Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, June 2, 2013

My Bestfriend Solemnization..


Assalamualaikum..


Lamanye tak update blog. Banyak sangat keje bulan ni. Bulan Jun ni adik yana dah nak kahwin. So agak busy membantu menyiapkan apa yang patut..


Weekend lepas yana balik kampung, memandangkan suami yana pun ada site visit di Penang. Sambil menyelam minum air la ye. Lepas keje di Penang suami yana balik KL semula. Tapi yana masih stay di kampung untuk menghadiri pernikahan sahabat baik yana pada Sabtu yang lepas..





Congrats Ejan dan suami.. Ejan bff yana sejak zaman sekolah lagi. Segala susah senang kami harungi bersama, segala suka duka kami lalui bersama. Kami study sama2 untuk menghadapi STPM dan alhamdulillah kedua- duanya berjaya menjejaki kaki ke menara gading. Ejan ke UUM, yana ke USM. Sekarang dua2 dah kahwin. Hehe..


Doa untuk pengantin:

"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"




Semoga rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke Jannah.. Semga dimurahkan rezeki dengan zuriat yang ramai dan soleh. Ameen..



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

“Dari setinggi-tinggi dan seluas kasih sayang Mu, satukanlah kedua hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan taqwa kepada Mu.

Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu, murahkan rezeki dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah, mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Dengan taufik dan hidayah Mu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia dan akhirat”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.






Alhamdulillah semoga semua sahabat yana dapat menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali. Semoga ukhuwah di antara kita juga berkekalan selamanya. Untuk husband ejan, jaga best friend yana ni baik2 ye :)


Happy for you ejan!! :)




- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: