleh dijadikan medium pertama komunikasi antara ibu dan anak yang sedang dikandung. Yana anggap ini adalah toy pertama baby yana. hehe.. 




Ni la speaker pillow buah orange yana.. hehe
Tengah2 tu la tersimpannya speaker dan USB 
tu sambung je ke mana2 sama ada alat muzik/
ipod/handphone..



Bagaimana cara? pillow ni sama macam bantal2 lain cumanya ia ada speaker di tengah2 pillow ni yang mana ada sambungan USB atau port yang boleh kita sambungkan ke ipod/handphone/alat muzik.. Yana sambungkan ke Legend yana je sbb dalam tu dah download alunan ayat Quran, zikir, lagu2 malah suara yana dan papanya  bebel untuk baby kitaorang dengar. hehehe.. Kadar volume pun boleh adjust dan bukan tahap maximum yang boleh menjaskan pendengaran baby dalam perut. 






Seperti yang kita tahu, roh telah ditiupkan ke dalam anak dalam kandungan semasa hari ke 120 iaitu sekitar 4 bulan. So, apa sahaja yang diperdengarkan insyaAllah anak itu dapat mendengar. Pillow ni yana selalu guna masa yana tidur sebab preggy women ni tidonye mengiring. Kalau terlentang agak kurang selesa. Bila tido mengiring pillow ni diletakkan di bawah perut dan pasanglah apa saja yang baik2 untuk baby dengar. Masa tak tido better si ibu itu sendiri mengaji dan berzikir agar anak di dalam kandungan dapat mendengar suara ibunya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Kita sedia maklum bahawa pendidikan awal bayi bermula sejak dalam perut lagi. So, mulakanlah sejak bayi 4 bulan dalam perut kita. Semoga dapat lahirnya anak2 soleh solehah dan cerdik yang akan menjadi harta tak ternilai untuk kita nanti. 


Masa 1st time yana letak di perut takde apa2 reaksi lagi. Tapi masa yana pasangkan Asma ul Husna, subhanaAllah baby tiba2 aktif dalam perut dan itulah pertama kali yana rasa tendangan yang kuat dari dia. hehe.. Selain tu kadang2 yana selangkan dengan alunan muzik mozart, alunan lagu2 lullaby yang mana muzik2 macam ni boleh merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan.


Selain itu, pada mereka yang ada insomnia speaker pillow ni pun dijadikan antara terapi untuk melawan penyakit tak boleh tido tu. Memang boleh je pasang ipod ke handphone ke dengar je la kan. Tapi tak bagus benda2 macam tu dekat dengan kita masa tido especially ke perut yang ada baby..


Ok, selain di ebay yana beli di cherishmama. Penghantarannya pantas. hehe.. Sape nak belilah dekat dia. RM35 je. Macam2 design ada, tapi yana tertarik pada si buah orange ni. hehe


Nanti yana nak hadiahkan juga sebiji pillow ni pada seorang sahabat yang baru dapat gudnews setelah menunggu hampir setahun. I'm happy for you dear!! Kan yana dah cakap, rezeki untuk semua orang ada cuma cepat dengan lambat je..



1 comment:

Mrs.CherishMaMa said...

Thanks a lot dear for the compliment! :) Sangat sangat happy bila customer berpuas hati dengan cherishmama.. and thanks again for promoting our cherishmama speaker pillow ni... take care n enjoy ur pregnancy life ahead dear (^_^)v