Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, September 14, 2012

Rayyan & Susu Ibu..


Assalamualaikum..






Hari ni 14hb Sept 2012, my hero Muhammad Rayyan genap 3 bulan.. Alhamdulillah, Rayyan membesar dengan sihat dan cergas.. Baru2 ni timbang Rayyan dah 5.37kg dan dah 57cm.. Doa mama Rayyan terus membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh dan cerdik.. Ameen..

Apa yang Rayyan dah pandai ye..

* Rayyan dah pandai nak senyum, gelak2 bila orang main2 dgn dia..
* Rayyan dah pandai nak ajak sembang.. Bila kita cakap2 dgn dia kadang tu berjela2 dia cakap dlm bahasa dia la.. Itu pun kalau mood baik la..hihi
* Rayyan paling suka mandi.. Bila buka baju tu dah senyum2 tau nak bagi dia mandi.. Dah masuk bath tub melonjak je kejenya..
* Rayyan dah mula sikit2 nak memusing badan.. Permulaan untuk meniarap la tu.. Papa rajin ajar Rayyan tips2 nak meniarap.. Hihihi
* Rayyan dah pandai tengok tv.. Sebab tu mama langgan BabyTv untuk Rayyan.. Tapi kejap je dia diam tengok tv. Lepas dah boring habisla..hihi
* Rayyan suka sangat bila angkat bagi berdiri.. Mula la senyum sampai ke telinga.. Lepas tu kalau nak letak balik habisla dia buka volume..hihi..
* Rayyan tidur dengan sangat lena bila malam.. Bangun kejap2 je untuk minum susu & tukar pampers. Lepas tu senang je tidur balik.. Mama papa lena je tidur setiap malam. Alhamdulillah, Rayyan anak yang baik.. Tak banyak meragam..


Alhamdulillah juga selama 3 bulan ni yana still fully breastfeed Rayyan.. Niat nak menyusukan Rayyan hingga umurnya 2 tahun.. Semoga dipermudahkan segalanya..




Cerita pasal breastfeed ni banyak betul cabarannya.. Hampir juga yana berputus asa.. Masa Rayyan lahir, susu yana masih sikit + tak pandai lagi nak menyusu.. Yana bersalin di Pantai MC KL, hospital tu memang support Bf.. Tak boleh langsung bagi susu formula. So, dari situla pertama kali yana belajar bf baby.. Sangat susah masa pertama kali percubaan. Rayyan pula asyik nangis je sebab tak dapat susu. Setiap kali yana nak bf, yana kena panggil nurse untuk tolong ajarkan..


Bila keluar hospital, balik kampung.. Incik suami dan mak pula yang bantu bila yana nak bf Rayyan.. Tapi, yana kena belajar bf juga tanpa bantuan orang pula bila incik suami dan mak mula bekerja.. Kadang tu sampai nangis juga la yana sebab tak pandai bf dan Rayyan pula menangis je bila mamanya ni berusaha untuk bf dengan masa yang agak lama..huhu.. Stress ooo!! Susu pun masih sikit masa tu.. Lepas mengurut, bekalan susu still sikit.. Bila pam tu, nak dapat 2oz pun susah.. Oleh itu, yana kena kerap bf Rayyan sebab Rayyan akan cepat lapar sebab susu sikit. Kesian anak mama.. Yana hampir2 nak bagi Rayyan susu formula sebab dah berputus asa.. Atas nasihat seorang rakan yang berjaya bf anaknya hingga 6 bln secara eksklusif, dan dia masih bf anaknya selepas 6 bulan serta disulami dengan makanan pejal.. Yana cuba bersabar dan terus berusaha sebab yana tahu tiada yang lebih baik untuk anak kita selain susu ibu.. Tq izma for your support.. Semoga dapat contohi semangat izma..





Lepas tu yana memang setkan mind betul2, berdoa semoga susu banyak untuk Rayyan dan banyak makan kucai. Alhamdulillah lepas tu bekalan susu dah mula banyak.. Boleh dapat dalam 4oz sekali pam.. Yana pun dah pandai bf Rayyan masa tu.. Tapi cabaran datang lagi bila doktor suruh yana stopkan bf Rayyan dan ganti dengan susu formula untuk tempoh seminggu sebab kuning Rayyan masih ada masa tu.. Kata doktor, kadang2 susu ibu boleh jadi punca baby masih kuning.. Pelik juga sebab sepanjang pantang tu yana tak sentuh jamu langsung dengan harapan kuning Rayyan cepat hilang. Beratnya hati nak bagi Rayyan susu formula sebab niat yana memang nak fully bf Rayyan secara eksklusif.. Tapi, yana redha dengan harapan kuning Rayyan dah takde.. Rayyan pun memang tak suka sangat susu formula.. Minum sikit je dan susah nak membuang.. Lepas seminggu check, kuning Rayyan memang turun dari 160 ke 110.. Alhamdulillah.. Doktor kata yana boleh bf Rayyan semula..





Dan sejak hari itu hinggalah ke hari ini, yana still fully breastfeed Rayyan dan stock susu sangat banyak. Alhamdulillah.. Kalau lambat pam memang boleh basah baju. Semoga yana dapat susukan Rayyan hingga 2 tahun.. InsyaAllah. Memang banyak cabaran untuk bf anak, tapi sabar dan berusahalah sebab setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka.. Malahan adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.. Pada ibu2 yang bekerja, sediakanlah stock susu banyak2 semasa dalam pantang agar dapat guna bila dah kembali bekerja..






" Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada aku jualah tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Lukman ayat 14.]


"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.".
[Surah al-Baqarah ayat 233]






- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: