Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, November 17, 2011


Assalamualaikum..

Hampir dua minggu tak update blog.. Malas nak mengadap sangat si ipad ni. Sekarang ni tengok benda2 ni lama2 pun dah sakit kepala.. huhu..






Sekarang ni musim kahwin kan.. Ramai kawan2 yana yang hantar jemputan ke kenduri diaorang. Kalau di sebelah utara dan pantai timur, sepuluh jari yana susun mohon maaf tak boleh menghadirkan diri ke majlis korang. Dengan keadaan yana sekarang yang kena bergerak sikit2 je, yana tak boleh nak pegi sebab agak jauh. InsyaAllah bila baby yana dah kuat, yana akan balik Penang dan melawat semua pengantin baru ni sekaligus bagi hadiah kahwin.. hehe..


Yana dah 9 minggu sekarang. Alhamdulillah. Tak sabar tunggu masuk minggu ke 12, boleh balik kampung!!! Sangat rindu family di kampung!! Sangat rindu ejan dan ea!! Tesis pun kena pulun balik nanti setelah lama berehat.. huhu..


Okla, Tahniah dan Selamat Pengantin baru pada cik Nabs dan syeikh, Shuna dan suami, Tikah dan suami.. Semoga rumah tangga kalian bahagia hingga ke pintu syurga.. ameen.. Cepat2 dapat baby ye.. hihi.. Oh ya, family yana pun baru dapat cicit sulung yang pertama. Tahniah abg nini & wiyah. Nanti yana pula bagi kawan dekat baby auni tahun depan ye.. insyaAllah.. :)



1 comment:

Ajija said...

Assalamualaikum,

Emy, Kak Su jemput Emy ke kenduri dia. Niza try hantar message ke nombor Emy tapi tak tau sampai ke tak nak mintak alamat. Kak Su dah balik KL so maybe susah sikit nak hantar kad.

Niza dah bagi alamat Amin kat Kak Su. Emy boleh bincang dengan Amin nanti ya. Niza tak dapat pegi kenduri di KL. Ada hal keluarga.