Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, March 28, 2012

Pemakanan Terbaik Semasa Hamil..


Assalamualaikum..

Malam ni susah pula nak tido.Tiba2 rasa nak menulis. hehe.. Jom kita share corak pemakanan semasa hamil. Apa yang bagus dimakan dan diamalkan sepanjang tempoh kehamilan. Yana yang mengandung anak sulung agak kurang arif bab2 ni. Tapi, yana dapatkan info melalui pembacaan dan bertanya pada mereka yang berpengalaman..


Seperti biasala bila kita pergi check up dengan gynae. Setiap ibu mengandung ni akan dibekalkan dengan pelbagai jenis ubat dan vitamin untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan. Masa 1st trimester yana, gynae yana bekalkan Acid folic (vitamin yang wajib untuk semua ibu mengandung), fish oil, duphaston (untuk kuatkan rahim), habbatus sauda dan injection proluton (juga untuk kuatkan rahim)..


Bila dah masuk trimester kedua.. 

Macam biasa, gynae yana terus memberi:



Fish Oil.. Yang ni memang yana tak pernah tinggal
sejak kandungan 4wk sampai sekarang..
Fish oil bagus untuk perkembangan otak bayi..
Ibu2 hamil ni elok makan banyak ikan (ini mak yana pesan)





Vitamin E pun gynae yana bagi..




Vitamin C pun kena makan juga..





Obimin.. semua ibu mengandung mesti
kenal pil ni kan.. Ni pun gynae yana bekalkan
sejak kandungan berusia 3 bulan..
(Tapi kadang2 yana skip juga.. sebab takut baby besar sgt)
Betul ke fakta ni?? hehe.. Kalau mak baca entry ni mesti kena marah..huhu



Sejak trimester kedua, yana amalkan makanan tambahan yang disyorkan oleh mak yana juga.. Macam2 ilmu kita boleh dapat dari ibu2 kita..



Jus Delima 


Jus Delima Gulsan.. Produk dari Iran..
Kadang2 bila jumpa buah delima, yana makan buahnya juga..
Beli jus sebab susah tol nak jumpa buahnya.. Jus ni tanpa gula..
Yana selalu minum pagi2 sebelum breakfast..


Kita sedia maklum buah delima banyak khasiatnya,

"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 


Allah ada menyebut buah delima (Rumman) sebanyak tiga kali di dalam Al-Quran untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan dari syurga. 


Buah delima ini juga memberi pelbagai khasiat kepada ibu mengandung. Buah ini menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat/utuh sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah endema dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali) 


Orang tua2 pula kata dengan mengamalkan buah delima ni semasa mengandung, kulit bayi nanti akan putih kemerah-merahan.. Wallahualam..



Kurma



Sabda Rasulullah s.a.w,

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.."


Allah s.w.t memerintahkan kepada Maryam Binti Imran untuk makan buah kurma ketika hampir bersalin kerana kurma mengenyangkan juga dapat membuat gerakan kontraksi rahim bertambah teratur, sehingga Maryam dengan mudah melahirkan anaknya.


Antara khasiat kurma kepada ibu2 mengandung ialah:

1. Menguatkan sel2 usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing kerana mengandungi serabut2 yang bertugas untuk kontrol laju gerak usus dan menguatkan rahim terutama ketika melahirkan.

2. Buah kurma matang sangat kaya dengan unsur kalsium dan besi. Oleh kerana itu, sangat dianjurkan bagi perempuan yang sedang hamil dan yang akan melahirkan.

3.  Kadar besi dan kalsium yang dikandung buah kurma matang sangat mencukupi dan penting sekali dalam proses pembentukan air susu ibu.

4. Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. 


Yana sangat suka kurma nabi.. Yana amalkan tiga biji sehari..



Susu Kambing



Yana dah cuba pelbagai susu khas untuk ibu mengandung,
tapi kebanyakannya tak sesuai untuk perut yana..
Perut ni hanya boleh terima susu HL dan bila mak suggest
susu kambing Hi Goat ni yana pun cuba dan perut boleh terima.


Susu kambing jauh lebih baik dari susu lembu,
malahan susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu..
Susu kambing juga mempunyai kadar kalsium yang sangat tinggi.
Alhamdulillah sepanjang pregnant ni yana takde lagi masalah sakit gigi.


Rasulullah s.a.w bersabda,

"Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan.."


Ini yana copy paste je dari web iluvIslam..

Pakar2 pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dengan susu kambing hampir sama antara kedua2nya. Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya, sama dengan peratus lemak susu ibu. Dari segi proteinnya pula, susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan peratusan protein yang dapat di ekstrak dari susu ibu. Kerana itulah pada zaman Nabi s.a.w, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak atas sebab2 yang tidak boleh dielakkan. Sebab itulah, amalan meminum susu kambing ini amatlah digalakkan kerana ia mempunyai hikmah yang cukup besar dan berpotensi melahirkan anak yang SUPER (yang hebat, cerdik, cerdas dan IQ yang tinggi)


Susu kambing Hi Goat ni yana amalkan segelas panas2 sebelum tidur. Incik suami pun minum juga sebab suami yana memang suka minum susu. Yana ni je kena paksa sikit. hihi..



Air Zam Zam



Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam zam. Air tersebut 
boleh menjadimakanan yang mengenyangkan dan
 boleh sebagai ubat penyakit.."


Baru2 ni mak yana menunaikan umrah dan bawa balik berbotol2 air zam2.. Alhamdulillah dapat yana minum walaupun dah 7 bulan pregnant.


Sebagai ibu, kita nak kan yang terbaik untuk anak2 kita sejak dari dalam kandungan lagi. Selain dari menjaga pemakanan, jangan lupa berdoa pada Allah agar segalanya dipermudahkan dan selamat, agar anak yang dikandung bakal menjadi anak soleh solehah, beriman, berilmu.. Ibu2 mengandung juga digalakkan memperbanyakkan membaca Al-Quran (antara surah yang elok diamalkan sepanjang mengandung ialah Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Yasin), memperbanyakkan zikir, puasa sunat Isnin dan Khamis dan banyakkan bersedekah..


Ok, jom share apa2 lagi tambahan yang bagus untuk ibu2 hamil amalkan sepanjang kehamilan ni..  :)


No comments: