Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, August 20, 2013

Aidilfitri 2013..


Assalamualaikum..

Dah 2 minggu yana tak melawat langsung blog ni. Semuanya sebab malassss.. Sibuk dengan rayaaaa, urus keluarga, proposal dan macam2.


Semua orang masih demam raya ke? Yana dah pun balik ke rumah selepas hampir 2 minggu berhari raya. Sekarang hanya hadiri jemputan open house di sekitar KL ni je.. Tahun ni turn raya ke kampung yana di Penang nun.. Yana dan suami masing2 dari utara-pantai timur. Jodoh orang jauh.. Bila raya kena ikut giliran la..huhu.. Next year turn raya di Terengganu pula..


Tiga hari sebelum Syawal yana sekeluarga dah pulang ke Kedah. Memang bestla balik kampung awal2 ni. Boleh berbuka puasa dan berterawikh dengan mak dan adik2. Boleh pegi bazar ramadhan di kampung yang memang sejak kecik lagi asyik pegi situ..


Malam raya pula, makcik yana buat bakar2 satay di rumah nenek kitaorang. Meriah sangatla jadinya..













Pagi 1 Syawal selepas mandi sunat Aidilfitri, pakailah baju raya.. Malamnya dah siapkan iron baju melayu papa, rayyan dan baju yana..


Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:


"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri."
[H.R Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.]


Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.
[Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.]


Kitaorang sedondon color kuning tahun ni.. Tahun lepas caca merba sebab baru habis pantang.. Hihi..






Lepas dah bersiap2, makan pula sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri..






Menu untuk tahun ni adalah ketupat dan rendang daging serta kuzi ayam yang disediakan oleh mak. Memang sedap sangatttt especially kuzi ayam tu. Resepi keluarga abah yana turun temurun tu. Yana pula sediakan laksa johor tahun ni..


Kitaorang makan2 dulu sebelum pergi sembahyang raya,

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya,


“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
[H.R al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953]


Lepas solat sunat Aidilfitri, kami ziarah pusara abah dan bersihkan pusaranya.. Abah dah kembali ke rahmatullah 4 tahun yang lalu. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Kami rindu abah ;(


AL-FATIHAH untuk Allahyarham Taha Hsni Hj.Zaini..






Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri.. Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:


"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."
[Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.]






















Selamat Hari Raya Aidilfitri dari yana sekeluarga dan maaf zahir batin.. Sedih bila Ramadhan dah berlalu. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang, ameen..



- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: