Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, March 25, 2012

Nak bersalin mana ni???


Assalamualaikum..

Wahh, dekat sebulan yana tak jenguk blog ni. Banyak keje + takde mood nak menulis. hehe..

Sekarang yana dah nak masuk 7 bulan pregnant. Alhamdulillah yana dan little baby sihat2 sentiasa dan yana takde apa2 masalah lagi. Semoga dipermudahkan dan sihat2 sentiasa hingga selamat bersalin nanti. ameenn..

Tapi, nak tahuuu.. sampai sekarang yana masih confius nak bersalin kat mana nanti. huhu.. Susah betul nak buat keputusan. Tapi bulan ni kena buat keputusan juga sebab dah nak kena booking doktor. Selama ni yana check dengan Pantai Hospital. Doktornya sangat bagus dan servis tip top. Tapi, jaraknya yang agak jauh dari rumah yana + jalan yg selalu jem membuatkan yana kena pertimbangkan balik keputusan untuk bersalin dekat situ. Tak berani amik risiko pilih hospital yang jauh dari rumah. Tapi yana sangat suka dengan gynae yana tu. Ke sakit sikit2 pun terus masuk wad..?? Ohh.. kena siapkan duit berkepuk2 la camtu. adehh..




 
 

Atas sebab itu.. pagi tadi yana dan incik suami telah pegi survey hospital yang dekat dengan rumah.. 15 minit je sampai dah. KPJ Selangor Speacialist Hospital yang bagus juga. Yana dah baca banyak forum mengenai KPJ ni dan semuanya cerita yang bagus2. Harapnya macam tu la. Yana ni dahla jenis penakut sakit (walaupun bersalin mana2 pun sakitnya sama je kan) tapi, kalau servisnya bagus.. mungkin kurang la sikit sakit tu. Ye ke?? hihi


Pada sape2 yang plan nak bersalin di KPJ Selangor, ni pakej yang ditawarkan.. Harga yang ditawarkan sangat ok berbanding hospital swasta lain di KL ni..



Ni pakej yang ditawarkan (utk normal delivery).. 
++ la dengan benda2 yg kita tak jangkakan..
Kot2 kena vacuum ke @ amik epidural harga bertambah la..


Tapi kalau nak booking doktor di KPJ ni kena check up dengan Dr yang dipilih di sini at least 3 kali.. Atas sebab itu yana kenala buat keputusan bulan ni nak bersalin mana. 


Hospital Pantai KL pun ada pakej bersalin juga tapi bukan pada semua gynae. Hanya yang tertentu je. Kalau yang takde pakej, untuk normal lebih kurang 3k++ hingga 5k++ kalau yana tak silap. Czer dlm 8k++.. 


Kalau ikutkan banyak kelebihan di KPJ lagi sebab harganya yang lebih murah + jarak dari rumah pun dekat. Tapi, yana ni jenis susah nak tukar2 doktor. Dengan gynae sekarang dah check up dengan dia dari pregnant 4wk lagi. Ermm.. cerewet betul kan.. huhu.. Tapi, bersalin mana pun apa yang penting ialah ibu dan anak selamat dan sihat. Bila dah tak tau nak buat keputusan, bila dah was2 nak pilih yang mana.. Istikharahlah yang terbaik, semoga Allah membantu dalam membuat keputusan yang paling baik untuk kita..

Ohh.. last check up baru2 ni baby yana sihat2 je dan makin besar. Cuma dah 7 bulan kepalanya masih di atas. Belum turun ke bawah. Harapnya bulan depan sayang mama ni pusingla ke bawah ye.. Sekarang pun yana baru start shopping barang2 baby. Sebelum ni jalan2 tengok je dulu. Setelah 3 tahun dapat juga merasa bahagianya membeli barang anak sendiri dengan suami tersayang.

Doakan yana & baby ye.. 2 bulan je lagi.. Apa perasaan? Untuk org yang dah tunggu lama nak dapat zuriat sendiri macam yana ni perasaannya sangat2 teruja dan tak sabar nak jumpa baby. Tapi tak dinafikan rasa takut tu ada juga.. hihi..


Okla, dah 1am.. Gudnite..

4 comments:

Anonymous said...

Salam Yana, I have exactly the same question skrg ni.. Sebab baru pindah kat Puncak Alam, and I love Pantai's maternity ward and the services I've experienced there. Kat KPJ Selangor x penah bersalin lagi, tp back in 2000 pernah my baby girl admitted la for viral infection. My reason, kalau deliver normal - no issue, tapi kalau c-sect, rasanya better off kat Pantai esp the costs will be lebih kurang sama.. Do post up macamana bersalin ek and kalau x keberatan, how much total comes up to.. All the best..

~ L.Y.A.N.A~ said...

salam anon..
sory for late reply.. i baru deliver baby boy @ pantai bangsar 14 jun yg lepas under dato dr.hamid arshat.

i deliver via c-section.. emergency czer sbb 9jam jalan i still 3cm. u tau la emergency czer costnye double..huhu.. total 11k for me n baby. ward free sbb i amik pakej dragon baby. ward je la yg free utk 2 & 4 bedded..

Anonymous said...

hai..bersalin dekat bangsar tu ek..berapa ek kos?blh x kongsi sedikit?

~ L.Y.A.N.A~ said...

Hi anon.. Yes bersalin di pantai bangsar last year. I kena emergency czer so cos double sikit. Total RM11k..