Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, September 28, 2012

Oh My Fareeda..

Assaalamualaikum..


Semua orang mesti kenal tudung Fareeda kan? Dah lama yana nak try tudung ni, tapi sedih sebab design tudung ni semua singkat2.. Tak sanggup nak pakai yang singkat2 + incik suami pun tak izinkan.. Tapi last raya, bila Fareeda dah keluarkan V-shape yang labuh.. Wahh..teruja sangat nak try masa raya nanti.. Tapi takde rezeki sebab cepat sungguh out of stock.. Masa tu pun hanya di butik Bangi je yang jual. Pernah la weekend yana pegi dengan tujuan nak beli sofiya V-shape, masa tu promosi RM100 je. Tapi punyalah panjang orang beratur.. Ermm.. Padamkan sajala hasrat itu.. So, raya berariani lagi la..





Inilah sofiya V-shape idaman kalbu.. Punyalah laku sampai sekali beli limit 2 helai je seorang.. Itu pun cepat habis.. Takde jodoh yana dengan tudung ni..


Tapi, baru2 ni Fareeda dah keluarkan V-shape terbaru bercorak batik.. Sangat gojes!! Kebetulan balik dari Johor lalu di Bangi, ajak incik suami singgah di Fareeda.. Orang pun tak ramai.. Masuk2 je kedai dah terpandang V-shape batik dalam pelbagai pilihan colour.. Terusla try dan beli satu.. Takde promosi lagi, so pejam mata je la beli sehelai pun..huhu..





Yg bawah tu la Fareeda V-shape bercorak batik.. Satu corak hanya pada satu tudung.. Cantekkkk!!!





Yang model ni pakai saiz M, yana amik saiz L memang labuh. Cepat grab sebelum habis. Hanya di butik Bangi je sekarang ni..





Yana suka yang warna pink lembut tu.. Tapi masa pegi tadi dah takde colour tu..











Ok, biru ni yang yana beli.. Boleh pakai raya haji nanti.. Akhirnya dapat juga.. Hihi.. Ok, puasa sebulan dari beli tudung.. Hukhuk..



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: