Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, September 26, 2012

Jagaan Semasa Pantang

Assalamualaikum..


Korang yang dah lepas pantang bpe ye berat badan sekarang? Risau betul yana bab gemuk lepas bersalin ni..huhu.. Yana ni dahla lepas kawin mendadak naiknye (hati senang kot :p).. Masa zaman form 6 berat yana sekitar 47-50kg sahaja. Masuk universiti ohoooii naik juga sampai ke 60kg. Semuanya angkara suka keluar supper dan boleh makan macam2. Sekitar USM tu banyak kedai makan sedap2 lorr dan Penang tahula kan heaven untuk makan2 ni...


Lepas kahwin, dua tahun berdua kitaorang keje jalan2 sambil makan2.. Apa lagi berat mencecah ke 69kg sebelum pregnant kan Rayyan.. Incik suami yang memang genetik kurus pun naik 5kg di perut..hihi.. Bila pregnant doktor kata berat badan boleh naik ke 12kg.. Woooo risaunye masa tu. Tapi alhamdulillah sepanjang pregnant walaupun macam2 nak makan tapi berat yana naik sikit je. Masa 9 bulan berat dah ke 76kg. Walaupun naik sikit, tapi sedia ada dah memang berat so angka 76 tu agak mengerunkan juga.. hukhuk..


Masa dalam pantang memang yana pantang bersungguh2. Sampaikan makan nasi pun tak nak..huhu.. Tapi nenek yana dan bidan yang menjaga yana tu paksa makan juga sebab yana bf kan Rayyan. Susu pula masih sikit masa tu, kalau tak makan nanti takut susu kering terus. Cuma yana makan nasi sikit je itu pun masa lunch sahaja. Malam kadang yana makan nasi sebelum 7pm, kadang makan biskut kering & milo je.. Menu makannye macam ibu2 dalam pantang yang lain tapi setiap kali makan, yana kena tabur lada hitam yang dah dikisar atas nasi, untuk buang angin.. Halia goreng pun kema ratah2 macam tu je untuk buang angin..


Cumanya dugaan dahaga tu yg hazabbb sangat.. Huhu.. Bf ni boleh buat dahaga kan? Tapi sedih air yana di catu.. Setiap 3 jam baru boleh minum segelas air suam.. Itu pun kena minum slow2.. Sebabnya nanti gemuk air & urat kembang, kata bidan dan nenek yana. Bagus juga, itu yang membantu untuk kesihatan diri sendiri juga kan..



Selain tu yana amik jamu dan selalu mengurut, bertanggas dan sauna.. Mengurut memang setiap hari cuma yang soft2 je.. Jangan urut di perut untuk yang czer ye.. Di akhir2 pantang baru urut yang betul untuk orang lepas bersalin satu badan. Pagi2 lagi yana dah di urut, lulur, sauna dan tanggas.. Sauna dengan daun2 kampung yang sesuai untuk ibu lepas bersalin dan serai wangi.. Berpeluh tak hingat2 masa tu. Tapi best, lepas tu badan rasa ringan je.. Bertanggas selepas tu, menggunakan rempah yang dah disediakan bidan yang menjaga yana tu. Lulur juga bidan tu buat sendiri.. Memang dia sental betul2 satu badan. Satu tangan ni je 10 minit kot. Proses ni pun dah membantu memecahkan lemak2 degil..huhu.. Bila malam, yana sapukan satu badan dengan minyak lengkuas yang bidan tu bagi, panasss wooo.. Tak boleh sapu banyak nanti mengelupur.. Badan yana akan sentiasa panas dan berpeluh. Memang tak selesa tapi itulah untuk ibu dalam pantang kan.. Tak kan nak beraicond bagai. Mandi pun kena air suam je.


Cumanya yana tak buat untuk bertungku dan berbarut sebab yana czer. So, untuk mengempiskan perut dengan lebih efektif adalah selepas 6 bulan. Sekarang yana dah pun lepas 100 hari pantang, sepanjang ni yana just sapukan kapur sireh + limau nipis kat perut. Hasilnya, lepas 44 hari pantang.. Dari 76kg, berat yana turun ke 63kg. Penurunan yang agak banyak bagi yana, tapi selagi dalam lingkungan 60-an masih beratt bagi yana.. Hukhuk.. Sekarang yana dalam usaha untuk menurunkan berat badan ke 53kg. Lagi 10kg.. Chaiyok2!!


Apa yang yana buat sekarang.. Nasi makan sehari sekali je masa lunch. Tak boleh skip nasi sebab yana bf. Malamnya yana makan bihun sup or oat je. Hari2 yana makan limau sunquick, potong lemak tau buah tu. Dalam pantang dulu buah ni je la yang yana pulun sangat..hihi.. Makanan sejuk, berangin elakkan (walaupun baru2 ni rasa sesudu bubur nangka sebab teringin tgk incik suami makan).. Alhamdulillah takde apa2 jadi. Dan yang paling penting teruskan bf secara konsisten. Sedia maklum bf sangat2 membantu untuk kurus dan mempercepatkan pengecutan rahim.. Ohh.. Yana juga still minum air kunyit asam sampai sekarang. Air kunyit sangat bagus untuk pelancaran darah dan memecahkan lemak. Orang Indonesia memang selalu amal jamu kunyit asam ni.. Kat kedai jamu ada jual, tapi better buat sendiri.. Bukan susah pun.. Caranya, sagatkan kunyit hidup, blendkan, rebus, campurkan dengan air asam jawa dan gula merah.. Tapis, dan minum panas2.





Yana juga baru nak cuba Nona Roguy untuk proses maintanence selepas pantang.. Baru je order Phyto Cleanse, Akar Herbanika dan Phytox. Ohh ya.. NR boleh diambil oleh ibu2 yg bf.. Ermm..tengoklah apa hasilnya nanti.. Chaiyok2!!






Ohh.. Kalau sape2 area utara yang nak khidmat confinement lady ni boleh pm yana ye.. Perkhidmatan yang diberi adalah menjaga ibu dan baby, masak untuk ibu dalam pantang, berurut, sauna, lulur, tanggas, tungku (ini pilihan ye), baju baby pun siap di basuh dan dilipat.. Boleh pilih nak dijaga waktu pagi or malam. Yana pilih pagi iaitu dari 9am - 5pm..



-Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

MommyAqil said...

Waah alangkah bestnyaa kalo bidan tu ade kt area KL ni kan...sbb mcm best je bidan Yana ni..sbb dia jaga thorough kan..hurmm BEST!!anyway,tahniah Yana berat dah turun dengan banyaknya...lepas ni bleh turun lagi tuk dapat berat yg ideal kan....

Anonymous said...

Yana blh bg no mak cik tu?no sy 0194344930.sy due 12hb 6 ni.tq