Followers

Syahir - Emy Anniversary :)

My Lil Pumpkin..

Breastfeeding Milestones..

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, June 6, 2013

Jom Kira Kalori di My Fitness Pal..


Assalamualaikum..


Yana pernah terbaca dalam satu website yang mengatakan mengira setiap kalori yang masuk adalah salah satu cara untuk turunkan berat badan. Dengan pengiraan tersebut kita pasti akan mangawal pemakanan yang diambil.


Walaupun semalam yana tengok movie Shallow Hal yang mengatakan "orang yang mengira kalori adalah sangat kasihan kerana tidak menikmati hidup" hehe.. Betul la kot cakap Hal tu. hehe. Tapi untuk mereka2 yang nak kurus dan sihat perlulah mengawal kalori yang masuk walaupun terpaksa. Huhu..


Mencatat pengambilan makanan setiap hari dalam diary adalah cara lama yang renyah..





Dan yana jumpa apps My Fitness Pal yang sangat sangat membantu untuk mengira kalori dengan mudah dan paling best ianya FREE!!





Dalam My Fitness Pal boleh add kawan2, melihat progress masing2 dan boleh sama2 memberi semangat. Add la yana ye, id: ryyana


Mulakan dengan merekod berat badan terkini dan jumlah penurunan berat badan yang di target. Macam yana dari 56.7kg yana target turun ke 50kg. Tapi akibat tak pandai mengawal pemakanan bila balik kampung minggu lepas yana naik 2kg. Huhu.. Sekarang kerja keras untuk turunkan kembali ke 56kg dan seterusnya ke 50kg. Chaiyok!!





Lepas tu bolehlah bermula untuk mengira kalori seharian kita. Nak kira kalori pun sangat2 senang dengan app ni. Just masukkan nama menu yang diambil, automatik ia akan mengira kalori bagi menu tersebut.





Contoh yana punya, yang ni menu sebelum balik kampung. Bila balik kampung hancusss.. Huhu


Untuk breakfast, yana hanya amik Organik Apple Cider dan kadang2 roti whole meal massimo. So, yana just taip nama dan keluar dengan terperinci jumlah kalori bagi apple cider berserta jumlah carbs, fat, sugar, protein dan sodium. Bagus kan? Ye sangat2 bagus. Kita tau apa yang masuk dalam mulut kita.


Untuk lunch pun sama, contoh yang yana punya.. Just taip ikan masak lemak cili api (menu melayu pun ada), keluarlah semua senarai.. Kalau nak yang lebih spesifik, just taip masak lemak cili api.. Akan keluar senarai menu tersebut yang mungkin masak lemak tanpa santan ganti dengan susu kandungan kalorinya berbeza pula..





Untuk senarai dinner dan snacks juga ada. Malahan berapa jumlah air yang kita minum sehari juga diambil kira. Untuk pengambilan kalori yang sihat bagi sehari adalah sebanyak 1200kcal. Kalau lebih sikit je should be ok. Kurang daripada tu pun tak elok juga. Dalam app ni, ia akan ingatkan kita baki yang tinggal untuk pengambilan kalori yang masih boleh diambil.





Boleh juga scan barcode pada sesuatu barang tersebut untuk pengiraan kalori dan lain2. Senang kan..


Ingat lagi pesanan Kevin Zahri dalam satu videonya, makan 5 kali sehari tapi kawal jumlahnya. Jangan tahan lapar nanti kadar metabolisma turun dan nafsu makan meningkat. Kita akan makan dengan lebih banyak.




Haaa ni masa hari yang tak jaga makan langsung bila start balik kampung. Tengok tu dah lebih pengambilan kalori untuk sehari. Semuanya sebab yana makan nasi kandar. Tahu tak berapa jumlah kalori nasi kandar? 900kcal!! Malam tu pula yana makan 2 slices kek birthday mak. Hehe.. App ni juga disertakan dengan chart yang boleh nampak lebih jelas segala apa yang kita dah ambil.





My Fitness Pal juga menyediakan bahagian exercise yang mana exercise akan membakar balik kalori. Yana kerap kayuh basikal. Itupun dalam 10-30 minit je yang mampu. Hehe.. Kalau rajin, buat sit up 10-20 kali sehari. Kalau rajin la.. 25 minit kayuh basikal akan burn 99kcal..


Tapi ada juga exercise yang boleh burn banyak dengan baring je. Iaitu breastfeeding. Yah! Dengan baring sambil menyusu anak je dah membakar 500kcal bersamaan dengan lari atas treadmill selama 2jam. Wahhh.. Minum susu banyak2 ye Rayyan.. Hehe..




Summary untuk sehari. Boleh tau semua jumlah makanan yang masuk dalam mulut kita.


Jom sertai My Fitness Pal. Diet secara sihat! Yana tak ambil sebarang produk untuk kurus. Yana hanya guna yang natural untuk turunkan berat badan. Apple cider, chia seed, quinoa, brown rice, low fat yogurt, lemon, exercise, breastfeeding yang sangat2 membantu malahan punya banyak khasiat. Ni pun berkira2 nak join body tone yang sangat famous sekarang. Boleh tak papa??? Hehe..





Breastfeed mom boleh diet ke?

Yana tak sekat makan, yana sentiasa makan. Cuma yana kawal apa yang yana makan. Bukan senang untuk kurus hokay! Bertahun dah yana bam2 dan tak pernah ada usaha nak turunkan berat badan. Dah beranak sorang, senang pula berat turun baru semangat nak turunkan berat badan. Hehe.. Itupun, Rayyan dah nak masuk setahun baru turun ke angka 50-an dari 70-an.. Huhu..


Jom join My Fitness Pal.. Ia sangat membantu untuk kurus dengan sihat. Boleh juga log in online







- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: