Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, June 11, 2012

False Labour


Assalamualaikum..


Seperti tajuk di atas.. Baru2 ni yana mengalami False Labour. Apa itu False Labour?

False Labour ialah kuncupan rahim yang disertai kesakitan, dan berlaku setengah jam sekali tetapi bila diperiksa pintu rahim masih tutup lagi. [Pak Bidan]. Ia berbeza dengan Braxton Hicks.. Braxton Hicks Contraction ialah di mana  rahimnya mengeras tetapi tidak sakit. [Pak Bidan]


Cerita bermula.. Cewahh macam ape je.. huhu


Pagi Sabtu

Yana duduk rumah je weekend ni sebab incik suami ada game hoki. Yana malas nak ikut, so duduk rumah je dengan adik ipar. Tapi dah plan petangnya nak ajak incik suami jalan2 KL bawa adik ipar & makan di Shogun. 


Tapi tengaharinya yana agak risau bila nampak ada something discharge di seluar walaupun bukan darah & air ketuban. Sebenarnya dah dekat 3 hari jadi. Bila yana tanya mak dan kawan2. Yana decide nak ajak incik suami pegi check. Risau la juga sebab takde pengalaman lagi mengenai tanda2 nak bersalin. Tapi kitaorang decide nak pegi check di klinik yang dekat2 je sebab malas nak ke hospital Pantai di KL nun (sebenarnya tak suka nak pegi hospital) huhu..



Petang Sabtu..

Sampai ke klinik bersalin tersebut di Shah Alam dan check, discharge tu normal je dan bukan tanda nak bersalin. Tapi doktor sarankan untuk buat CTG nak tengok keadaan baby. Kitaorang pun setuju dan ikut je la. Bila dah dapat result, doktor tu rasa something wrong dengan baby melalui graf CTG tersebut dan suruh kitaorang cepat2 ke hospital Pantai. Masa ni yana dah tak sedap hati. Macam2 pikir dan masa call mak rasa nak nangis je walau tak tau keadaan sebenar lagi. Incik suami la yang cuba tenangkan yana masa ni walaupun yana tau dia pun panik.. 



Malam Sabtu..

Sampai je di Hospital Pantai dah Maghrib dan kitaorang sembahyang dulu sebelum menuju ke Emergency Room. Lepas explain itu ini, diaorang terus bawa yana ke Delivery Ward. Sampai sana, nurse terus bawa ke Labour Room untuk buat CTG sekali lagi selama setengah jam. Yana cuba tenangkan diri tak nak pikir bukan2 selagi doktor tak kata apa2. Bila dah dapat result, doktor kata jantung dan pergerakan baby normal. Alhamdulillah syukur ya Allah. Terbang risau yana tadi. Baby buat mama papa suspen je tau.. huhu. 


Tapi nurse kata yana ada contraction. Agak kuat tapi tak kerap. Bila nurse cakap gitu baru yana rasa ada sakit. Sebelum ni risau kat baby sampai tak rasa sakit sendiri. Dann...... untuk pertama kalinya yana melalui prosedur VE untuk tau bukaan pintu rahim. Sakitnyaaaaaaa ya ampunnn.. Masa ni midwife tu yang buat dan bukaan pintu rahim 3cm. Setelah dimaklumkan pada doktor, yana ditahan di Labour Room tersebut. Ohhh panik sudah.. "aku nak beranak dah ke ni??" tapi happy sebab dah nak jumpa anak mama papa ni.. Incik suami pun call mak dan mertua yana dan juga call logistik Cellsafe untuk get ready bila dah bersalin supaya datang amik stem cell.




Ni la labour room yana..


Dah tukar pakai baju hospital, incik suami balik amik barang di rumah dan hantar adik ipar balik dan datang semula ke hospital. Bermulalah life di Labour Room malam itu. Midwife explain macam2 kalau tak tahan sakit anytime boleh minta pain killer such as epidural. Kena sign borang itu ini, nak letak baby atas dada lepas bersalin pun kena sign juga.. huhu. CTG sentiasa dipantau. Bila nak pegi toilet tekan je loceng, diaorg datang buka balik tali pinggang CTG tu dan pasang balik lepas tu. Macam tu la banyak kali. Sabar betul diaorang. huhu.. Setiap berapa jam tekanan darah, suhu badan, contraction dipantau. Yana pula tak boleh tido sangat malam tu. Suasana hospital dan contraction buat yana susah nak tido..


Tapi, makin lama contraction makin kurang. Nurse berapa kali la datang tanya ok ke? Yana ok je siap boleh senyum2. huhu.. Terfikir juga nape tak sakit2 lagi ni. Rasa makin ok ada la. Siap jalan2 lagi sekitar ward tu, pegi tengok tv sebab dalam labour room takde tv..




Yang hijau tu contraction yana.. 
See.. sangat la rendah, 15 je dan tak konsisten..



Pagi Ahad..

Lepas breakfast yang sangat sedap.. Menu pagi tu yana pilih western, huh mengada tol pilihan. huhu.. Yana pegi mandi dan sakit makin takde. Sampaikan tgk di CTG contraction below 15 je.. Ada tahap tu 0 terus. huhu.. Haihh anak mama ni macam tak nak keluar je lagi. Best ye duduk dalam perut mama ni. hehe.. Incik suami bebel2 kat perut dengan baby tanya bila nak keluar. hehe.. Papanya dah get ready bawa beg besar2 ke hospital. hehe..


Tapi, bila doktor datang check.. Contraction takde + bukaan pintu rahim macam tu juga (doktor buat VE tak sakit langsung, lepas ni saya nak doktor je buat VE boleh?? huhu). Doktor pun kata, "Ok puan, boleh balik"..  Dengar boleh balik rasa best sebab sangat boring duduk labour room. Tapi frust sebab tak dapat jumpa anak mama papa ni lagi.. Tapi doktor pesan, andai sakit kerap dan konsisten, turun darah, water bag pecah terus datang cepat2.. Incik suami pun mengemas baju, call cellsafe bagi tau tak jadi bersalin. hehe.. Call mak dan mertua.. Kelakar pula pikir. Anak mama papa ni main2 ye..


Dah siap semua, pegi buat payment. Hambik ko RM758 kena separuh hari je di hospital. Dah tu false labour pula.. huhu.. Takpela, asalkan mama papa tau baby kitaorang ni sihat kat dalam perut mama ni. Lepas ni anak mama papa keluar betul2 ye. Mama papa tak sabar dah nak tatap wajah comel baby kitaorang ni.. Tak lama je lagi dah nak dekat due date. Lagipun mertua yana kata memang anak sulung lambat sikit dan suka main2.. hehe..




15 Jun ni jumpa doktor balik memang dah dekat due date masa ni. Harapnya baby mama keluar la ye tanpa mama di induce.. huhu.. Tak nak induce.. 

Doakan yana dan baby ye..


No comments: