Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, January 25, 2014

Pretty Hijabers dah 4 bulan..


Assalamualaikum..

Berbulan dah yana tak menjenguk blog ni. Tak menang tangan dengan macam2 benda. Especially dgn Pretty Hijabers. Alhamdulillah rezeki Allah..


Pada pembaca blog ni (ada ke pembaca? Hihi) jemputla singgah ke online biz yana di Fb Pretty Hijabers.




Bercerita pasal biz ni, dah hampir 4 bulan yana berkecimpung dengan biz online. Alhamdulillah followers dah hampir 2k dalam tempoh tersebut. Yana bermula dengan suka2 je. Tak sangka pula jadi serius. Hehe.


Bermula dengan yana let go tudung2 lycra Ariani yana yg lama2 secara online. Sekarang suka tudung Ariani dari chiffon pula. Hehe. Dari situ la yana belajar biz secara alam maya ni. Best juga rupanya. Hehe.. Dari situ yana buat satu biz plan. Cari produk yg boleh jual. Target pada produk famous yg dah ada nama.


Dengan modal permulaan RM300 je yana start dengan bawal Aidijuma dan shawl2. Alhamdulillah permulaan yg baik walaupun agak struggle. Untuk memperkenalkan nama Pretty Hijabers dan menjual produk, hari2 yana masuk macam2 group untuk promosi. Alhamdulillah sekarang dah ramai regular customer yana.


Langkah demi langkah di atur, yana cuba dengan menjual brooch swarovski pula. Bukan sebarangan brooch ye. Swarovski sangatla elegant. Pada mulanya takut juga. Takut takde yg minat dengan brooch mahal2 ni. Tapi biz kena berani amik risiko. Cuba juga. Alhamdulillah, swarovski brooch la pendapatan utama Pretty Hijabers sekarang. Sangat banyak permintaan sampai tak cukup stock.



















Spe berminat dengan brooch2 ni boleh jenguk Fb PrettyHijabers. Mention nama Mon Blog Belle yana bg less.. Hehe..


Pandora juga ada di Pretty Hijabers. Bukan sebarang Pandora ye. Walaupun hanya inspired tapi sangat berkualiti. Dengan menggunakan sterling silver 925 mmg shining dan tahan karat. Malahan charmnya dari Swarovski. Sangat exclusive. Jom jenguk fb Pretty Hijabers..









InsyaAllah dalam bulan 3, yana akan keluarkan produk custom made sendiri atas nama PrettyHijabers. Doa2 kan semoga semuanya dipermudahkan. Ameen..


Ada juga bunyi2 yg mengatakan takpela tak keje boleh buat biz. Ye, yana memang tak keje lagi. Belajar tak sudah2 kan. Ada Master tapi duduk rumah je. Mungkin biz ni jalan rezeki yang Allah tetapkan untuk yana. Yana bersyukur yana boleh cari duit sendiri sambil kemas rumah, masak untuk anak dan suami, basuh baju, sidai baju, jaga Rayyan sendiri, main dengan Rayyan, ajar Rayyan ABC, alif ba ta, 123. Bekerja sambil jaga family. Yana sendiri tak pernah bercita2 keje macam ni, tapi ini pekerjaan terbaik pada yana. InsyaAllah dah habis belajar dan keje nanti, Pretty Hijabers tetap yana teruskan.



Jemput singgah di Fb PrettyHijabers ye.. TQ :)



- Posted using BlogPress from my iPad




No comments: