Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, July 24, 2013

Didik Anak Cintakan Al-Quran..


Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog.. Yana agak busy dan takde mood menulis. Hehe.. Mood menulis ni ada masanya juga.. Bila rajin, ada je idea. Bila malas macam ni la..


Yana cuma nak share satu blog yang yana suka baca iaitu mengenai 2 orang kanak2 Darwish dan Darwisya yang sudah menghafaz Al-Quran sejak umur mereka 3 tahun lagi. MasyaAllah.. Bertuah ibu dan ayahnya..




Boleh ikuti perkembangan dua hafiz hafizah ini di blog yang ditulis oleh ibu mereka sendiri.. Yana sangat kagum dengan usaha ibu mereka untuk melahirkan generasi pencinta Al-Quran..

face="Georgia">http://darwishndarwisya.blogspot.com/


Jom join seminar asas Al-Quran dari bayi kaedah Darwish Darwisya.. 14 Sept di Shah Alam.. Boleh add fb Islamic Parenting Network..




Sekiranya Kita Merujuk Kepada Kejayaan Ilmuan Islam Di Zaman Kegemilangan Islam Dahulu, Majoritinya Adalah Penghafaz Al-Quran. Ini Adalah Bertepatan Dengan Hadis Nabi S.A.W Yang Menggalakkan Agar Kita Mengajar Anak-Anak Membaca Al-Quran.


"Yang Paling Pokok Adalah Menghafal Al Quran,Kerana Ia Adalah Ilmu Terpenting, Bahkan Para Salaf Tidak Mengajarkan Al-Hadis Dan Fikih Kecuali Yang Telah Hafal Al Quran" (Imam Nawawi)


Abu Hurairah R.a. Meriwayatkan Secara Marfu' :

"Siapa Yang Mempelajari Al Quran Ketika Masih Muda, Maka AlQuran Itu Menyatu Dengan Daging Dan Darahnya. Dan Siapa Yang Mempelajarinya Ketika Dewasa, Ilmu Itu Akan Lepas Darinya Dan Tidak Melekat Pada Dirinya, Maka Dia Mendapatkannya Pada Hal Dua Kali". (Diriwayatkan Oleh Baihaqi, Dailam Dan Hakim)



Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, semasa ditemubual satu akhbar tempatan menyatakan
"..jika kanak-kanak telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama."




Adik Muhtadi Ahmad (3 tahun) dari Indonesia juga menghafaz 30 juzuk Al-Quran.. MasyaAllah.. Boleh tengok banyak video beliau di youtube.. Sebak yana masa tengok.. Bertuah ibu dan ayahnya..


Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak2. Semoga Muhammad Rayyan juga dapat menjadi seperti mereka, insyaAllah.


Yana pernah ziarah salah sebuah sekolah agama di Terengganu yang telah melahirkan ramai tahfiz iaitu Imtiaz. Masa mula2 sampai yana dah kagum melihat kanak2 kecik2 lagi tapi dah ditanam dengan rasa cinta pada Al-Quran malahan kebanyakannya sudah menghafaz Al-Quran.. Niat dihati juga nak lihat anak2 sendiri di sekolah tu, insyaAllah..





Usaha yana sekarang adalah dengan mula mengajar Rayyan mengenal huruf hijaiyah dengan mengunakan flash card. Yana download je dari apps ipad ni. Boleh tengok di apps Oh My Arabic. Cuma $2.99 je.. Memang agak susah tambahan pula anak lelaki yang tak nak duduk diam. Perlukan kesabaran yang tinggi. InsyaAllah cuba dan cuba lagi.. Ajarkan anak pada setiap pagi sebab lebih mudah difahami. Darwish mengenali semua huruf hijaiyah seawal umur setahun. MasyaAllah. Tidak ada yang mustahil jika kita terus berusaha.





Dulu yana ajar Rayyan mengenal bentuk melalui mainan. Memang susah. Mula2 rayyan lempar2 je mainan tu. Lepas tu dia boring tak nak main dah. Yana cuba dan cuba lagi. Berbulan juga, sekarang Rayyan dah boleh masukkan bentuk bulat dan square dalam lubang2 bentuk yang betul. Rayyan kenal 2 bentuk tu dah. Cumanya bentuk susah2 seperti star masih belum cekap lagi..


Yana juga belikan Rayyan Apple Learning Holy Quran Machine ni dari Littleaulad Baby Shop untuk Rayyan dengar setiap hari. Dalamnya terdapat bacaan surah2 Al-Quran, nasyid, laungan azan dan juga lagu2 ABC..




"Ya Allah, permudahkanlah usahaku untuk mendidik anakku menjadi pencinta Al-Quran"






Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda,


“Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri" (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud.)


Semoga anak2 kita sama2 berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah.. Ameen..


>- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: