Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, January 2, 2012

Aktiviti Awal 2o12


Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru!! Semoga tahun 2012 ini akan memberi 1001 kebaikan kepada kita semua. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi.. 


Apa azam tahun baru korang?? Azam yana adalah untuk terus menunaikan azam sebelumnya yg belum tertunai.. Tahun kebelakangan ni, yana berazam cepat2 habis PhD!!!! Tapi habisnya entahla bilerr... huhu.. Chaiyok2!!!! Tahun 2012 juga insyaAllah yana dan suami akan menyambut kehadiran buah hati kami yang pertama, yang kami tunggu hampir 3 tahun.. Semoga segalanya dipermudahkan ya Allah..


Okla, aktiviti yana di tahun baru semuanya secara tak dirancang. Tapi tahun ni, yana dan suami bawa adik2 ipar naik Genting Highlands jalan2 + sambut new year di atas sana.. Kebetulan sebelum tu diaorang turun KL..




@ Genting 31/12/2011



1 January pula yana dapat call dari mak.. Mak dan adik2 pula nak turun KL.. yeayyy!! Kitaorang sambung bawa mak dan adik2 pula pusing KL.. Memang sangat best bila beramai2 dengan keluarga kan.. Tapi mak datang sehari je, hari ni Isnin mak dah balik sebab esok keje dan adik2 dah nak start sekolah.. (Maaf takde gambar dengan family.. Mak awal2 pesan jangan upload gambar dalam blog.. hehe)


Malam ni lepas mak dah balik.. Yana dan encik suami berdua kembali di rumah.. Aktiviti bersama kitaorang di rumah pada tahun baru adalah masak memasak.. Ni menu pertama yana masak di awal tahun 2012..




Punyala lama masak, 9pm baru boleh makan..hihi
Masak simple je.. ---> Ikan kembung kukus sambal
portugis (rempahnye ada jual di Tesco), sotong goreng cili api
dan labu air masak air.. hihi..



Sotong goreng cili api campur petai.. yana main masak je..
Dah boring asyik sotong masak sambal, 
masak lemak, masak asam, goreng berempah..
Ni buat mcm ni pula.. Rasa nak makan pedas2..
Incik suami makan bertambah kira success la tu.. hehe


Meh nak share resepi.. :p


Bahan2:

Sotong mesti la kan..
(Yana pilih sotong yang semua ada telur)
Sebiji bawang besar * dihiris
3 ulas bawang putih * dihiris
5 biji cili api (Tak nak pedas boleh kurangkan cili) * dihiris
Petai (Kalau tak nak, boleh ganti dengan kacang panjang)
Sebiji limau nipis
Daun limau purut
Sos Tiram
Sos cili Thai



Cara2:

Sotong di goreng sekejap untuk dapatkan airnya
Bila dah angkat sotong.. Tumis pula hirisan bawang
besar, bawang putih, cili api..
Masukkan sos tiram + sos cili thai + air
Masukkan petai + sotong
Masukkan daun limau purut + perah limau nipis
Garam + Gula..
SIAP!!


OK. HAPPY NEW YEAR!!



No comments: