Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, September 4, 2013

Alhamdulillah...


Assalamualaikum..


Macam2 perkara yang dah terjadi minggu lepas.. Incik suami hantar yana dan rayyan balik ke kampung yana seminggu awal sebab adik yana nak tawen..


Dipendekan cerita, 3 hari sebelum kenduri yana admit hospital. Malam sebelum admit tu tiba2 je yana sakit perut yang amat sangatttt. Boleh kata level lagi dasyat dari nak bersalin kot. Memang sakit sangat sampai ketar2 tangan kaki, malah bibir pun jadi pucat. Jadi dalam 2am pula tu..


Masa tu suami yana dah on the way dari KL ke kampung yana untuk kenduri weekend tu. Yana terpaksa kejutkan mak yana di pagi hari untuk ajak ke hospital sebab tak tahan sangat sangat sangat dah.. Destinasi yang dituju adalah KPJ Perda.. Suami yana tunggu kat sana je untuk jimatkan masa.. Terus yana masuk ER, medical officer tu check katanya kena urin infection.. Haihhh tak habis2 lagi ke dengan UTI ni?? Dia bagi injection pain killer, yana masih sakit sampai berguling2 atas katil tu. SubahanAllah sakitnya, hanya Allah je yang tahu. Mak yana dengan suami tak stop2 gosok dekat pinggang kiri yana tu. Sampai terpaksa amik 3 dos pain killer baru lega sikit.. Terus kena admit untuk pemeriksaan lebih detail..


Kesian rayyan kena tinggal di umah mak yana tanpa mamanya ni.. Dah tu yana tak boleh breastfeed rayyan sebab amik pain killer. Stock EBM pula memang yana bawa balik sikit sangat. Tak sangka nak jadi macam ni.. Pening kepala pikir.. Rayyan pun sehari suntuk asyik meragam je la takde mamanya dan tak boleh bf.. Mak yana dah beli stock susu Lactogen untuk Rayyan tapi yana tak bagi. Yana masih fully bf rayyan tanpa campur apa2 susu tin. Niat memang nak sampai dua tahun. Semoga Allah permudahkan. Alhamdulillah, Allah temukan jalan.. Seorang sahabat baik yana yang lagi berapa bulan je lagi dah nak berjaya misi penyusuan untuk anaknya hingga dua tahun sudi membantu yana dengan menjadi ibu susuan untuk rayyan. Alhamdulillah.. Semoga Allah saja membalas jasanya. Berpuluh stock EBM yang dia beri pada rayyan.. Sedara dah la rayyan dengan anak2nya.. :) Selesai satu masalah..


Esoknya, bila physician datang check yana dia minta yana buat Xray, Ultrasound, Urin & Blood test dan ECG sebab yana ada sejarah berkaitan jantung dulu.. Bila check ultrasound nampak kidney sebelah kiri yana bengkak. Doktor syak batu karang.. Tapi tak nampak batu, so yana kena buat CT Scan pula untuk lebih detail. Yes resultnya yana kena batu karang sebesar 8mm yang dah masuk ke salur kencing. Sebab tu la yana sakit sangat sangat.. Esoknya terus yana kena refer pada Urologist di KPJ tersebut.


Urologist tu pun terkejut sebab yana ada bagitau beliau, yana dah 6 bulan buat pemeriksaan di satu hospital swasta di KL (tak payah mention la) tapi diaorang tak dapat detect masalah akibat batu karang. Diaorang hanya kata UTI dan setiap kali follow up asyik kena buat blood & urin test je.. Haihhh.. Duit habis tapi tak tau sakit apa.. Hospital tersebut siap nak buat biopsi untuk kidney yana lagi. Mujurla tak buat lagi.. Rupanya selama ni yana kerap kena UTI dan hematuria tu akibat dari batu karang yang dijangka dah setahun dalam kidney tu.. Fuhhh.. Patutla yana kerap sakit sebelah kiri. Sekarang dah terjawab apa masalah dan puncanya dan Alhamdulillah dah ditemukan dengan kesembuhan.. Petangnya terus Urologist tu buat laser operation pada yana untuk memecahkan dan mengeluarkan batu tersebut.. Laser operation memang tak sakit malah tak ada luka..


Pagi sabtu yana dah boleh discaj dan tengaharinnya terus attend kenduri adik yana.. Sekarang dah pun balik ke KL.. Yana bersyukur sangat yana dah sembuh dan segala yang bermain di fikiran selama ni dah pun terjawab.. Tak payah lagi dah pergi follow up tiap2 bln dan tak perlu lagi kena cucuk amik darah tiap2 bulan.. Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah..


Nasihat yana janganlah suka tahan kencing.. Yana ni sangat memilih toilet. Yana banyak travel tapi yana tak suka masuk tandas awam sebab faham2 ja la kan toilet di Malaysia ni.. Yana sanggup tahan sampai ke destinasi dari masuk toilet yang kotor. Akibat tu la yana kena batu karang. Sakit batu karang ni memang sakitttt sangattttt.. So, jangan tahan2 kalau nak shi shi ye.. Hehe..




Alhamdulillah.. Saya dah sihat :)



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: