Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, August 12, 2011

ABAH..

mo
Assalamualaikum..


Semalam 12hb Ogos 2011 genap dua tahun pemergian abah yana ke rahmatullah.. Rasa macam masih baru je abah tinggalkan kami sekeluarga.. Masih jelas terbayang wajah abah di mata ni, masih jelas terdengar suara abah di telinga ni.. Rasa rindu pada abah memang tak tertanggung.. Tapi, yana sekeluarga redha kerana Allah lebih sayangkan abah..


Masih teringat sehari sebelum pemergian abah, bersyukur kerana yana ada di kampung masa tu. Dapat yana berbual-bual dengan abah, masakkan gulai ayam pada abah.. Malam tu yana di dapur masak bersama-sama abah.. Abah memang cekap di dapur. Segala ilmu masakan yang yana tahu hari ni, gurunya adalah abah..


Ingat lagi masa yana berumur 10 tahun, yana dah di ajar untuk siangkan ikan dan ayam.. Yana yang nakal masa tu, memang memberontak tak nak buat kerja dapur.. Tapi, abah sabar dan terus ajar yana sampai la yana boleh memasak.. Macam tu juga dengan belajar bawa kereta, abah juga yang bertungkus lumus ajar yana sampai dah boleh bawa kereta sampai ke KL..

Kalau nak dihitung dan diceritakan jasa ibu dan ayah kita, memang tak terhitung banyaknya. Takde apa dalam dunia ni yang boleh dibandingkan dengan jasa mereka pada kita.. Berbaktilah pada ibu dan ayah selagi mereka ada..


Yana ingat pesan abah sejak dari yana kecik lagi..

"Abah tak minta anak2 abah bagi duit banyak2 pada abah. Abah nak anak2 abah belajar tinggi, dapat ijazah, keje bagus2.. Semua tu bukan untuk abah, tapi untuk kesenangan masa depan hampa juga.."
(hampa adalah bahasa utara, maksudnya kamu)


Masa yana kecik2, abah selalu bawa yana dan adik2 ke USM bila ada majlis konvokesyen.. Abah selalu cakap.. 

"Teringin tak nak pakai jubah tu? Abah nak tengok anak2 abah pakai jubah tu, jalan atas karpet tu.."

 
Masa abah nak menjalani bypass di Adventist Hospital pun abah pesan benda yang sama pada yana dan adik2.. Alhamdulillah, abah sempat tengok yana sarungkan jubah konvo masa grad degree dulu.. Yana ingat lagi, masa kami cuba sarungkan jubah di rumah.. Terpancar rasa puas dan gembira di wajah abah.. Senyuman tak lekang di wajah abah..


Cuma abah tak sempat tengok yana grad untuk Ijazah Sarjana..

Abah.. semangat dan pesan abah lah yang mendorong yana sampai ke peringkat sekarang.. Banyak cabaran yang yana lalui sepanjang masih bergelar pelajar, tapi bila ingat akan pesan abah, yana bangun semula.. Yana janji akan habiskan pengajian hingga akhirnya.. Yana janji akan dapatkan tittle dr untuk abah.. Terima Kasih abah..




Allahyarham Taha Hsni Hj. Zaini
1.1.1954 - 12.8.2009
AL-FATIHAH..


Semoga abah tenang dan aman di sana..
Semoga roh abah bersama orang2 beriman..
Ameen..


2 comments:

eli diyana taha hsni said...

bergenang ayaq mata ;'(-eldiyana

eli diyana taha hsni said...

sampai ke hari ni tiap kali solat kdg2 adik msti menangis sbb terlalu rindu kat abah..;'(...al-fatihah..