Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, July 9, 2013

Bihun Kung Fu Versi Baby.. (1yr above)


Assalamualaikum..

Lama dah yana tak story cite baby food.. Agak malas dah sekarang nak ambil gambar2 makanan dan becerita.. Huhu.. Tapi semalam terajin sikit sebab first time yana masakkan Rayyan bihun kung fu versi baby.. Amik resepi dari seorang mummy yg serba boleh di ~blog saya hot~..


Asalnya resepi ni untuk intro shellfish kat baby. Udang kan antara yang wajib ada dalam bihun kung fu. Tapi yana tak confident lagi nak intro Rayyan udang. Yana nak hold dulu sampai Rayyan at least setahun setengah.. So, bihun kung fu ni yana gantikan dengan ikan bilis je..





Bihun kung fu versi baby.. Rayyan sukaaa sangat sampai licin mamam.. Bihun kung fu ni banyak sayur. Ikutla sayur pilihan apa yang nak dimasukkan.


Kalau boleh cari sayur2 organik. Yana satu family baru bertukar semua sayur dan buah2 ke yang organik. Sebelum ni sayur organik untuk rayyan je. Kalau di KL ni boleh cari di Jaya Grocer. Yana selalu pergi di Bukit Jelutong. Situ memang lubuk bahan2 organik yang banyak. Yana suka beli barang dapur kat situ. Mcm2 sayur yg susah nak jumpa pun ada kat situ. Ada rak khas untuk sayur organik. Ikan pun sangat fresh dari Kuala Selangor. Ayam pun tanpa antibiotik. Daging pula memang yg high quality dari Queensland. Satu lagi tempat best untuk beli barang dapur organik ni di Urban Fresh.. Ada di Setia City Mall..



Oh ya, bihun kung fu hanya boleh bagi pada baby yang dah lulus dengan telur.. Kalau tak jangan bagi lagi ye..


Bahan2:

Bihun
Telur gred A
Bawang putih seulas
Bawang merah seulas
Carrot
Tomato cherry (rayyan sangat suka cherry tomato dari tomato besar tu sebab cherry tomato rasanya lebih manis)
Bunga kobis (kalau ada broccoli lagi bagus, semalam stock broccoli habis dalam fridge)
Leek
Ikan bilis



Kaedah:

Untuk bihun-




1. Rendam bihun dalam telur yang dah dipukul
2. Masukkan pure olive oil dalam non stick pan dan goreng sampai kekuningan..



Untuk sup-

1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan pure olive oil
2. Masukkan air dan ikan bilis yang dah direndam dan dikisar (yana rendam lama sikit untuk kurangkan rasa masin. Yana masih belum bagi Rayyan mamam sebarang gula @ garam. Tunggu 2yr ye sayang)
3. Masukkan sayur2. (ikut step sayur mana dulu. Carrot, bunga kobis, leek cherry tomato)
4. Siap!!


Boleh lah nak suap kat baby sambil mamanya ngap2 juga.. Hihi..


Di kesempatan itu, yana sekeluarga ingin ucapkan Salam Ramadhan untu semua umat Islam. Semoga segala amal ibadah kita pada bulan ini diterimaNya, insyaAllah.. Semoga bulan yang mulia ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Maaf zahir batin juga dari yana sekeluarga andai ada sebarang kekhilafan..





- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: