Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, September 12, 2012

Ceritera Penjagaan Rambut..


Assalamualaikum..


1st time guna BlogPress from iPad.. tak pandai lagi.. Posting pun dah kelam kabut jadinye. Huhu.. Hari ni nak cite pasal rambut boleh?


Yana ni bukanlah seorang yg sangat menjaga rambut. Tambahan pula yana bertudung, jadinye penjagaan rambut ni so so je la.. Cukup sekadar syampu 2,3 kali seminggu.. Conditioner pun kadang2 je pakai.. Nak buat treatment bagai di salon.. Haihhh takdenye la.. Huhu.. Gunting rambut pun kadang sendiri buat atau incik suami buatkan.. Gunting2 biasa je takde fesyen2 bagai..


So far, rambut yana takde major problem.. Cumanya masa sambung Master dulu, dah mula ada masalah keguguran rambut.. Banyak pikir kot.. Hihi.. Itupun rawat pakai syampu anti fall la apa la.. Bila yana lepas pantang.. Oh no no.. Problem rambut agak teruk.. Sebabnya sepanjang pantang yana tak dibenarkan basuh rambut selama 44 hari, rambut sentiasa diikat ketat sampai cekang muka.. Sebabnya orang tua2 pesan untuk elak kepala masuk angin nanti pening.


Lepas je pantang, ohhhh rambut ku dah berubah jadi macam berus dawai basuh pinggan tu dan masalah kelimumur yang dasyat.. Tak nak la bagi incik suami tengok dan pegang rambut dalam keadaan macam tu.. Isteri kenala berhias untuk suaminye kan.. Yana pun untuk pertama kalinya buat treatment macam2 di salon.. Best juga rasanya bila orang main2 rambut kita ni kan.. (for muslimah, make sure salon tu tertutup dari pandangan mata lelaki bukan muhrim)


Dengan izin incik suami, yana pun buat treatment untuk kulit kepala yang dah gatal sangat ni dan rebonding sebab rambut dah teruk macam berus dawai.. 3 jam jugala proses ni semua.. Dah seminggu lepas proses ni semua, yana sangat puas hati sebab rambut dah jadi selembut sutera. Cewahh.. Hihi.. Yang paling penting dah takde gatal2 akibat kelimumur.. Takde rasa malu dan bersalah lagi bila incik suami membelai rambut.. Hihi..




Ini antara produk rambut yang yana guna hasil dari nasihat oleh pakar rambut di salon tu. Memang sangat puas hati dengan hasilnya..

Untuk syampu, yana guna TRESemme Deep Cleansing (RM19.90).. Memang best syampu ni.. Bau pun wangi je. Untuk conditioner yana guna C'LINE from Japan (RM39.90).. Pakaikan seminit di kepala dan bilas.. Conditioner untuk rambut je ye, jangan sapu di kulit kepala.. Mask rambut dari Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen (RM12.90).. Rambut pun kena pakai mask juga sekali sekala.. Bila rambut dah hampir kering, spray kan rambut dengan MSK Delight Repair Hair Serum (RM39..





Kadang2, yana pakai L'OREAL ELSEVE anti frizz serum (RM31) .. Best sangat serum ni sebab dapat menyelesaikan masalah rambut yang kering.. Bila rajin sikit yana pakai Sunsilk Damaged Hair Reconstruction untuk membaik pulih rambut rosak..





Ellips Hair Vitamin paling best.. Lepas ni nak beli yang botol besar pula.. Yana amik shiny black.. Memang best.. Wangi je san rambut jadi hitam berkilat.. Sekotak ni RM9.90 je..


Selepas seminggu, memang rambut jadi lembut.. Takde dah keras dan kasar.. Guna jari pun boleh.. Hihi.. Takde dah tersangkut jari di tengah2 rambut.. Yang paling selesa kulit kepala dah tak gatal. Yang paling best bila suami suka sebab apa yang yana buat untuk tatapan incik suami juga.. Hihi..



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: