Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, September 25, 2012

Kejayaan Pertama Rayyan ;)


Assalamualaikum..

Hari ni BlogPress buat perangai..grrrrrr.. Okla, weekend baru2 ni yana dan incik suami dan si tecik Rayyan ke Gambang atas urusan family + ziarah cousin yana yang study di UMP sana nun.. Pegi Jumaat, Sabtu dah balik ke KL. Ahad boleh la relax2 sikit.. Tapi, kitaorang keluar kejap ke Sunway Pyramid nak beli baju budak tecik comel ni..hehe..


Sekarang Rayyan dah 5.37kg.. Banyak baju dah ketat.. Baju newborn semua tak muat dah (baju newborn yana beli sikit je).. Sekarang pakai yang 3-6 month. Tapi rezeki Rayyan murah sangat, banyak dapat hadiah baju dari kawan2 mama papa.. malah dari kawan maktok dan tok ki juga.. So, mama papa topup sikit2 je la..hehe..






Ni je antara yang yana belikan.. Baru nak try bagi Rayyan pakai kemeja, jeans dan kasut..
Nanti mama papa beli lagi ye.. Oh ya, yana suka shopping baju di cotton on baby.. 
Bajunya semua cantik2 dan sangat selesa.. Nama pun cotton kan.. Kalau di Penang, 
butiknya ada di QB.. Yang kimono pyjamas tu sehelai RM55, tapi less jadi RM10 je..
Sangat murah hokay!! Rayyan ada 4 helai kimono pyjamas tu.. Dua yang pendek,
dua lagi yang panjang ni la.. Baju ni semua button je.. senang nak tukar pampers
dan senang untuk bawa pegi check doctor.. Masa beli yang pendek takde less lagi..
 Untuk gigirl lagi comeyyy cepat pegi beli sementara less.. hehe



Okla, baru2 ni pun Rayyan asyik nak alih badan untuk meniarap tapi tak berjaya.. Selalu sangkut tangan tak lepas.. hehe.. Semalam Rayyan dah berjaya meniarap tanpa bantuan sesiapa untuk pertama kali!! 




Mula2, pusingkan badan secara perlahan2.. hehe





Teruskan berpusing...






Rayyan sedang berusaha sambil mamanye jadi pom2 girl..hehe
Masa ni siap jerit2 lagi dia.. Bila tak lepas tu macam nak nangis je..hehe





YEAYY!! Akhirnya berjaya Rayyan meniarap untuk pertama
kali tanpa bantuan sesiapa.. Usaha tangga kejayaan cyg..





Tak sampai seminit, Rayyan terbalik ke belakang balik.. huhu
Nak nangsi dah dia masa ni.. Takpe cyg, nanti kita try lagi ye..




No comments: