Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, June 7, 2012

Saya Produk STPM


Assalamualaikum..


Yana tak pernah nak sentuh topik2 macam ni sama ada dalam perbualan seharian apatah lagi di blog. Sebab kadang2 topik macam ni boleh mewujudkan perbalahan. Tapi baru2 ni yana dan family ada bercakap soal ni sebab adik yana baru je tamat SPM dan sedang melalui fasa memilih tempat untuk sambung pengajian.. As a kakak sulung, yana pun ada memberi pandangan. Hanya pandangan sama ada ikut atau tak terpulang sebab minat, bidang dan perancangan masa depan adalah di tangan sendiri..


Mengimbau ke 9,10 tahun yang lampau.. Yana berada dalam situasi ini. Berbekalkan result SPM yana mendapat dua tawaran sama ada untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma (yana dapat tawaran computer engineering di MMU) atau ke STPM yang sangat dipandang rendah oleh segelintir masyarakat kita..


Agak2 mana menjadi pilihan yana?


Of course la yana pilih untuk ke MMU. Masa tu pula salah seorang saudara yana dapat ke sana juga. Ada geng pula lagi la best kan. Sambung diploma beb, apa kelas STPM (pemikiran masa tu la).. Tapi, mak yana lebih cenderung untuk yana memilih STPM. Mak yana adalah orang yang terlibat dalam dunia akademik, pendapat mak yana STPM adalah lebih baik.. (maaf topik ini bukan nak memperendahkan diploma, matrik, etc). Bagi yana semua ada kelebihan. Cuma ini lebih menceritakan mengenai STPM sbb yana produk STPM. 


Dengan hati yang sayu yana meneruskan pengajian STPM di High School BM, dengan memakai baju sekolah, melihat seorang demi seorang kawan baik keluar dari sekolah melangkah ke U, Politeknik. Lebih menyakitkan hati bila ada saudara yang memperlekeh STPM seolah2 STPM adalah jalan yang gelap. Mengangkat martabat anak masing2 yang sambung diploma.. Malah kawan2 yang keluar dari tingkatan 6 juga memperendahkan kitaorang yang masih mahu meneruskan STPM. 2,3 bulan awal memang yana terpaksa belajar dengan hati yang berat. Sampaikan malas nak ke sekolah..






Tapi lama2, mata yana sendiri dapat melihat kelebihan menjadi pelajar tingkatan 6. Malah yana dah mula rasa restu ibu itu adalah yang terbaik. Apa yang ibu kita pilih untuk kita itulah yang paling baik. STPM memang antara peperiksaan paling susah di Malaysia dan antara ketiga yang paling susah di dunia. Yana lalui dengan pelbagai cabaran sebab yana amik 5 subjek. Yana tambah satu subjek sampaikan kena amik kelas di luar. Masa SPM boleh enjoy2, honeymoon lagi.. Tapi tidak masa STPM. Yana sangat fokus dan serius sebab target nak masuk Universiti, nak buktikan pada semua yang memperlekehkan student form 6 bahawa kami walaupun  masih di sekolah tapi kami juga boleh berjaya. 


Bukan mudah perjalanan menjadi pelajar tingkatan 6. Laluannya sangat keras, sangat susah. Tapi laluan ke universiti sangat mudah. Kalau dah dapat pngk 3 ke atas pilih je nak masuk universiti mana untuk sambung degree. Perjalananya juga singkat hanya 2 tahun dan yang pasti yurannnya jauh lebih murah. 


Tamat STPM dengan pngk 3 ke atas yana dapat tempat untuk sambung degree di USM. Alhamdulillah. Ingat lagi.. arwah abah dan wan yana mengadakan kenduri kesyukuran masa ni. Malah kaki ini melangkah dulu ke universiti untuk sambung ke peringkat ijazah berbanding rakan2 yang telah meninggalkan yana untuk ke U dan poli bagi meneruskan diploma. Ramai rakan2 yana semasa di tingkatan 6 yang berjaya menempatkan diri di universiti. Yana dan beberapa rakan baik dapat ke USM dan ada juga ke UUM dan UM.




Terima kasih mak sebab tunjuk jalan yang baik untuk yana.. Biarla apa orang nak kata, restu mak adalah lebih berharga..


Tiga tahun yana sambung degree di USM, tahun terakhir yana mula berfikir apa aku nak jadi nanti? Harapan arwah abah yang nak tengok anaknya belajar sampai ke peringkat tertinggi, yang nak tengok anaknya jadi pensyarah macam anak2 saudaranya di Pahang. Yana ambil keputusan untuk teruskan pengajian ke peringkat Master. Lepas degree terus sambung. Tapi selingan masa ni yana kawin juga. hehe.. Jodoh yana datang awal.. Terima kasih incik suami yang sentiasa support yana.. Incik suami restu untuk yana belajar setinggi yang yana nak cuma jangan ke oversea sudah.. tak nak berpisah jauh2.. hehe.. BAEKKK..


Pada umur 24 tahun yana dah dapat segulung Ijazah Sarjana juga dari USM.  Rakan2 yang memperlekehkan pelajar STPM masih meneruskan peringkat degree masa ni. Bukan yana nak bangga diri atau nak memandang rendah pada yang lain. Macam yana tegaskan apa saja keputusan di tangan sendiri. Cuma janganlah kita memperendahkan tujuan dan matlamat orang lain. Masing2 ada perancanggannya tersendiri. Tingkatan 6, masih belajar di sekolah dengan uniform sekolah, masih duduk dengan mak ayah.. tak semestinya dia tak boleh berjaya..




Sekarang, yana sedang meneruskan pengajian ke peringkat terakhir untuk mengapai cita2. Pun bukan mudah. Dipenuhi dengan air mata, peluh, tidur yang tak pernah cukup. Tapi inilah pengorbanan. Nak merasai kebahagiaan dan kesenangan perlu lalui pelbagai ranjau dan cabaran. Yana masih peringkat bertatih2 dan masih diperlekeh hanya kerana belum mempunyai pekerjaan tetap. Sekali lagi diulangi. Masing2 mempunyai perancangan masa depan sendiri dan setiap masa depan kita tak sama. Yana mempunyai cita2 sendiri yang mana untuk mendapatkannya yana perlu habiskan Phd. Untuk itu yana terpaksa korbankan macam2 untuk mendapatkannya. InsyaAllah target biarlah dapat tamatkan sebelum usia 30 tahun. Lepas tu insyaAllah dapat kerja tetap yang terbaik. Pensyarah yana pernah bagitau, tak ada lagi lulusan PhD yang menganggur di dunia ni. Dapat tunaikan harapan arwah abah.. Hati puas, mak yana bangga, incik suami tersenyum sudah cukup pada yana. 




Ini jalan cerita yana yang bermula sebagai pelajar tingkatan 6 dan yana sangat bangga menjadi pelajar tingkatan 6. Apa saja pilihan kita semuanya bagus asalkan kita berusaha bersungguh2. Suami yana produk matrikulasi. Tamat matrik terus ke UKM sambung degree bidang electrical engineering dan sekarang dah bergelar engineer kanan di TNB. Dalam usia 30 tahun suami yana dah dapat tittle Ir. Im proud of u syg. Apa saja pilihan kita, berusaha dan pasti kita akan berjaya.. Yang penting apa saja pilihan orang lain jangan lah diperlekehkan. Sebab kita tak tahu rezeki masing2, mungkin dia akan lebih berjaya dari kita.


Pada adik2 yana, pertama sekali apa sahaja pilihan biarlah mendapat restu dari mak dan abah, kedua pilih apa yang kita minat bukan apa yang kawan amik, tiga setiap pilihan disulami dengan matlmat untuk masa depan dan terakhir apa saja pilihan belajar betul2 supaya dapat memberi manfaat pada kita kelak.. Pedulikan kata2 orang yang boleh melemahkan semangat..






 PS: panjangnye penulisan hari ni.. dah macam karangan pula.. hehe

3 comments:

Mrs Lurve said...

seriously, I'm speechless reading this! moga berjaya dlm phd nti

fatimah said...

alhamdulillah...d0a la m0ga sy dapat jadi macam kak jugak nanti..ameen..0n da best..
(stpm 2012)

NadiaKamaruddin said...

Alhamdulillah. Akak bagi saya inspirasi dalam memilih apa yang saya patut buat lepas SPM tahun hadapan