Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, July 6, 2013

Jom Amal Makanan Sunnah..


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya yana mencari pelbagai makanan sunnah. Tapi kebanyakan yang jual adalah secara online. Tapi, ada seorang hamba Allah di fb (maaf yana tak ingat namanya) bagitau yana ada kilang yang menjual segala macam makanan sunnah di Shah Alam ni. Terima kasih sangat2 sbb bagitau yana.


Dan petang tadi lepas kitaorang lunch, yana ajak papa ke Mahnaz Food di Shah Alam ni.. Mahnaz Food ni adaalah syurga makanan dari Timur Tengah. Big bos nye pun rasanya orang Arab. Cashier dan pekerjanya pun kebanyakan orang Arab.


Gambar banyak yana amik dari mr.google je sebab masa yana sampai masyaAllah punya ramai orang. Ramai yang membeli kurma untuk Ramadhan ni. Memandangkan di situ juga boleh membeli secara borong ramai jugala peniaga yang datang memborong. So, tak berpeluang untuk yana amik gambar sangat dengan keadaan yang bersesak tu..


Masa membeli tu pun yana terperasan Erra Fazira di Mahnaz Food. Walaupun Erra memakai mask yana tetap kenal. Hehe.. Banyak Erra borong kurma. Tak berkesempatan nak amik gambar sebab orang ramai sangat.










Masa mula2 yana masuk, yana dah sangat teruja sebab banyak benda yang yana carik ada di sini. Sampaikan papa kata bling2 dah mata mama. Hehehe.. Yana mencari cuka kurma, habbatus sauda, saffron, buah tin dan mestilah kurma. Semua dapat dengan harga yang sangattttt murah.


Ni je gambar yang yana sempat amik.. Rak bahagian cuka / khal.. Ada cuka delima, cuka kurma, cuka anggur dan cuka apple.. Yana memang pengamal apple cider vinegar. Yana amik seminggu 2 kali setiap pagi. Dah habis pun sebotol. Ni nak tukar pada cuka kurma pula.. Kalau nak tau khasiatnya silalah google sebab tak tertulis banyaknya.. Oh ya, untuk nursing mom sila amik cuka yang dah di- pasteurized ye..


Bersabda Rasulullah S.A.W.,

" Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.”
(Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)











Murah kan? Rm12 je.. Di sini harga dari kilang memang murah ya amattt.. Dah jumpa kat luar harganya berganda..


Ni bahagian teh2 Arab..






Daun teh dari Arab pun ada..





Olive oil..





Kacang Pistachio.. Dulu masa pregnant rajin yana makan kacang nih sebab mak bawa balik banyak dari Mekah. Orang kita panggil kacang cerdik. Ibu2 mengandung amalkan makan kacang ni bagus untuk perkembangan otak bayi..






Ni pula biji aprikot yang dikatakan sebagai penawar kanser..





Jeruk buah zaitun.. Pun yana pernah makan masa mak beli dulu. Masam tapi sedap makan dengan nasik. Hehe..





Coklat Arab..





Rempah2 nak buat masakan Arab macam beriyani pun ada. Siap dengan berasnya lagi..






Dan inilah hasil pembelian kitaorang.. Kurma, Cuka kurma, Habbatus sauda, Minyak habbatus sauda, Saffron dan Buah tin..






Antara hadis berkaitan makanan sunnah di atas adalah seperti berikut. Khasiatnya sila google ye..


Cuka kurma
Kurma





Hadis2 berkaitan kurma,

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”


Daripada Abu Musa r.a. katanya:
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”


Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”



Habbatus sauda
Minyak habbatus sauda





Hadis berkaitan Habbatus sauda,

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)



Saffron




Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381 Saiyidina Ali (k.w) menyatakan yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."



Buah tin




Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda,

"Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti)



Di Mahnaz Food harganya memang sangat murah.. Semua senarai di atas tak sampai rm50 pun..





Ni alamat Mahnaz Food:

No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400,
Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik
Shah Alam, Batu Tiga, Sec 16)



Jom amalkan makanan sunnah..





- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Nurul said...

Terima kasih atas perkongsian..sy pun mmg dah lama mencari tempat nk dapatkan makanan sunnah pd harga murah n yg penting sekali, under one roof...terima kasih..Jazakallah...