Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 12, 2012

Jumpa Sudah Confinement Lady..


Assalamualaikum..


Alhamdulillah akhirnya yana dah dapat confinement lady (CL) yang akan menjaga yana dan little baby sepanjang tempoh berpantang nanti. Berbulan jugala mencarinya di area kampung yana nun. Memandangkan mak yana dan mertua sama2 berkerja, yana kenala cari pembantu semasa berpantang. Bersalin anak sulung banyak benda lagi yang tak tau. Mandikan baby pun tak reti, apatah lagi masak makanan dalam pantang.. hehehe..



Balik kampung baru2 ni yana jumpa dengan confinement lady tu. Kawan ofis mak yana yang cadangkan memandangkan akak tu pernah menjaga anaknya dulu selepas bersalin dan servis yang diberitahu sangat bagus. 


Bila dah jumpa, berbincang tentang pakej2 yang ditawarkan yana sangat berpuas hati. Sebab sebelum ni dah survey servis jagaan pantang di KL, tapi yana macam nak pengsan bila tengok pakej2 yang ditawarkan. Ye la KL kannnnn.. huhuhu


Ni antara pakej yang ditawarkan oleh CL yana tu:



PAKEJ A




PAKEJ B




PAKEJ C


Yana akan ambil pakej B memandangkan di hujung2 pantang nanti mak yana dan mertua akan cuti untuk menjaga cucu sulung.. TQ mak & ma.. Incik suami pula akan jaga awal2 pantang tu. Tapi still kena ada CL sebab kitaorang sama2 tak pandai lagi nak urus baby. hehehe.. Bolehla belajar masa ni kan..


Oh ya, yana tak masukkan contact number CL ni lagi sebab yana tak merasai servisnya lagi. Nanti dah lepas pantang, kalau bagus bolehlah yana kenalkan CL ni kalau ada yang perlukan servisnya di area utara..


Dalam setiap pakej ni, CL ni juga ada sediakan servis untuk mandi wap dan mandi daun selain lulur, bertangkas, urut dan lain2 lagi yang wajib buat masa berpantang lah.. Bertungku pun satu badan CL ni akan tungkukan.. Itu yang yana excited sangat. hehehe.. Tapi, nanti lepas pantang yana buat review ye.. 

Doakan yana selamat bersalin Jun nanti.. Takutttttt..

2 comments:

nurin said...

salam yana.... boleh sharekan no contact confinement lady ni?
nurin akan bersalin bulan 12 ni dan mungkin akan berpantang sendiri ... so ingat2 nak amik confinement lady gaks laa... tqtq..... btw...

~ L.Y.A.N.A~ said...

salam nurin..

sory for late reply.. CL ni area utara je. ni no. nye: 0134639849 (bidan suri)