Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, June 23, 2013

Madu Manuka..


Assalamualaikum..

Lama dah yana tahu pasal kebaikan dan kehebatan Madu Manuka ni.. Cuma tak pernah jumpa. Bila dah jumpa terkezutt tgk harga. Tapi sebab tahu akan kebaikannya, beli la juga.


Madu manuka/manuka honey ni ada macam2 brand. Yang yana beli ni brand Kordel's di farmasi Caring dengan UMF 10+.. Apa itu UMF, boleh teruskan bacaan.. Yang pasti semakin tinggi UMF, semakin tinggi la juga harganya.. Madu manuka ni asalnya dari New Zealand..




Sini serba sikit info pasal Madu Manuka yang yana amik dari group fb Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-anak..


Madu Manuka New Zealand.

Madu Manuka Aktif dihasilkan dari nektar bunga pokok Manuka yang tumbuh liar di hutan yang masih lagi subur dan tidak tercemar di New Zealand.


Kajian yang dijalankan oleh pakar madu lebah dan juga seorang pakar mikrobiologi yang tersohor, Dr. Peter Molan dari Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand selama lebih daripada 25 tahun mendapati bahawa Madu Manuka Aktif mempunyai kelebihan yang tiada di dalam madu lebah yang lain iaitu ia mengandungi agen antibakteria "UMF" yang tidak didapati di dalam madu lebah yang lain.


http://bio.waikato.ac.nz/honey/


Secara saintifiknya, setiap jenis madu lebah mempunyai enzim yang menghasilkan hydrogen peroxide. Hydogen peroxide adalah bahan antiseptik yang mempunyai ciri ciri anti bakteria.


Namun begitu hasil penyelidikan Dr. Peter Molan mendapati Madu Manuka Aktif mempunyai satu lagi ciri antibakteria yang lebih kuat dan stabil yang telah dinamakan sebagai UMF (Unique Manuka Factor). Kombinasi kedua dua bahan anti bakteria didalam Madu Manuka Aktif ini telah dibuktikan bertindak bersama sama sehingga menghasilkan kesan penyembuhan yang hebat terhadap kesihatan manusia.


Pilih kadar UMF yang sesuai untuk pesakit, contohnya untuk kanak-kanak yang cuma selsema atau batuk biasa, boleh guna +5 UMF sahaja, lagi lebih kadar UMF , lagi 'kuat' dan lebih mahal. Berbincang dengan ahli farmasi anda untuk pilih yang sesuai.


Harga sebotol seperti gambar dia atas RM50-100 (bergantung pada kadar UMF dan brand juga)


Boleh dibeli di kedai-kedai organik , sangat jarang jumpa madu Manuka yang tidak asli..madu di dalam gambar boleh beli di


http://www.naturesfarm.com/contactus-MY.asp

Lebih lanjut berkenaan UMf boleh rujuk http://www.umf.org.nz/


Walaubagaimanapun, kajian terbaru mengatakan Madu Manuka elok diukur dengan kadar kandungan methylglyoxal (MGO) ..


*Quote daipada Maslinda Mahat "Maslinda Mahat OK, ni link untuk tahu value UMF+ kalo produk Manuka Honey anda dinyatakan dalam MGO.. Value MGO = 265 sama dengan UMF10+.. Tapi memang lagi tinggi UMF+ value, lagi mahal harganya.. hehehe


http://www.umf.org.nz/umf-trademark/methylglyoxal-npa-honey-conversion-calculator"


*Secara peribadi, rasa madu asli biasanya bergantung pada jenis bunga yang dihirup oleh lebah. Madu asli hutan biasanya lebih rasa tajam atau menyengat berbanding madu daripada lebah ternak. Madu asli lebah ternak juga lebih cair daripada lebah liar. Madu Manuka pula saya dapat rasa lebih menyengat daripada madu tualang yang pernah saya beli.


Madu tidak asli selalunya lebih rasa manis gula merah.

Madu Manuka elok dimakan begitu sahaja ikut sukatan di label tanpa campur dengan apa-apa.

*Sesuai untuk umur 1 tahun ke atas sahaja.

*Antara kebaikannya :
-Bertindak sebagai antibiotik pada penyakit yang disebabkan oleh bakteria jahat (penyakit selsema, batuk kahak, demam dll)
-Menyembuhkan luka-luka kecil (sapu pada luka).
-Baik untuk menaikkan sistem imun yang lemah (asma, ekzema, bronkitis, sinus dll)
-Bertindak sebagai antioksidan.



Jom amal makanan sunnah.. Madu antara makanan sunnah, tapi madu manuka ni yana guna lebih pada untuk mengubati bukan di amal hari2 sebab dia sangat mahal. Hukhuk..

- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: