Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, June 11, 2013

Bila Baby Boleh Makan Telur?

Assalamualaikum..

Berapa hari je lagi buah hati pengarang jantung mama ni dah nak masuk umur setahun. Alhamdulillah. Cepat je rasa masa berjalan.


Bila dah nak masuk setahun, Rayyan kena amik vaksin MMR.. Ada yang bagitau yana, untuk amik vaksin tu baby perlu diperkenalkan dengan menu dari telur dulu.. Yana tak pernah lagi bagi Rayyan makan telur. Takut alergik dan yana nak tundakan menu2 telur. Tapi sebagai safety, yana pun introduce Rayyan dengan menu telur secara 4 day rules. Tak sempat dah nak bagi ikut step memandangkan dah nak dekat tarikh appoinment dengan doktor. (walaupun sebenarnya masih terawang2 berfikir perihal perlu atau tak vaksin ni.. Semoga Allah memberi petunjuk)




Yana mulakan dengan intro telur kuning dahulu selama 4 hari dan alhamdulillah Rayyan takde alergik. Telur direbus betul2 masak ye.. Yana mulakan dengan satu sudu besar telur kuning dulu dan hari ketiga baru bagi satu biji telur kuning. Selepas dah ok, yana intro dengan telur putih pula dengan cara yang sama selama 4 hari juga. Alhamdulillah Rayyan dah lulus dengan telur..


Cara sebenar introduce telur pada baby step by step adalah seperti di bawah:

Cara introduce telur pd bayi (8mth above)

Updated cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)
kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

(Credit: group HSFFYB yang sangat dirindui.. )


Bila dah sukses dengan telur kuning dan putih, yana pelbagaikan menu telur untuk Rayyan. Lamanya tak cite bab makan rayyan kat blog ni.. Semenjak dua menjak ni agak malas nak menulis. Huhu.. Mood menulis ni ada musim juga..


Bila dah malas menulis, malas la juga nak amik gambar. Masak dan terus suap je kat rayyan. Dulu masa rajin.. Masak, amik gambar baru suap. Hehe..


Ok, antara menu yang yana dah try adalah bubur nasi campur telur (yang ni menu biasala), puding (yana baru try puding buah dan oat. Rayyan sangat suka puding oat campur kurma dan jus buah delima, yang fresh ye bukan dari botol) dan terbaru yana buat nasi goreng cina versi baby.


Dalam semua menu di atas, nasi goreng cina je yang yana snapkan gambar dan terfikir untuk menulis. Hehe.. Yang menu lain nanti bila buat lagi yana share-kan di sini..


Nasi Goreng Cina versi Baby (10 mth above)






Bahan2:

Bawang merah seulas
Bawang putih seulas
Baby peas
Carrot (diparut)
Puree keledek
Isi ayam
Telur
Nasi putih yang di masak lembik (campur beras putih dan beras perang)



Kaedah:

Tumis bawang merah & bawang putih dalam pure olive oil
Masukkan ayam dan tumis sampai betul2 masak
Masukkan sayur2 dan telur (tumis sampai telur betul2 masak)
Masukkan puree keledek dan nasi lembik tadi
Siap!!


Sedap aroma nasi goreng cina versi baby ni. Mengoda mama yang berpuasa ni. Huhu.. 1st time rayyan mamam nasi goreng dan dia sangat suka. Hehe..


- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: