Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, April 16, 2012

Rabbit......................


Assalamualaikum..

Cite ni dah lama baru nak tulis.. Susah betul nak buat keputusan yang satu ni. Dalam sebulan tu punyala yana berfikir. Incik suami selalu tanya, "cmne syg, dah buat keputusan ke?" hehe.. Suspen je bunyik.. Setelah bertahun, akhirnya rabbit2 telah kami let go.. :(


Sebenarnya, sejak yana pregnant 7 bulan yana dah tak larat sangat nak urus rabbit2 kesayangan yana yang dah masuk 6 ekor tu. Kebanyakannya suami yana yang uruskan. Tapi kesian juga dengan incik suami.. keje ofis saja dah bertimbun, pegi site je kadang sampai ke malam, nak jaga mak buyung ni lagi.. hehe. Atas sebab itu, walaupun sedih kena jugala let go rabbit2 tu..


Yana kalau boleh tak nak jual ke kedai sebab kesian.. Nanti duduk berhimpit2 dengan rabbit lain dalam sangkar yang kecik. Kalau boleh tak nak juga pisahkan si ibu tu dengan anak2nya. Haihh... Pening pikir nak let go ke mana..


Akhirnya, yana contact tunang cousin yana yang duduk di Perak nun. Dulu dah pernah let go sekor rabbit kat dia. Minta tolong dia carikan sape2 yang nak rabbit ni di kampungnya. Yana nak let go free je sekali dengan cage. 


Dan jumpa juga dengan family ni yang berminat dengan rabbit2 yana. Tu pun yana tapis dulu.. Ok ke tak diaorg ni.. Penyayang ke tak dengan haiwan. Cerewet kan walau dah nak bagi kat orang. hahaha... Ye la, kalau boleh tak nak la nanti diaorg teraniaya kalau bagi dekat orang yang salah.. Ye la tu kann... hehe. 


Anyway, TQ sooo much farid & atin tolong carikan :) Haaa.. diaorg ni bulan 8 ni dah nak kawin. Masa pegi hantar rabbit, mak ayah farid siap belanja yana dan incik suami makan lagi (diaorang ada buka gerai makan). Family yang sangat baik dan peramah. Farid pun walau tak masuk family kitaorg lagi tapi sgt baik & tak sombong. You are so lucky atin.. :) ~ Tukar topik pula yana ni.. hehe. 


Tapi bila balik dari sana, nak banjir juga la keta.. hehe.. Sedihhhh let go rabbit.. Jenuh incik suami memujuk. huhu..


Ni gambar rabbit2 yana sehari sebelum di let go kan.. :(




Husband & wife.. Miko & Kiki.. 
Miko ni yana bela dari baby lagi.. :(





Diaorg sgt suka bila lepas main2.. 
Lompat tak hingat2.. 






Ni la anak2 si kiki tu yang dah umur 2 bulan..
Pandai incik suami menguruskan diaorg sampai dah besar.. 
Comel kan.. Rindu la pula :(






Ni la hasil baka spesis teddy bear + NZ white..



Tapi.....





Si Kiko ni yana & incik suami terus membelanya
sebab jenis warna macam ni susah nak dapat +
dia je yang sangat friendly + beli dia dulu paling mahal..
So, tak boleh let go.. hehe..
Sekor ni bolehla mengubati rindu kat rabbit lain..



Ok, la sedih pula tgk gambar diaorg lama2.. 


No comments: