Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 12, 2013

Kejadian semalam..


Assalamualaikum..






Kejadian semalam dalam perjalanan pulang yana sekeluarga dari Ipoh ke KL. Pertama kali yana lalui pengalaman macam ni. Hujan lebat menyebabkan jalan raya menjadi licin. Walaupun suami yana drive slow kereta kami terbabas juga.. Hanya Allah yg tahu perasaan masa tu.


Setelah terlanggar satu lopak air, suami yana lost control pada stereng. Kereta menuju ke kanan dan hampir melanggar divider. Untuk mengelak dari melanggar divider, stereng di pusing ke kiri tapi (saat paling menyeramkan) kereta terus masuk ke lorong kiri dalam keadaan mendatar di tengah2 highway dan melanggar divider situ. Allah saja yg tahu perasaan cemas masa tu bila kereta dah masuk lorong yg lain. Alhamdulillah Allah lindung, pada masa tu jalan jadi kosong. Kalau ada kereta yg laju di lorong lain, tak dapat yana bayangkan apa yg akan terjadi.. Setelah suami yana betulkan kedudukan kereta, baru nampak berpusu2 kereta dan lori mula bergerak dgn laju. Allahuakhbar..


Terus yana check rayyan yg yana peluk kuat masa tu. Alhamdulillah rayyan ok. Takde hentakan apa yg berlaku. Alhamdulillah yg dalam perut pun ok. Yana takde sakit dan bleeding. Suami yana juga ok dan terus keluar untuk memeriksa kereta. Semua ok kecuali bumper depan yg jatuh sikit. Terima kasih pada seorang uncle berbangsa India yg sudi nak membantu. Walaupun dia di lorong yg lain, dia tetap keluar dari kereta, berpayung dan tunggu dengan lama untuk melintas highway yg sesak tu untuk membantu kami. TQ so much uncle..


Setelah semuanya ok, dengan slownye suami yana drive juga pulang ke KL. Sangat2 bahaya memandu di musim hujan ni. Please be carefull semua ye..



- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: