Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, May 2, 2013

Healthy Food for My Family..


Assalamualaikum..


Last week yana cuba resepi pasta bolognese versi baby untuk Rayyan. Last week punya baru nak masuk blog ka? Hihi.. Sejak dah introduce Rayyan tomato and beef dan takde apa2 masalah, yana pelbagaikan resepi berasakan tomato termasuklah pasta bolognese nih..


Sebijik2 yana amik resepi dari the most famous author of books on nutrition and cooking for babies iaitu Annabel Karmel.. Yana rujuk blog Dr.Halina juga ada resepi yang sama beliau masak untuk Bella..



Bahan2:

Pasta (yana amik baby macaroni)
Homemade puree tomato
Bawang merah seulas
Bawang putih 3 ulas
Beef
Celery
Baby carrot
Tomato
Italian mixherbs
Unsalted butter






Kaedah:

1. Tumis bawang sampai dalam unsalted butter dan masukkan carrot dan celery
2. Tumis pula daging lembu (lepas basuh yana kisar. Jangan beli daging kisar yang ada di kedai tu sebab bercampur dengan lemak)
3. Masukkan puree tomato dan Italian mixherbs
5. Masak hingga kuah agak pekat dan boleh masukkan pasta tadi..
Siap!!






Untuk papa, yana cuba ajar diri dengan healthy food. Masakkan quinoa dengan salad asparagus + broccoli dan ayam tumis dengan pure olive oil.. Papa kata adoiiilaaa..hehe..


Selingan sikit! sekarang yana cuba untuk amalkan pemakanan yang sihat walaupun kadang2 terbabas juga. Hehe.. Sebabnya? Pengalaman demam sampai sebulan akibat UTI yg lepas betul2 menginsafkan diri..huhu..






Yana demam on off dengan 3 jenis antibiotik dah ambil tapi still macam tu juga. Sampaikan warded dan doctor nak bagi yana antibiotik yang boleh menyebabkan yana tak dapat breastfeed Rayyan dalam tempoh masa yg lama.. Yana tanya doc ada choice lain tak sebab yana masih mahu terus susukan Rayyan.. Doc suggest yana minum pure concentrate cranberry juice. Yana minum dah dua botol dan yana dah tak demam tanpa antibiotik. Bila buat follow up kuman dah takde dan sel darah putih dalam urin pun dah takde. Alhamdulillah..






Akibat UTI yana langsung dah tak sentuh seafood. Fast food lagilaaa.. Walaupun nak sangat KfC yg versi kpop tu..hihi.. Ayam dan daging seminggu sekali je dan banyakkan ikan serta sayur je. Sekarang bila jalan2 di luar mesti sushi menjadi pilihan.









Alhamdulillah yana rasa semakin sihat. Untuk yang pernah kena UTI yang agak teruk boleh amalkan cranberry jus, blueberry, asparagus, broccoli dan pegaga. Boleh juga amalkan minum lemon jus sebab ia membuang material2 yang tak perlu dari badan.






Yana juga ambil probiotik sebagai ganti kepada baketeria baik yang dah banyak mati akibat pengambilan antibiotik.. Yana amik yang ni. Ia juga membantu dalam UTI





Harap bolehlah istiqamah dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan hangat2 tahi ayam je yana oi..


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: