Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, August 24, 2011

Dari sudut hati...


Salam Ramadhan..

Kita dah menjengah ke hari-hari terakhir di bulan Ramadhan ini.. Pencarian Lailatul Qadar pun bermula.. Sedar tak sedar berapa hari je lagi syawal akan menjelma.. Yana agak sedih apabila di hujung-hujung Ramadhan ini.. Bila difikirkan, Apakah aku memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaiknya? Apakah aku layak merayakan Aidilfitri? Semoga segala amal ibadat kita di bulan ini akan diterima olehNya dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan seterusnya.. InsyaAllah.


Terus terang dari hati, sejak tahun lepas yana tak happy pun macam orang lain setiap kali tibanya Aidilfitri.. Mungkin kerana arwah abah tidak lagi bersama kami di hari raya. Mungkin juga keadaan yg tak selesa pada yana apabila perlu mendengar pelbagai soalan, pelbagai nasihat (ermm.. barangkali) dari mereka2 yg sangatla mengambil berat.. haihh.. Bunyi yg kedua tu macam ntah pe2 je kan.. Tapi siapa yg duduk di tempat yana taulah macam mana rasa dan keadaannya.. Yana sangat terbuka untuk menjawab pelbagai soalan yg baik2.. Tapi agak terluka bila dengar cemuhan dan soalan yg seolah2 mempersoalkan takdir seseorang.. 






Tapi, yana cuba faham tipikal melayu kita memang macam tu.. Siap sedia je la menahan telinga dan kuatkan hati. Tambahan pula tahun ni ramai saudara yana yg menimang cahaya mata. Yana tumpang gembira bagi mereka. Bertambah ahli keluarga kitaorang. Cumanya, yana perlu bersiap sedia untuk dibanding2kan. Alangkah bagus kalau semua orang sedar bahawa setiap rezeki kita tidak sama. Alangkah bagus kalau mereka ingat kembali apa itu qada dan qadar Allah. Mungkin belum lagi rezeki anak untuk kami. Tapi, rezeki lain Allah hadiahkan dulu.. Alhamdulillah kami sangat2 bersyukur padaNya.


Yana sendiri tak minta untuk berada dalam situasi ini. Tapi, ini takdir untuk yana dan suami. Kami redha, kami bahagia berdua malah kami tak pernah berputus asa. Kami tahu bahawa Allah merancang sesuatu yg lebih baik untuk kami. Bersangka baiklah pada Allah..


Apa yang membahagiakan yana di pagi raya hanyalah adanya suami, mak, mertua dan adik2 yana. Walaupun belum tentu yana layak meraikan Aidilfitri.. Merekalah insan-insan hebat yang sentiasa memahami, menyokong, memberi semangat yang tak pernah putus pada yana. Aidilfitri kali ini adalah yang ketiga yana bersama suami. Yana bersyukur masih terus merasai nikmatnya Ramadhan dan Syawal bersama suami. Yana bersyukur dapat mengucup tangan suami di pagi raya.




Kalaulah diaorang semua tau blog yana dan kenal siapa yana. Yana nak tegaskan disini.. Yana dan suami TAK TAHU dan tak ada jawapan kenapa semua ni berlaku. Apa yg kami fikirkan hanyalah semua ni takdir untuk kami. Mungkin kami masih belum bersedia tanpa kami sedar, mungkin ada yg lebih baik Allah rancangkan untuk kami. Siapa tahu.. Semua ini rahsia Allah dan kami yakin ada hikmah yg menanti. Malah kami sangat bahagia walaupun masih berdua. Suami yana sentiasa pastikan yana gembira. Sentiasa berada di sisi saat yana memerlukan.. Yana bersyukur dikurniakan suami yg sangat baik, memahami dan penyayang. Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini..



Semoga hati ini kuat dan tak pedulikan cakap2 orang yg tak masuk akal. Dari bercakap perkara yg sia2, lebih baik kalian mendoakan yana. Semoga Aidilftri akan datang dapat yana dan suami meraikan bersama permata hati kami. amenn.. Mungkin seorang, mungkin dua.. Ramai juga yg mendoakan yana mendapat twin.. Terima kasih pada mereka.. Semoga doa kalian dimakbulkanNya..


Apa pun, lebih baik fokuskan pada Ramadhan. Aidilfitri bagi yana adalah untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yg berjaya..  Aidilfitri adalah untuk mereka yang mengisi Ramadhan dengan amal ibadat. Aidilfitri wujud untuk mereka yg menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada bulan yg lain.. 

Itulah Aidlifitri.. 


Walaupun pelbagai persoalan bermain difikiran.. Apakah aku telah mengisi Ramadhan ini dengan sebaiknya? Apakah aku telah telah menghidupkan Ramadhan dengan bersungguh2?


Ramadhan masih berbaki, yana rasa masih punya masa untuk kita berusaha memasukkan diri kita di antara mereka yg layak meraikan Aidilfitri.. Renung kembali pada beberapa hari Ramadhan sebelum ini.. Apa yg telah kita manfaatkan.. 

Sama-samalah kita muhasabah diri..




10 Malam terakhir ini, marilah kita sama manfaatkannya
untuk mencari Lailatul Qadar..


 Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. 
[H.R Bukhari dan Muslim]


                    Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai 
syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :


“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail."


6 comments:

eli diyana taha hsni said...

sabaq je la k.long..k.long kena kuat..mulut org kita tk leh tutup..InsyaAlah hanya DIA yg tau apa yg dia beri utk k.long n abg syahir..

SaL_HaSa said...

kak emy,

sgt sedih baca post kak emy arini n sal sgt phm situasi yg kak emy lalui..lps kawen bila tgk kawan2 yg kawen lbh lewat dr sal tp dh ade isi, sal mula terasa..tp bila difikirkan balik..bukan kita yg tentukan semua 2.kita juz boleh brusaha..tp selebihnya Allah yg tntukan. Semoga kak emy terus tabah. jgn putus asa n terus berusaha. Insyallah Allah pasti akan kurniakan cahayamata utk kita. cuma bila n ketikanya shj kita x thu. mana thu lepas ni dpt kembar kn..jgn cedih2 ye kak emy :)

~ L.Y.A.N.A~ said...

sal>>
InsyaAllah akan ada rezeki utk kita nanti.. kak emy percaya Allah sdng merancang sesuatu yg lebih baik utk kita.. kak emy dah xsedih2 tgk anak org.. cuma stress dgn cakap2 org yg seolah2 lupa apa itu qada & qadar..
apa pun kia perlu sntiasa bersyukur dgn rezeki yg Allah dh bg, happy dan bahagia sbb sntiasa di sayangi suami.. hehe..

~ L.Y.A.N.A~ said...

eli>>
insyaAllah.. kak long sntiasa happy dgn adanya mak, abg syahir, mertua dgn hmpa yg sentiasa menyapport.. hehe

eli diyana taha hsni said...

alhamdulillah...baguih2...caiyok2!!!aja fighting!

SaL_HaSa said...

ha mcm 2 la..bahagia kn ade suami yg sayangggggg sgt kt kite...smile always ;D