Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, November 6, 2011

Eid UL Adha Mubarak





Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.. Raya aidiladha tahun ni memang satu pengorbanan untuk yana dan suami. Sebabnya kami beraya berdua je di KL yang sunyi ni.. huhu. Rindu pada mak, mertua, atuk nenek, adik2 di kampung.. Semalam call mak pun dah rasa sebak je. huhu. Tapi demi my little baby ni, yana rela berkorban tak balik beraya. huhu. 


Minggu lepas yana ada bleeding sikit. Paniknya hanya Allah je yang tau. Mula la trauma dulu2 datang balik. Terus encik suami bawa yana ke Hosp Pantai Bangsar, yana masuk ER dan malam tu juga yana dapat injection. Alhamdulillah bleeding takde dah lepas tu. Esoknya, terus bergegas ke klinik Dr.Hamid Arshat dan Alhamdulillah bila dr scan nampak baby baik sangat dalam tu, malahan dah ada heart beat!!! Ya Allah terima kasih Ya Allah. 1st time yana tengok heart beat baby yana.. Sebelum2 ni tak sempat baby ada heart beat dia dah pegi.. Semoga semuanya selamat kali ni. Tapi dr pesan ancaman tu tetap ada, jadi yana kena extra care selama 3 bulan. Tak boleh travel jauh2, tak boleh naik flight, tak boleh jalan2 shopping (yg ni paling payah nak buat..huhu), tak boleh balik raya sbb kampung kitaorang jauh... huhuhu.. Takpela, pengorbanan demi baby.. Doakan yana ye.. 


Ok, Salam Aidiladha dari yana dan suami.


“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”   [H.R At-Tirmizi]


No comments: