Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, January 16, 2012

Bila malas menjelma.. :P


Assalamualaikum..

Sabtu sehari suntuk kitaorang di The Gardens dan Midvalley.. Yana nak menambah koleksi maternity dress yana sebab baju2 dan seluar sedia ada banyak yg dah tak muattt...oopsss..huhu.. Sambil tu ambil kesempatan shopping sempena sale nak raya cina ni.. Sambil survey barang baby (awalnyeee.. hihi) Lunch di Sushi King je sebab tekak ni rasa nak makan Japanese food dan dinner pun di luar je..


Ahad ni pula, kitaorang 1st time pergi pasar pagi dekat dengan stadium Shah Alam.. Sejak pindah tak pernah pegi lagi.. Letih juga jalan situ sebab sangat besar dan bersesak2 sebab ramai sangat orang. Yana hampir pitam jugala.. Incik suami terus ajak balik lepas kitaorang lunch.. Dah ok sikit sempat lagi kitaorang pegi tengok wayang di MBO Subang Parade.. hehe..


Dah petang duduk rumah je la rehatkan badan.. Incik suami pun nak siapkan beberapa keje ofis. Malamnya dua2 orang malas nak keluar, yana pun masak. Masakan yang teramat simple pernah yana buat.. hehe..

Fuuhh..panjangnye intro.. huhu.. Jom tengok pe yang dimasak bila malas nak keluar cari makan tapi malas nak masak.. hehe..






Kerabu Soo hoon campur kacang botol





Kubis goreng kicap





Pekasam goreng



Hah.. simple tak?? sangattt kan.. hehe..
Ni la bila penyakit malas datang.. 
Jadila dua orang je nak makan.. hehe..




No comments: